2 Cara Ampuh Mengesan Scammer Secara Online
Elak Diri Anda di TIPU
Adakah anda pernah ditipu oleh scammer ? Jika pernah, mungkin 2 cara ampuh mengesan scammer secara online ini membantu anda.
Saya tidak nafikan, terdapat segelintir usahawan online yang tidak bertanggung jawap dalam menjalankan bisnes di internet. Jika anda search di google, cuba anda selidik berapa ramai mangsa penipuan dari scammer yang terlalu pentingkan diri.
Berikut adalah 2 cara untuk mengesan scammer secara online.
1) Sistem PDRM (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial)
Anda terus ke website PDRM di http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/Website ini sangat efektif membantu anda mengenal pasti adakah peniaga yang kita ingin berurusan jujur ataupun tidak.
Sebelum bank in, anda periksa nombor akaun bank seller ataupun anda masukkan nombor telefon seller yang ingin anda berurusan.
2) Website Scam.My
Pilihan kedua anda boleh periksa di website ini https://scam.my/Anda layari website tersebut untuk periksa pelbagai informasi dari seller yang anda jangka mungkin mereka adalah scammer. Antaranya nama seller, nombor telefon, akaun bank dan pelbagai lagi.
Semoga cadangan untuk 2 cara ampuh mengesan scammer secara online ini membantu anda agar tidak tertipu dengan scammer.
Sekiranya post ini membantu, sila KONGSIkan post ini kepada mereka yang memerlukan.
Sekian. Wasallam.
No comments:
Post a Comment
Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.