Internet & Kehidupan

Isu Tahlil Yang Memeningkan

Assalamualaikum saudara-saudari muslim sekalian. Jenuh kita nak jawab soalan bila ditanya "Kau buat tahlil ni, sampai ke doa kepada si arwah ?"

Ada juga yang mengatakan tahlil adalah bidaah. Tak kurang juga mengatakan tahlil adalah haram dan berdosa jika melakukannya.

Amalan bangsa melayu sejak dari dulu lagi yang pastinya melakukan majlis tahlil sejurus pada hari meninggalnya si arwah. Bertungkus lumus adik-beradik dan sanak saudara menjayakan majlis tahlil untuk meraikan jemaah tahlil qariah tempat kita.

Jika di pandang sekali imbas majlis ini nampak seperti ia satu amalan yang baik. Tetapi jika amalan ini sehingga menjadi beban kepada tuan rumah untuk menyediakan juadah kepada jemaah tahlil / qariah masjid Islam melarang sama sekali kita melakukannya.

Mungkin boleh sampai kepada perassan riak kerana kita dapat menyediakan makanan yang hebat kepada jemaah serta boleh menjurus kepada pembaziran jika tidak dilakukan dengan cara yang cukup sederhana.

Bukan persoalan hukum majlis tahlil yang ingin saya kongsikan dan saya bukanlah ahli untuk menyentuh bab-bab agama ini melainkan yang saya tahu sahaja. Anda boleh cari maklumat hukum ini dengan merujuk kepada ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang bertauliah.

Anda boleh juga melayari video ceramah agama yang disampaikan oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang berauthoriti dan terkenal sebagai rujukan.


Sampaikah Doa dan Tahlil Kepada Arwah ?

Inilah yang cuba saya ingin kongsikan kepada anda tentang sampai atau tidak doa tahlil yang kita lakukan selama ini.

Apa yang saya cuba kongsikan di sini adalah hasil dari perkongsian dari Ustaz Dr Hassan Din (adik kepada arwah Ustaz Harun Din) dalam satu ceramah beliau tentang tahlil.

Beliau menyatakan bahawa sampai atau tidak doa tahlil kepada si arwah bergantung kepada akaun 24434 arwah tadi. Adakah si mayat ada membuka akaun 24434.

Pada mulanya saya tertanya-tanya apakah akaun 24434 tu. Ohhh....rupanya apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Dr Hassan Din adalah tentang akaun SOLAT

Amalan tahlil dari majlis yang kita lakukan selama ini adakah doa dan zikir yang kita sampai kepada arwah bergantung kepada amalan si mayat. Adakah seumur hidup dia TIDAK PERNAH meninggalkan solat. 

Solat adalah Soalan Pertama Mukar & Nakir ?

Solat adalah segalanya. Apabila kita di alam kubur kelak, soalan yang akan ditanya adalah tentang solat kita. Bagaimana mungkin doa tahlil yang dilakukan oleh adik-beradik dan saudara-mara kita akan sampai jika kita sendiri disiksa di alam kubur disebabkan gagal menjawab soalan tentang solat kita.

Sebab tu solat seperti mana dalam satu hadith yang disampaikan oleh baginda Rasulullah Shollallah Hua'laihi Wasallam merupakan TIANG AGAMA. Jika kita tidak menunaikan solat fardhu 5 waktu seolah-olah kita meruntuhkan agama.

Buktinya....kita lihat perpecahan umat Islam kini. Lihat sahaja di Malaysia. Berapa ramai umat Islam yang berpecah belah hanya kerana perbezaan fahaman politik yang cetek. Tidak dapat bersatu walaupun beriman kepada Allah yang Esa.


Kesimpulan

Semoga kita mendapat sedikit sebanyak ilmu tentang isu tahlil. Bagi pandangan saya sebelum kita mengharapkan doa dari orang lain, pastikan kita berdoa untuk diri sendiri. Perbanyakkan amalan dan yang penting JANGAN sesekali kita meninggalkan solat fardhu 5 waktu. Sekian.

Insyaallah....untuk sama-sama kita amalkan ! Semoga bermanfaat.



Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan