15 March 2015

Arak Ibu Segala Maksiat


Alhamdulillah....syukur kehadrat Allah kerana masih memberi saya ruang waktu untuk berkongsi kepada anda pembaca blog ini khasnya mengenai khutbah yang telah dibaca oleh khatib dari Masjid Al-Hidayah Telok Panglima Garang pada 13hb Mar 2015.

Ketika post ini ditulis saya sedang bercuti bersama keluarga di Melaka. Saya dan keluarga baru sahaja sampai di hotel yang dinamakan Hotel Super Cowboy. Semangat saya ni pun dah macam cowboy untuk berkongsi tentang khutbah Jumaat kepada pembaca blog ini.

Oklah...para pembaca blog yang budiman.

Khatib menerangkan....

Larangan meminum arak patut dijauhi sebagai orang Islam. Allah melarang orang yang beriman hendaklah menjauhi arak sebagai langkah untuk berjaya seperti mana termaktub di dalam surah Al-Maidah ayat ke 90 seperti di bawah.



Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."


Kajian Negara Eropah Tentang Kesan Arak

Menurut kajian daripada negara-negara maju seperti Amerika, Rusia, Jerman ( ada lagi beberapa negara TAPI inijer yang ingat) mereka telah merumuskan 4 kesan utama kepada arak.

1) Keganasan rumah tangga

Terdapat banyak kes-kes keganasan rumah tangga adalah berpunca dari arak.

2) Kemalangan maut

Kes-kes kemalangan juga tercatat daripada punca arak juga.

3) Wujud pertubuhan

Banyak pertubuhan-pertubuhan badan dunia tentang penguatkuasaan arak.

4) Pelbagai Kejahatan

Arak boleh menyebabkan berlakunya pelbagai kejahatan. Tindakan luar kawalan yang boleh menjurus kepada penganiayaan kepada masyarakat sekeliling terutamanya.


Sebab-sebab Islam Melarang Arak

Berikut adalah antara beberapa sebab Islam melarang Arak.

1) Ia adalah perintah Allah kepada orang Islam.

Orang Islam yang melanggar larangan ini akan dikenakan hukum hudud 40 kali sebatan.

2) Ibadah TIDAK diterima

3) Ibu Segala Maksiat


Rasulullah SAW telah memberi amaran keras berkenaan dengan arak sebagaimana sabdanya :

لُعِنَتْ الْخَمْرُ وَشَارِبُهَا وَسَاقِيهَا وَبَائِعُهَا وَمُبْتَاعُهَا وَحَامِلُهَا وَالْمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ وَعَاصِرُهَا وَمُعْتَصِرُهَا وَآكِلُ ثَمَنِهَا

Dilaknat pada arak, peminumnya, penuangnya, pembelinya, orang yang minta dibelikan, pembawanya, orang yang minta dibawakan kepadanya, pemerahnya, orang yang minta diperahkan dan orang yang makan dari hasil arak. Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad.


عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَال قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَكُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ وَمَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فِي الدُّنْيَا فَمَاتَ وَهُوَ يُدْمِنُهَا لَمْ يَتُبْ لَمْ يَشْرَبْهَا فِي الْآخِرَةِ

Dari Ibnu Amru sesungguhnya Rasulullah SWA telah bersabda ? Setiap perkara yang memabukkan itu arak, dan setiap arak itu haram. Sesiapa yang telah minum arak di dunia dan mati tanpa sempat bertaubat, dia tidak akan dapat minum arak di Syurga?. Hadis Sahih Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi .


Anggapan Salah Tentang Arak

Arak dianggap minuman berprestij tinggi oleh golongan tertentu. Ia merupakan kerja syaitan untuk melalaikan manusia agar jauh daripada mengingati Allah.

Peruntukan Undang-Undang Kerajaan Selangor

Mengikut peruntukan enakmen syariah 1995 Seksyen 18 (1) & (2) menyatakan..

1-Mana-mana orang yang, dimana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memudaratkan atau melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 3ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

2-Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih RM 5ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.


Kesan Buruk Ketagihan Arak

1) Menjadi satu ancamam kepada masyarakat sekeliling. Keamanan yang diimpikan boleh diganggu gugat dari kesan ketagihan arak.

2) Mental menjadi keruan, tidak dapat berfikir secara wajar dan ada juga menjadi hilang kewarasan akibat ketagihan arak.

3) Berlaku tindakan yang berlawanan dari batas-batas normal seperti bapa rogol anak, anak rogol mak dan sebagainya.

4) Fenomena tidak sedarkan diri kerana ketagih arak. Ada beberapa kes kematian sebagai contoh yang menyebabkan kematian ketika menonton konsert yang berlaku di China beberapa bulan yang lepas.


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَسْكَرَ كَثِيرُهُ فَقَلِيلُهُ حَرَامٌ

Dari Jabir Bin Abdullah bahawa Rasullullah SAW telah bersabda : “Apa yang boleh menjadi mabuk jika minum/makan dengan banyaknya, maka minum/makan hanya sedikit sahajapun tetap haram“. Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Daud, Turmizi, Ibnu Majah dan Nasaie.


Apakah Iktibar Daripada Khutbah ?

Khatib ada menerangkan tentang iktibar yang harus difahami oleh kita sebagai penganut agama Islam antaranya ..

1) Dosa BESAR

Setelah kita faham arak adalah ibu segala maksiat, ia adalah berdosa besar JIKA kita meminum dan memakannya.

2) Tidak terlibat

Sebagai umat Islam, kita JANGAN terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan semua urusan berkaitan arak.

3) Elak labur saham

Saham yang berkaitan dengan perniagaan arak adalah haram. Jadi elakkan diri dari melabur saham yang berkaitan dengan arak.

4) Hadir majlis hidang arak

Sebagai umat Islam kita WAJIB tidak hadir ke majlis yang menghidangkan arak.

5) Tidak kerja dipremis

Kita hendaklah berhenti dari bertugas dengan premis yang menjual arak.

6) Jejas masyarakat dan negara

Kita semua sudah maklum tentang kesan arak kepada diri, masyarakat dan negara. Sikap tidak peduli individu bahawa arak adalah ibu kepada maksiat akan menyebabkan masyarakat menjadi porak peranda dan dalam masa yang sama menjejaskan negara.

7) Hukuman hudud dan diseksa dineraka kelak.

Jika kita merasa tiada apa-apa kesan terhadap kesalahan meminum arak, jangan ingat boleh terlepas di dunia ini kerana di akhirat kelak mereka akan dihumban ke dalam neraka dan diseksa oleh Allah.


Khatib mengakhiri teks khutbah pertama dengan membaca firman Allah dari Surah Al-Maidah ayat ke 91.


Maksudnya : " Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? '


Sampai di sini dulu apa yang saya dapat rakamkan point-point penting dalam khutbah Jumaat semalam. Ada beberapa fakta lain yang saya tak sempat merekod dalam applikasi android smartphone saya di EverNote.

Semoga kita semua mendapat iktibar dan boleh berpesan-pesan kepada mereka yang tidak tahu tentang larangan meminum / makan arak.

Sekian. Terima kasih.



Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *