20 March 2014

Preview RAHSIA SOLAT - Panduan Solat Sempurna Dan Khusyuk





Rujukan Digital Berbentuk Ebook & Video Terkini Mengenai Pemantapan Solat Pada Satu Harga Yang Cukup Ekonomi.

Kebanyakan orang Islam tahu bahawa solat adalah termasuk dari salah satu satu rukun Islam. Solat diletakkan keutamaan yang ke dua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Kita lihat disekeliling kita...maaf cakaplah yer masih ramai yang kurang yakin untuk melaksanakan rukun Islam ini sebenarnya. Walaupun mengaku sebagai penganut Islam tetapi pemahaman mengenai ibadah utama solat fardhu 5 waktu masih ramai yang ambil ringan.

Mungkin agak pedas pandangan saya di perenggan atas, tetapi percayalah itulah hakikat yang sebenarnya khas untuk umat akhir zaman ini.

Mula Tercari-Cari Ilmu Kefahaman Tentang Solat

Saya tertanya-tanya solat bagaimanakah yang diterima Allah. Adakah dengan melakukan Takbiratul Ihram, Ruku', Sujud dan sebagainya sudah cukup sebagai perbuatan dalam solat. Saya mula mencari formula solat yang sempurna dengan membeli buku fizikal yang bertajuk  " Formula Solat Sempurna " hasil kajian dan penulisan dari seorang 'alim ulama' yang terkenal di Malaysia iaitu Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman ataupun UZAR.




Pada pandangan saya buku ini merupakan satu kajian lengkap tentang solat menurut Mazhab Syafi'i. Kupasan yang mendalam daripada rujukan kitab hadith lama serta ilustrasi bergambar yang memudahkan untuk kita lebih faham cara melakukan solat yang betul. Insya Allah anda tidak akan rugi melaburkan wang untuk buku ini malah boleh diajarkan kepada isteri dan anak-anak untuk sama-sama memperbetulkan solat seperti Rasulullah.

Saya kongsikan pautan jika anda ingin membeli buku ini secara online di sini

Preview Produk Digital "Rahsia Solat" - Panduan Solat Sempurna dan Khusyuk


Pada post kali ini saya ikhtiar memberi 'preview' produk terkini di pasaran internet bagi mereka yang ingin meningkatkan kualiti solat. Selama ini mungkin 'tangki' pahala solat kita kurang, insya Allah kita boleh penuhi 'tangki' pahala solat dengan panduan Rahsia Solat ini.

Jika saya ingat kembali perbuatan saya solat dahulu rupanya banyak kesalahan yang telah dilakukan. Saya kurang merujuk pakar agama pada masa itu. Setelah sekian lama menjadi tanda tanya tentang rukun solat yang ke 13 iaitu Tertib, maka terjawablah sudah persoalan saya tentang perbuatan ini.

Semua perbuatan solat hendaklah dilakukan dengan penuh Tertib seperti mana cara solat Rasulullah Sollallah Hu'alaiwi Wasallam.

Kita periksa kembali apakah 13 Perkara Rukun Dalam Solat :

  1. Niat
  2. Takbiratul Ihram
  3. Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau dengan isyarat.
  4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
  5. Rukuk dengan toma`ninah.
  6. I`tidal dengan toma`ninah
  7. Sujud dua kali dengan toma`ninah
  8. Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
  9. Duduk tasyahud akhir dengan toma`ninah
  10. Membaca tasyahud akhir
  11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
  12. Membaca salam yang pertama
  13. Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun tersebut.

Kesemua rukun dalam solat hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan berdasarkan Mazhab Imam Syafi'i.

Terdapat 3 kategori rukun dalam solat iaitu Rukun fi'li (pergerakan), rukun qouli (bacaan) dan juga rukun qalbi (hati). Untuk mendapatkan solat yang khusyuk, ketiga-tiga elemen solat ini perlu dilakukan dengan betul dan sebetul-betulnya.

Kelebihan Memiliki Ebook Rahsia Solat - Panduan Solat Sempurna dan Khusyuk




1) Kredibiliti Pemilik Produk

Produk ini telah ditulis sendiri oleh Profesor Madya Dr Hasnan Kasan yang merupakan seorang Pensyarah Kanan di UKM, Bangi. Beliau yang lebih suka dan mesra dikenali sebagai Ustaz Hasnan merupakan pelajar dari lulusan Universiti Al-Azhar.

Jika anda ingin mengenali beliau di Facebook, sila LIKE Fanpage UstazHasnanKasan di Facebook.

2) Pakej Audio, Video & Ebook

Rahsia Solat dilancarkan penjualannya melalui pakej yang cukup berbaloi. Hanya dijual pada harga RM27 ( pada masa post ini ditulis ) anda boleh memiliki produk rujukan digital ini secara Ebook, Video & Audio.

Terdapat 4 sesi rakaman produk video yang telah disediakan.

  1. Video1 - Pengenalan tentang solat ( 33 minit )
    Di dalam video ini Ustaz Hasnan mengupas tentang rahsia-rahsia dalam solat. Memahami maksud kejadian manusia sebagai hamba Allah. Serta bagaimana cara yang sebenar untuk mengerjakan solat mengikut cara nabi.
  2. Video 2 - Memahami bacaan solat (1 jam 19 minit )
    Dalam video ini, Ustaz Hasnan membincangkan dengan mendalam maksud-maksud bacaan dalam solat, terutamanya Surah Al-Fatihah. Kita akan mula faham apakah erti sebenar di sebalik setiap perkataan yang kita lafazkan di dalam solat itu.
  3. Video 3 - Membetulkan perbuatan dalam solat (1 jam 40 minit )
    Pada video ini, Ustaz Hasnan menunjukkan cara mengangkat takbir, rukuk, sujud, dan semua perbuatan dalam solat yang sebenar sepertimana solat Nabi Muhammad S.A.W.
  4. Video 4 - Sesi soal jawab (50 minit)
    Pelbagai persoalan dan kekeliruan tentang solat, telah diajukan oleh peserta bengkel kepada Ustaz Hasnan, dan semua persoalan tersebut telah dijawab oleh Ustaz Hasnan dengan jelas menerusi video ini.

Rujukan melalui Ebook Rahsia Solat pula telah ditulis sebanyak 95 muka surat yang mengandungi beberapa perkara asas dan penting untuk difahami.

Terdapat 3 bab utama pada ebook tersebut :

Bab 1 : Hukum Solat
Bab 2 : Bacaan-Bacaan Dalam Solat
Bab 3 : Kesan Solat Yang Ditunaikan Dengan Sempurna Zahir Dan Batin


Setiap bab dikupas secara terperinci dan lengkap untuk memudahkan kita fahami kepentingan melakukan solat dengan cara yang betul mengikut cara Rasulullah.

Saya tertarik penulisan pada Bab 3 di mana jika solat yang kita lakukan dengan cara yang betul berbuatannya, toma'ninah nya, memahami bacaan solat nya dan menghadirkan hati ketika solat boleh memberi 8 kesan yang baik dan ia dikupaskan dengan baik sekali.

Menjadi tanggungjawap yang besar sebagai umat Islam agar menjaga dan meningkatkan kualiti solat pada tahap yang tertinggi kerana solat adalah munajat kita kepada Allah di mana kita sedang berkomunikasi dengan Allah.

Penulisan beliau yang mudah difahami dan sangat praktikal untuk kita jadikan sebagai rujukan untuk kita khasnya sebagai umat Islam.

3) Harga Yang Cukup Berbaloi

Dijual pada harga yang cukup ekonomi iaitu pada harga RM27 merupakan satu pelaburan yang "Wajib Miliki" oleh setiap umat Islam. Jika anda berjaya membuat belian produk ini kelak anda akan di bawa ke satu laman memuat turun kesemua fail produk atau sebagai pilihan anda boleh menonton terus video rakaman secara online pada satu pautan rahsia yang akan diberikan kepada anda melalui email anda kelak.

Perbandingan harga ebook dan video sahaja sepatutnya tidak wajar dijual pada harga tersebut tetapi atas faktor dakwah dan bagi menampung kos yang terlibat di dalam penerbitan bahan ilmu Rahsia Solat ini maka ia dijual pada harga tersebut.


4) BONUS Rahsia - Rakaman Audio Memahami Bacaan Dalam Solat

Pemilik produk ini juga ada sertakan bonus rahsia yang tidak diterangkan dalam surat jualan. Bonus rahsia ini diterangkan sendiri oleh Ustaz Hasnan Kasan untuk pendengar lebih faham setiap makna bacaan dalam solat.

Satu lagi pelaburan yang bermanfaat kepada anda !

Tonton Video Preview Rahsia Solat

Di bawah adalah video pra tonton rakaman video rakaman "Bengkel Pemantapan Solat" yang telah beliau adakan di Universiti Sains Islam Malaysia.





Sekian dulu preview saya yang agak panjang lebar. Banyak lagi yang saya nak kongsikan, insya Allah saya akan kupaskan sedikit demi sedikit tentang produk ini di lain masa kelak.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat kepada anda dan juga orang di sekeliling anda kelak. Aminnn..

Jumpa lagi di lain post yer. Insyaa Allah jika dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Wasallam.

Postingan Terkait

2 comments:

  1. Marilah sama-sama kita beramal dan memperbetulkan solat antaranya Cara Duduk Dalam Solat Yang Betul.

    Terima kasih atas panduan yang diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah....terima kasih saudara kerana memberi komen. Sama-sama kita berdakwah untuk menyedarkan kepentingan solat dengan cara yang betul.

      Delete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *