Aqidah Makin Tercalar ? Pasakkan Dengan Belajar Memahami Sifat 20.


Assalamualaikum para sahabat. Robek hati kita bila melihat isu aqidah umat Islam semakin lama semakin tercalar. Cabaran iman semakin berat untuk ditanggung. Sedih dan pilu apabila isu semasa mengenai aqidah umat Islam seperti mana yang berlaku pada Alief Daniel Adli yang berusia 21 tahun. Pengaruh New Age Movement semakin tersebar walaupun secara halus, ia telah mengelirukan ramai umat Islam. 

Walaupun belum ada pengesahan secara rasmi bahawa adik Aliff Daniel secara khusus mengikuti atau menjadi anggota New Age Movement tetapi saya percaya pengaruh ini secara halus meyelinap masuk ke dalam minda mereka yang lemah asas ilmu Tauhid. 

Generasi muda bagi saya perlu dipasakkan dengan ilmu tauhid dengan lebih kukuh dalam fikiran mereka bahawa Allah Masa Esa. Tidak Beranak dan Tidak Juga Diperanakkan. Dia Tidak Ada Yang Serupa Dengan-Nya.

Berbalik kepada kisah adik Alief Daniel Adli yang berusia 21 tahun telah terpengaruh dengan ajaran  New Age Movement sejak beliau 'rasa' beliau mempunyai kelebihan merawat orang yang sakit. Rawatan alternatif tanpa berguru dan tidak mengikut syariat agama Islam menyebabkan adik ini cuba menyelongkar rahsia yang kononnya beliau mempunyai kelebihan yang sangat unik.

Minat dalam bidang kerohanian menjadi bertambah tinggi sehingga tersasar kepada fahaman pluralisme yang mengganggap bahawa semua agama adalah sama. Sejak dari itu viral kisah beliau melakukan ritual agama Hindu dan Buddha di Indonesia serta India bagi mengeksrepi diri bahawa beliau adalah manusia unik.

Teringat pula kisah ajaran sesat Ayah Pin. 😒

Apakah kemungkinan faktor yang menyebabkan adik Alief Daniel Adli terpengaruh?

Salah jalan memilih ilmu berkaitan kerohanian dan penyucian menjadi punca utama. Minat mendalam tentang ilmu kerohanian menyebabkan beliau mencari kaedah dan caranya sehingga terpengaruh dengan kepercayaan luar dari syariat Islam.

Ibunya sendiri mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam memberikan bimbingan dan asas agama kepada anaknya.

Tidak dilupakan dengan amalan rawatan alternatif yang juga menjadi minatnya sehingga berliau terjebak dengan kaedah rawatan yang menggunakan mantera dan amalan kerohanian yang bukan berlandaskan Islam.

Alhamdulillah...adik Alief Daniel Adli telah bertaubat

Apabila saya terbaca berita pada bertarikh 5 November 2026 bahawa adik ini, ibu serta adiknya telah bertaubat setelah mengakui bahawa amalan mereka ini salah dan mereka berikrar untuk kembali kepada ajaran Islam yang benar. Sila baca Harian Metro yang disiarkan pada 5 November 2026 pada jam 3.35pm ini - DI SINI !

Saya rasa gembira dan bersyukur kepada Allah kerana Allah telah berikan taufiq dan hidayah kepada mereka berada di atas agama yang diredhoi Allah. 😀

Sebagai saudara seagama dan sebangsa sentiasa mendoakan semoga Allah kuatkan iman mereka sehingga adik ini serta ahli keluarganya meninggalkan dunia ini dalam keadaan beriman kepada Allah Yang Esa. Aamiin

Di bawah ini saya kongsikan video dari akaun YouTube Harian Metro yang menunjukkan momen mereka telah bertaubat. Semoga Allah berikan kefahaman yang haq kepada ajaran Islam yang benar.


Pasakkan Ilmu Aqidah yang makin tercalar ini dengan belajar fahami ilmu Sifat 20

Rentetan dari kisah adik Alief Daniel Adli in menyebabkan saya terpanggil melakukan usaha dakwah yang termampu saya lakukan dengan menyediakan satu platform e-learning khusus dalam mempelajari ilmu Sifat 20.

Nama platform E-Learning ini saya berikan nama AZERIIM-LMS. 

Terdapat 53 Modul video penerangan dari Al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll tentang ilmu Sifat 20. Anda boleh belajar secara percuma sahaja. Sekiranya anda berminat untuk fahami Sifat 20 anda boleh KLIK SINI !


Kesimpulan

Sekiranya anda mencari artikel tentang kisah Alief Daniel Adli dan terjumpa artikel blog ini, percayalah sebenarnya apa yang saya tulis ini hanyalah sebagai menyatakan pandangan saya sahaja. Sebagai orang Islam saya rasa sedih sebab kisah adik yang kita ketahui mungkin hanya segelintir sahaja yang kita nampak sebenarnya. Kita tidak tahu bagaimana dengan adik-adik yang lain terutama yang sebangsa dan seagama dengan saya.

Umat Islam sepatutnya terasa apabila tular berita sebegini pada awalnya seperti perumpamaan cubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakit. Begitulah seharusnya sebagai umat Islam yang mengajar kasih sayang sesama muslim dan elakkan kebencian.

Walaubagaimana pun usaha dakwah perlu dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.

Sekurang-kurangnya platform AZERIIM-LMS yang saya sediakan ini memberi manfaat kepada mereka yang dahagakan ilmu.

Semoga penulisan perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda. Sila kongsikan kepada rakan taulan anda di sosial media sekiranya penulisan saya ini memberi kebaikan juga kepada mereka. Sekian. Jumpa lagi pada perkongsian seterusnya. Wasalam.




Artikel Berkaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Borang Hubungi

Nama

E-mel *

Mesej *