Breaking News

Bisnes Internet

5 Cara TARIK Pelanggan di Internet


"Anda mahu menjadi usahawan internet yang berjaya ?"


Nak jadi usahawan internet yang berjaya ia bukanlah semudah A-B-C. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu tempuhi. Jika selama ini anda mempunyai tanggapan di minda anda bahawa menjana pendapatan melalui internet adalah mudah, saya harap anda buang dulu tanggapan tersebut.

Untuk menjadi usahawan internet yang berjaya, kita perlu ada kesabaran dan komitmen yang tinggi. Anda perlu korbankan banyak masa dan duit untuk berjaya terutama apabila anda telah faham apakah itu perniagaan internet dan bagaimana cara untuk tarik pelanggan di internet agar terus datang ke kedai anda.

Perniagaan internet sama juga dengan perniagaan konvensional di luar sana. Perbezaan diantara keduanya hanyalah pada medium yang digunakan. Perniagaan internet boleh dilakukan di mana sahaja kita berada berbanding perniagaan konvensional yang memerlukan kita untuk berada di premis kedai kita.

Dari sudut prospek pasaran... perniagaan internet lebih meluas sehingga berpotensi menarik pelanggan dari luar negara berbanding perniagaan konvensional yang hanya merangkumi pasaran pelanggan setempat ataupun sesebuah kawasan.

Jika anda kini memiliki perniagaan konvensional anda perlu teruskan seperti biasa cuma dari sudut pemasaran anda perlu tahu cara menarik pelanggan melalui medium internet agar tertarik untuk membeli produk dan servis anda.

Sebenarnya banyak kaedah ataupun cara untuk menarik pelanggan di internet dan pada post kali ini saya ingin kongsikan 5 cara tarik pelanggan di internet yang saya sendiri praktikkan.

5 Cara Tarik Pelanggan di Internet

1) Sosial Media

Facebook adalah salah satu platform yang saya gunakan untuk menarik pelanggan. Banyak saluran ataupun channel percuma yang kita boleh gunakan di Facebook untuk menarik pelanggan di internet agar datang ke laman web perniagaan kita. Jika anda belum memiliki web perniagaan anda boleh gunakan laman web percuma ataupun berbayar jika anda mahu. Bergantung kepada bajet anda.

Kalau anda ingin memulakan perniagaan internet menggunakan website percuma dan ia mobile friendly, saya cadangkan anda dapatkan BS2MS (BlogSpot to Minisite) daripada Tuan Boon Lee.

Contoh laman web perniagaan saya yang menggunakan blogspot ada DI SINI!

Facebook Group adalah salah satu channel yang saya gunakan untuk menarik pelanggan. Teknik yang selalu saya gunakan di Facebook Group adalah teknik bertanya. Anda boleh mulakan soalan survey bagi setiap produk dan servis anda di sana.

Contoh soalan survey yang anda boleh cuba adalah seperti berikut...(ini sebagai contoh sahaja)

" Ada sesiapa yang berminat dengan ______________ ( nama produk/jenama) nie ? Produk ni bagus untuk ___________ (satu manfaat produk). Sangat sesuai untuk _____________ (prospek pelanggan). Sila LIKE dan SHARE jika berminat ! "

Anda boleh respon terus melalui komen untuk kongsikan testimoni produk (jika ada), tawaran diskaun, PM mereka yang komen dan sebagainya.

Anda perlu letakkan juga gambar yang menarik. Saya boleh cadangkan anda meletak gambar seseorang yang pegang gambar produk anda sambil tunjukkan 'thumb up' kerana ia akan lebih memberi kesan kepada jualan. Sekiranya anda boleh letakkan gambar anda sendiri yang memegang produk tersebut, maka kepercayaan pelanggan menjadi lebih baik.

Tujuan kita guna cara bertanya di Facebook Group adalah untuk melihat potensi produk serta menilai apakah manfaat produk kita menarik prospek pelanggan yang betul dan tepat. Anda jangan mudah putus asa jika tiada respon LIKE dan SHARE, anda teruskan berkongsi manfaat yang seterusnya untuk sasaran prospek pelanggan yang lain pula.

Pelbagaikan strategi ayat iklan mengikut skrip di atas. Ada boleh olah mengikut kesesuaian anda.


2) Artikel Blog

Inilah teknik yang paling saya gemari sehingga hari ini. Artikel blog adalah salah satu teknik ataupun cara tarik pelanggan di internet yang efektif dari dulu sehingga hari ini.

Secara asasnya blog adalah salah satu platform untuk kita berkongsi informasi mengenai sesuatu perkara. Wujudnya internet adalah kerana mencari MAKLUMAT (saya besarkan huruf ini agar anda faham kenapa internet wujud).

Hampir 100% pengguna internet melayari internet untuk mencari maklumat. Sekiranya kita menggunakan artikel blog untuk berkongsi ilmu yang kita miliki, maka kita berpotensi menarik pelanggan dari golongan pengguna internet tadi. Anda nampak tak potensinya ?

Zaman sekarang sangat penting untuk anda turut sama memiliki blog perniagaan anda sendiri. Saya cadangkan anda gunakan wordpress berbayar ataupun blogger seperti blog ini (percuma) untuk anda belajar menulis artikel blog.

Bagaimana artikel blog boleh menarik pelanggan di internet ?

Sebagai contoh jika seseorang model sambilan sedang mencari maklumat tentang jerawat, dia akan gunakan smartphone dia dan mungkin dia akan menaip kata kunci di enjin carian seperti ini... "cara nak hilangkan jerawat secara pantas". Andai kata anda pernah berkongsi tip cara untuk meghilangkan jerawat di blog anda, mereka akan baca blog anda dan akan melayari apakah tip yang mereka nak.

Dalam masa yang sama, prospek tadi akan 'scroll' dan membaca maklumat dan mereka akan klik pada pautan lain ataupun banner produk anda yang anda telah letakkan di blog anda. Kalau maklumat yang dikongsikan sesuai untuk menyelesaikan masalah mereka, pasti prospek pelanggan tadi berminat untuk mencuba produk anda bagi menyelesaikan masalah mereka.

Apa yang penting adalah anda kongsikan sahaja semua rahsia yang ada dalam produk anda di blog perniagaan anda. Beri mereka pilihan untuk menilai kebaikan produk anda. Jika mereka berpendapat blog anda sangat banyak informasi, akan ada satu 'believe' dalam mereka sendiri dan secara automatik anda berjaya tarik pelanggan di internet untuk peniagaan anda.



3) Pemasaran Video di YouTube

Salah satu cara lain untuk anda menarik pelanggan di internet ialah menggunakan pemasaran video di YouTube. Teknik ni kalau anda melakukan dengan cara yang betul, anda boleh membuat jualan secara autopilot di sana.

Bunyi macam menarik bukan ?

Tak ramai perniaga online yang aktif menggunakan YouTube untuk pasarkan produk mereka. Bagi saya pula, saya suka mengumpul database melalui YouTube dan kalau anda tahu cara untuk menaikkan ranking video melalui di YouTube maka kerja anda lebih senang untuk anda menarik pelanggan di internet.

Jika anda ingin belajar cara menjadikan pemasaran video YouTube untuk menarik pelanggan bagi produk anda, saya syorkan anda dapatkan Pakej Video SEO dari saudara Zyan ini.



Insyaallah anda akan nampak betapa mudahnya untuk menjua di internet jika faham teknik pemasaran video di YouTube ini.

Cuba anda tengok contoh video saya di YouTube ini - DI SINI !

Video ini berada di page pertama YouTube untuk keyword "pemasaran viral". Kemudian anda taip keyword yang sama di Google dan cuba lihat website saya juga berada di page pertama.

Anda boleh tentukan ke mana ingin membawa penonton video anda. Saya cadangkan anda bawa mereka ke landing page atau squeeze page untuk mengumpul database emel lead anda. Ia lebih memberi kesan yang lebih baik kepada jualan produk anda dengan beberapa teknik yang betul seperti mana yang diajar oleh saudara Rahman Basri di Jualan Pro.



4) Viral PDF

Teknik ni mungkin agak jarang peniaga online mencubanya. Walaupun teknik ini hampir sama seperti pemberian ebook percuma di kebanyakan landing page. Bezanya di sini ialah format PDF disebarkan secara open. Sesiapa boleh download dan simpan di dalam PC, Laptop atau Smartphone mereka.

Anda tulis beberapa tip yang sama seperti artikel blog anda. Kongsikan apa jua tip yang berkaitan dengan produk dan servis anda. Berikan jalan penyelesaian kepada mereka secara ringkas tetapi padat.

Cuma pada PDF tu nanti anda masukkan footer ke laman web perniagaan anda di setiap muka surat PDF tu nanti. Kemudian di akhir muka surat anda letakkan gambar anda sambil memegang produk anda sambil menunjukkan 'thumb up' dan senyum kepada pembaca PDF tu nanti.

Macam mana ...OK tak kalau anda guna cara menarik pelanggan di internet guna teknik nombor 4 nie ?




5) Ayat Copywriting Pada Pelanggan Yang Tepat

Cara yang terakhir yang ingin saya kongsikan kepada anda bagaimana cara tarik pelanggan di internet adalah dengan memperbetulkan ayat copywriting pada sasaran prospek yang tepat. Ramai peniaga online membuat ayat iklan dengan cara menembak mengkhinzir buta sahaja.

Ia bergantung kepada nasib. Kalau kena Alhamdulillah, tak kena...apa nak buat.

Mereka tidak kaji dahulu siapakah sasaran pelanggan yang ingin dijual. Spesifikkan siapakah mereka. Lelaki atau perempuan, tua atau muda, berapa peringkat umurnya, tinggal di mana, dan sebagainya.

Kemudian fokus pada penyelesaian satu masalah untuk satu jenis prospek seperti mana saya tekankan pada point yang ke dua bagi cara tarik pelanggan di internet di atas.

Anda mesti hairan kan bagaimana ada peniaga di Facebook boleh dapat LIKE & SHARE yang banyak sedangkan ayat iklannya biasa-biasa sahaja. Saya ada belajar tentang ayat copywriting dari Sifu Bukhari Ramli yang menekankan 'TIADA AYAT POWER' dalam ayat iklan.

Kita cuma perlu beri mesej yang betul, pada pelanggan/prospek yang betul, pada masa yang betul. Itu sahaja.

Saya ingin tekankan lebih bagi cara ke lima ni sebab ramai peniaga yang menulis ayat iklan ikut citarasa sendiri TANPA melihat apa sebenarnya yang pelanggan nak.

Bagi memudahkan kerja anda supaya cara kelima ni tidak memeningkan kepala anda, anda boleh mencuba template Ayat Copywriting 10k bagi mengubah ayat iklan bagi produk dan servis anda. Anda boleh melihat potensinya DI SINI!


Kesimpulan

Perniagaan apa jua sekalipun yang kita ceburi jika tiada aktiviti pemasaran maka akan merugikan perniagaan itu sendiri. Modal telah banyak dikeluarkan namun hasil kurang memberangsangkan. Sebab itulah kita perlu pelajari ilmu bagaimana cara menarik pelanggan di internet dengan teknik yang betul.

Setiap teknik promosi yang dianjurkan oleh pakar pemasaran internet seperti mana Tuan Rahman Basri yang boleh saya jadikan sebagai contoh untuk membantu anda menarik pelanggan di internet. Walaupun banyak lagi cara pokok pangkalnya anda tidak mudah putus asa menajamkan skill pemasaran Jika anda ingin tahu bagaimana Tuan Rahman Basri mendapat 100 pelanggan pertama melalui internet dan berjaya menghasilkan jualan pantas dalam tempoh kurang 7 hari !

Jika anda ingin tahu apakah cara sebenar yang beliau gunakan untuk menarik pelanggan di internet, sila KLIK DI SINI !

Sekian dahulu perkongsian saya buat masa ni. Insyaallah sekiranya masih dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik saya akan terus berkongsi lagi.

Jumpa lagi....wasallam.



No comments

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

adv/https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=1827_68_1_305|https://2.bp.blogspot.com/-TmtS8G4iKG0/W74Tftk1rUI/AAAAAAAAOjk/_6OZQrCg9TEUwp9m6AxiLg9Ke6fK9FANQCEwYBhgL/s1600/banner-blog.png

Random Posts

randomposts

Like Us

fb/https://www.facebook.com/azeriebiz