Breaking News

Bisnes Internet

7 Tip Praktikal Untuk Murah Rezeki



" Adakah anda mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit yang kronik ? "

Anda mungkin perlu amalkan 7 tip praktikal untuk murah rezeki pada perenggan seterusnya.

Setiap manusia pasti menerima ujian dan tiada ujian yang Allah kurnia kepada hambanya selagi hambanya tidak mempunyai kekuatan untuk mengahadapinya.

Masalah yang sering manusia fikirkan dan juga boleh membawa kepada perbalahan sesama keluarga, saudara-mara dan rakan taulan adalah apabila kita menyentuh bab duit.

Manusia boleh jadi leka dan lupa diri tentang duit.

Siapa yang tidak mahukan duit bukan !

Kredit gambar : www.rebizinfo.com


Rezeki Milik Allah, Mintalah Pada Allah

Sebagai umat Islam, kita wajib mempunyai keimanan bahawa rezeki adalah milik Allah. Kita wajib percaya bahawa perkara Rezeki, Jodoh, Ajal, Maut adalah hak mutlak Allah.

Tanggungjawap kita kepada Allah hanyalah meminta kepada-Nya dengan cara berdoa dan mendirikan solat secara istiqamah.

Berikut saya kongsikan kepada para pembaca blog yang budiman sekalian tentang 7 tip praktikal untuk murah rezeki yang boleh sama-sama kita amalkan, in syaa Allah.


1) Sentiasa Ingat Kepada Allah

Mengingati Allah BUKAN sahaja ketika dilanda kesusahan sahaja malahan ketika kita senang lagi kita perlu membanyakkan diri ingat kepada Allah.

Ibadah solat dan zikir adalah amalan yang membawa kita sentiasa ingat kepada Allah.

Walau apa juapun keadaan, kita perlu selalu ingat kepada Allah. Andai kata kita terlupa kepada-Nya, terus kita beristighfar memohon ampun kepada-Nya dan teruskan amalan zikir.


2) Membantu Golongan Miskin

Perbanyakkan membantu golongan miskin. Berikan pertolongan yang termampu kita berikan kepada golongan ini.

3) Membantu Golongan Penuntut Ilmu

Membantu golongan penuntut ilmu juga salah satu amalan untuk murah rezeki. Memudahkan urusan penuntut ilmu adalah amalan yang digalakkan di dalam Islam.

4) Sentiasa Beryukur Atas Nikmat

Sentiasa zahirkan rasa syukur kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir "Alhamdulillah". Cuba kita bayangkan jika udara yang kita sedut ini perlu dibayar, berapa banyak kita telah berhutang kepada Allah.

Ucapkanlah Alhamdulillah !

5) Bersedekah Secara Istiqamah

Amalan sedekah adalah salah satu amalan yang disukai Allah. Salah satu amalan yang jika jenazah di alam barzakh diberi peluang untuk hidup kemballi, sedekah adalah amalan yang akan dilakukan.

Inilah amalan yang mudah dilakukan tetapi sangat sukar untuk kita istiqamah untuk diamalkan.

Tidak sempit rezeki seseorang, malahan Allah akan dibuka pintu rezeki yang luas kepada mereka yang suka bersedekah.

6) Sentiasa Istighfar & Bertaubat

Jalan keluar untuk segala masalah adalah dengan memperbanyakkan amalan istighfar untuk memohon ampun kepada Allah. Manusia tidak pernah lari walaupun sesaat daripada melakukan dosa.

Kealpaan dengan tawaran dunia menyebabkan kita mudah lupa kepada Allah.

Antara amalan untuk murah rezeki adalah dengan cara kita memperbanyakkan istighfar dan bertaubat. Astaghfirullah....astaghfirullah....astghfirullah !

7) Perbanyakkan Selawat

Tip praktikal untuk murah rezeki yang terakhir adalah dengan memperbanyakkan amalan selawat kepada junjungan besar nabi kita, nabi Muhammad Shollallah hua'laihi wasallam.

Jadikan ia amalan zikir harian setiap selesai solat fardhu. In syaa Allah.


Sampai di sini dahulu wahai rakan pembaca yang budiman sekalian, terima kasih kerana sudi membaca post ini sehingga tip yang terakhir untuk amalan murah rezeki.

Semoga sama-sama kita istiqamah mengamalkanya dengan penuh rasa ikhlas lillahi ta'ala.

Terdapat banyak lagi amalan yang disyorkan dalam Islam untuk dimurahkan rezeki. Antara rujukan lain yang saya telah milikinya (alhamdulillah) adalah dari Ebook Magnet Rezeki yang ditulis sendiri oleh seorang usahawan yang berjaya membangunkan 3 syarikat bertaraf Sdn. Bhd dalam bidang hartanah, aset digital dan lain-lain dari dalam dan luar negara.

Pengalaman beliau dinukilkan secara telus dengan amalan-amalan murah rezeki yang sahih mengikut dalil-dalil yang muktabar serta terbukti berkesan sehingga mencapai kejayaan beliau kini.

Jika anda ingin tahu sedikit kisah latar belakang beliau serta tip amalan untuk murah rezeki yang beliau amalkan, sila ke www.MagnetRezeki.com.my

In syaa Allah...semoga kita dapat bertemu kembali dan berharap post ini memberi manfaat kepada anda kelak. Aamiinn.

Sekian. Terima kasih.


Ebook Magnet Rezeki

No comments

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

adv/https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=1827_62_1_282|https://3.bp.blogspot.com/-rLvmbvTL7so/WdFIS_xMgjI/AAAAAAAAFbU/MkbTaxbOzrcH_o-b-KWIA_Iv1Ju7hdXpgCLcBGAs/s1600/fanpage-superstar.png

Random Posts

randomposts

Like Us

fb/https://www.facebook.com/azeriebiz