Internet & Kehidupan

Dah Ada Website ? BS2MS Versi 2.0 Kan Ada !

 
Masalah ramai usahawan yang baru menceburi bidang bisnes internet adalah berkenaan memiliki website sendiri. Baru nak mula berniaga, modal pun kurang, jadi tak berani lah nak modalkan untuk website. Modal untuk upah buat website sahaja minimum RM250 ke atas. Belum kira modal untuk produk, modal untuk pemasaran dan lain-lain.

Bila dah mula berniaga, tambah pulak kalau anda berniaga secara sepenuh masa, anda dah tiada masa belajar teknik buat website dah. Anda perlu terus melakukan jualan untuk produk anda. Kalau nak belajar buat website sendiri secara percuma kat YouTube ker, memang mangambil masa yang agak panjang. Memang betul ! kalau dapat buat website sendiri menjimatkan wang TAPI kalau nak betul-betul pandai memang perlu mengambil masa yang agak lama.

Pengalaman saya sendiri belajar buat website pun mengambil masa setahun untuk betul-betul tahu buat sendiri. Saya bukanlah pakar website, cukuplah sekadar untuk buat website sendiri jadilah. Nak kata mahir pun tak, tak tahu langsung pun tak. Sekadar boleh buat untuk bisnes saya sendiri pun syukur alhamdulillah. 

Penting Ada Website Buat Peniaga Zaman Sekarang


Jika sekarang anda sedang merancang atau sedang melakukan bisnes, saya syorkan anda sediakan website untuk produk anda. Tak kiralah produk apa yang anda jual. Pada hakikatnya website adalah salah satu syarat untuk menceburi bisnes internet. Jika kita soroti 4 keperluan asas dalam bisnes internet seperti yang diterangkan oleh Dr Irfan Khairi (Jutawan Internet Malaysia) salah satunya adalah memiliki website bisnes anda sendiri.

Website berfungsi sebagai jurucakap, setiausaha dan ejen anda untuk menerangkan kepada prospek atau pelanggan anda tentang apakah bisnes anda, tawaran yang disediakan, latar belakang syarikat anda dan pelbagai lagi sumber maklumat 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Bisnes anda pula berpotensi untuk dikembangkan ke seluruh dunia kerana sesiapa pun boleh access website anda kelak.

Website Percuma Guna Blogspot


Majoriti pengguna internet telah pun tahu bahawa blogspot adalah salah satu dari beratus jenis produk Google. Saya sendiri pun memiliki banyak website menggunakan medium blogspot untuk produk-produk saya. Ramai yang memilih blogspot sebagai batu loncatan untuk buat untung berganda dalam bisnes kerana ia disediakan secara percuma seumur hidup. Selagi kita aktif di internet selagi itu website kita akan terus berada di alam cyber. Tambahan pula, kita sering menggunakan enjin carian Google untuk mencari maklumat tertentu.


Nak Jadikan Format Blogspot bertukar kepada Minisite Profesional ?


Jika anda ingin memiliki website ataupun minisite secara percuma, gunakan sahaja blogspot. Dengan blogspot Anda tak perlu ...

---> TAK PERLU bayar untuk Domain
---> TAK PERLU bayar untuk Hosting
 
...seumur hidup. Anda bukan memiliki blogspot berformat blog penulisan seperti mana blog saya yang anda baca sekarang ni, malah blogspot ini adalah berformat sama seperti minisite profesional yang anda pernah lihat untuk sesuatu produk. Contoh minisite adalah seperti gambar di bawah !



Minisite lebih nampak profesional dan mengancam prospek atau pelanggan anda. Kepercayaan mereka kepada produk anda akan bertambah dan yang penting ia lebih menyakinkan.


Pakej Blogspot 2 Minisite Versi 2.0



Saya ingin mengesyorkan kepada anda salah satu produk yang baru dilancarkan pada 15 August 2016 oleh seorang usahawan internet dari Ipoh yang bernama Boon Lee. Produk ini adalah kesinambungan dari produk Blogspot 2 Minisite versi 1 yang telah terjual sebanyak lebih 500 unit. 

Pakej ini adalah versi ugrade dan terkini mengikut teknologi dan peredaran semasa. Semua dikalangan kita telah sedia maklum, ramai yang melayari internet hanya menggunakan handphone dan pakej terbaru ini direka oleh Boon Lee agar lebih responsif dengan smart phone. Jadi ia kelihatan lebih friendly view untuk sesiapa pun yang melayari website anda kelak.

Saya telah pun membeli kedua-dua pakej beliau dari versi pertama lagi. Saya merancang untuk membuat setiap produk digital dan fizikal yang saya jual menggunakan panduan dari Pakej Blogspot 2 Minisite Versi 2.0 ini.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang produk ini sila KLIK DI SINI !


Testimoni Pembeli


Berikut adalah beberapa testimoni yang sempat saya ambil dari website jualan pakej Blogspot 2 Ministe untuk meyakinkan anda.

"Wah memang saya tidak sangka dengan menggunakan produk BS2MS ini saya dapat hasilkan minisite yang sangat-sangat cantik bagi diri saya yang baru newbie...ia mengambil masa yang sangat singkat untuk install sistem ini....saya amat berpuas hati .ini baru yang percuma belum beli yang full pakej lagi...BS2MS terbaik bagi saya." ~ Firdaus Hassan


"Hi.. first thing first. i would like to thanks to u! :) before this, I was hardly searching minisite template for blogger so i gave up. But after i saw ur site, i was surprise that the minisite template for blogger is really exist! thanks to u! so let me share with u my work!" ~ Peter Quashkeen


"Sangat simple template ini. Hanya 15 minit saya berjaya hasilkan misite yang menarik. Rugi kepada yang masih belum mencuba. Terima kasih kepada Tuan Boon kerana memudahkan kerja saya memasarkan produk." ~ Nik


"Saya amat bersyukur sebab ade system macam ni, sangat mudah dan jimat, saya tak sabar nak beli yang full pakej berserta dengan domain name.. saya sarankan, kepada anda yang masih tak mampu nak buat website, buatlah dulu blog seperti ini.. Insya Allah nampak hasilnya" ~ Muhammad Akmal


Kesimpulan


Zaman sekarang ni kalau ada tawaran yang boleh menjimatkan kos perniagaan, apa salahnya anda cuba produk ini. Mungkin Pakej Blogspot 2 Minisite versi 2.0 adalah jawapannya. Selepas ini anda hanya fokus kepada kerja-kerja pemasaran sahaja TANPA perlu memikirkan hal-hal teknik untuk website selepas ini.

Semasa saya menulis post ini, harga produk ini adalah RM 79.00 berbanding harga yang mungkin dikenakan sebanyak RM 109.00 pada masa akan datang kelak. Jika anda dapatkan sekarang, anda dapat penjimatan sebanyak RM 30

Semoga post ini bermanfaat kepada anda dan kalau boleh sudi-sudilah kongsikan post ini kepada rakan-rakan anda yer. Sekian. Terima kasih.

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan