Jadilah Hamba Yang Allah Suka
Ketika blog ini ditulis, saya telah sampai dari kampung kerana menghadiri majlis tahlil kesyukuran dan doa selamat di kampung Hutan Melintang iaitu kampung sebelah bapa saya. Majlis diadakan di rumah Pak Long dan Mak Long saya.
Saya mula bertolak pada jam 12.30pm setelah semua persiapan lengkap dilakukan. Memandangkan hari ini hari Jumaat saya merancang untuk solat Jumaat di mana-mana masjid di perjalanan nanti.
Sampai lebih kurang jam 1.20pm kurang lebih lagi 12 minit masuk waktu Zohor saya berhenti di masjid Batu 4 Jalan Kapar.
Sampai di masjid seperi biasa sesi mendengar kuliah agama seperti mana-mana masjid lakukan sementara menunggu masuknya waktu zohor. Sangat menarik topik yang disampaikan oleh ustaz (maaf tak tau nama ustaz tu) berkenaan solat khusyuk.
Teringat pula saya pada pakej produk yang saya promosi tentang rahsia solat sempurna dan khusyuk yang diajar oleh Ustaz Hasnan Kasan. Banyak persamaan penerangan ustaz tu dengan ustaz Hasnan Kasan untuk cara bagaimana mencapai khusyuk dan sempurna dalam solat.
Yang menarik ceramah kuliah Jumaat ini, ia disimpulkan tentang kisah semasa arwah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berada dalam koma. Bagaimana doktor pakar hairan bagaimana Tuan Guru boleh bangun untuk solat seperti biasa apabila tepat masuk waktu solat termasuk solat malam. Usai solat Tuan Guru akan sambung tidur kembali.
Ustaz itu membuat simpulan tentang bagaimana kesan baik kepada mereka yang sentiasa menjaga solat mereka tepat pada waktu sehingga roh kita sentiasa hidup untuk sujud kepada Allah walaupun jasad kita telah koma.
Semoga ia memberi iktibar kepada hidup kita semua insya Allah. Aminn
7 Golongan Manusia Yang Allah Sukai
Usai kuliah tadi maka azan pun bergema menunjukkan masukkan waktu Zohor. Maka saat yang dinantikan untuk mendengar khutbah Jumaat dari khatib pun tiba.
Saya cuba rekod setiap isi penting khutbah Jumaat melalui smartphone saya (jenama murah jer). Saya menggunakan applikasi android EverNote untuk merekod ilmu penting dalam smartphone.
Khatib menerangkan pengenalan ucapan khutbah tentang kejadian manusia yang Allah cipta berbeza-beza. Pada mata kasar manusia ada yang nampak cantik, hodoh, bijak, bodoh dan macam-macam persepsi.
Tetapi Allah tidak memandang kesemua itu melainkan 7 golongan manusia di bawah.
1) Manusia Yang Bertaqwa
… maka sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertakwa. (QS. Al-Imran [3]: 76)
2) Manusia Yang Suka Membuat Kebaikan
(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (QS. Ali ‘Imran [3]: 134)
3) Manusia Yang Bertaubat
… Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. (QS. Al-Baqarah [2]: 222)
4) Manusia Yang Sabar
Orang-orang yang sabar ALLAH menyukai orang-orang yang sabar.
(Ali ‘Imran [3]: 146)
5) Manusia Yang Adil
… sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang adil. (QS. Al-Maa’idah [5]: 42)
6) Manusia Yang Bertawakkal
Orang-orang yang bertawakal kepada ALLAH Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-NYA. (QS. Ali ‘Imran [3]: 159)
7) Manusia Yang Sanggup Berkorban Demi Agama Allah
Sesungguhnya ALLAH menyukai orang yang berperang dijalan-NYA dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.
(QS. Ash-Shaff [61]: 4)
Tanda Allah Sayang Hamba-Nya
Antara tanda-tanda Allah sayang kepada hamba-Nya adalah apabila mereka suka melakukan amalan soleh dan suka melakukan perkara yang dekat dengan agama Islam.
Satu lagi tanda Allah sayang kepada kita, seingat saya adalah apabila kita mempunyai kekuatan untuk mempertahankan agama Allah walau bagaimana sekalipun. Itulah kurniaan Allah kepada mereka yang Allah sayang kepada kita.
Bukan mudah mendapat kekuatan seperti ini JIKA kita tidak disayangi Allah.
Penutup Khutbah
Sebagai penutup khutbah, khatib menerangkan secara ringkas, Islam TIDAK mengajar umatnya menjadi extrimist. Allah mahu kita menjadi seorang penganut Islam yang mengamalkan kesederhanaan dari segenap segi kehidupan.
Kesimpulan
Itu sahaja beberapa perkongsian yang sempat saya rekod dan semoga sedikit perkongsian yang lemah dari saya ini memberi manfaat kepada anda. Mungkin ada beberapa perkara penting yang saya terlepas pandang. Itu adalah kekhilafan saya sendiri.
Apa yang penting adalah semoga kita terus berusaha melakukan amal perbuatan yang Allah suka. Sekian.
Semoga berjumpa lagi pada post yang lain. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment
Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.