17 January 2015

2 Tip Elak Handphone 'HANG'


Salam hormat kepada anda sebab sudi layari blog ini.

Pada post kali ini saya ingin berkongsi kepada anda 2 tip bagaimana mengelak handphone anda berlaku masalah 'hang' ataupun paling biasa kita dengar dengan perkataan 'jam'.

Pengguna smartphone terutamanya pasti pernah mengalami masalah tiba-tiba TIADA respon ketika menekan atau menyentuh apa-apa butang sekali pun. Anda mula panik dan tak tau nak buat macam mana. Saya juga beberapa kali mengalami masalah seperti ini.

Baiklah kawan-kawan sekalian, saya cuba kongsikan 2 tip yang saya dapat dari Jootawan yang berkongsi tip bagaimana untuk elakkan handphone anda 'hang'.

Berikut adalah 2 tip tersebut.

==========================
2 TIP ELAK HANPHONE 'HANG'
==========================

1) TUTUP Applikasi Yang TIDAK digunakan

Rata-rata pengguna handphone kebanyakannya apabila membuka sesuatu applikasi, mereka akan terus tekan butang ke menu utama, menyebabkan applikasi yang dibuka tadi akan minimize.

Mungkin pengguna handphone menyangka applikasi tersebut telah ditutup, namun sebenarnya applikasi itu sebenarnya masih lagi aktif.

Apabila terlalu banyak membuka applikasi, menyebabkan memori banyak digunakan dan berpotensi menjadikan handphone anda 'hang'.

Apa yang anda harus lakukan adalah menutup applikasi setelah TIDAK mahu menggunakannya.

Mudahkan!


2) RESTART Handphone Sehari Sekali

Ini juga adalah salah satu petua yang saya sendiri TIDAK terfikir untuk melakukannya.

Anda dicadangkan melakukan sekurang-kurang SEKALI sehari untuk Restart handphone ataupun anda OFF beberapa ketika handphone anda untuk merehatkan sistem dalam handphone.

Tujuannya adalah supaya hardware dalam 'isi perut' handphone dapat berehat seketika bagi mengekalkan kuasa pada tahap yang optimum.


Kesimpulan

Memang saya langsung tak terfikir pada mulanya tentang 2 tip ini. Mungkin disebabkan inilah punca kenapa handphone saya beberapa kali menghadapi masalah 'hang'.  Hmmmm...bagaimana kawan-kawan, membantu tak ?

Semoga tip mudah dan ringkas ini membantu anda juga sebagai pengguna handphone. Sekian.


P/S : Oh yer...percaya tak, sebenarnya dengan handphone boleh buat duit setiap bulan secara pasif. Kalau anda nak tahu, sila KLIK DI SINI !


Postingan Terkait

3 comments:

  1. Perkongsian yang menarik dan bagus.. Tak ramai yang restart handphone at least sekali sehari..saya amalkan selalu :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana memberi komen. Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. Handphone sy hang 24 kali sehari..thankz untk petua..arigato huzaimas(。・ω・。)

    ReplyDelete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *