20 June 2014

Doa Mengubati Demam Panas



Sekarang cuaca agak panas. Hujan jarang berlaku di atas keizinan Allah. Kini sedang berlaku musim panas berpanjangan dari bulan Jun sehingga September 2014 seperti yang diramalkan oleh pakar cuaca. Fenomena ini diberi nama El-Nino ataupun musim kemarau berpanjangan di Malaysia.

Ditambah pula bakal kehadiran bulan Ramadhan untuk penganut Islam berpuasa selama sebulan iaitu ibadah fardhu yang wajib dilakukan seperti mana yang diperintah Allah.

Sama-sama kita kuatkan iman dan tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah untuk berpegang teguh kepada perintah Allah untuk berpuasa. Elakkan dari memberi alasan cuaca yang agak panas dan perbanyakkan bersabar.

Allah telah berfirman pada surah At-Taghaabun ayat 11.. (bismillah hirahman dirrahim)



Maksudnya : " Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "



Cuaca panas asbab demam

Demam panas boleh menimpa siapa sahaja kerana perubahan cuaca yang tidak menentu atau persekitaran yang tidak sihat.

Kebiasannya sekiranya kita ataupun ahli keluarga kita demam, kita akan makan ubat yang disarankan oleh doktor. Tetapi sebenarnya selain kita makan ubat, kita boleh juga mengurangkan demam panas kita dengan air.

Ini berdasarkan saranan baginda Rasulullah SAW seperti dikhabarkan oleh Aisyah r.ha. Manurut baginda...

" Demam adalah luapan Neraka Jahannam, oleh itu dinginkan ia dengan air "

(Riwayat al-Bukhari)


Doa mengubati demam panas


Maksudnya : " Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api "


Semoga sama-sama kita mengamalkan doa ini agar dapat mengubati keluarga sendiri dari demam panas yang berpanjangan.

Jangan lupa untuk berserah sepenuhnya (tawakkal) kepada Allah agar diizinkan-Nya untuk menyembuhkan demam panas ahli keluarga kita. Insyaa Allah.


P/S : Sekadar berkongsi dari ilmu yang cetek ini untuk sama-sama kita amalkan.

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *