03 November 2011

Mulakan Langkah Bisnes Di Rumah



Permulaan untuk berniaga di rumah merupakan impian kebanyakan orang dan ia semakin meningkat bilangannya dari tahun ke tahun. Mereka yang telahpun memulakan pekerjaan di rumah mempunyai keyakinan bahawa mereka memang boleh melakukannya.

Terdapat beberapa faktor yang memberi kelebihan kepada mereka yang telah mengambil peluang melakukan perniagaan di rumah hasil dari keputusan yang bijak diperingkat awalnya. Antara faktor-faktornya adalah seperti keinginan untuk tinggal di rumah bersama anak-anak, mengelak dari kesesakan lalu lintas dan ingin menjadi bos anda sendiri. Terdapat pelbagai faktor lain bagi mereka yang melakukan perniagaan di rumah dan ia akan dibincangkan pada perenggan di bawah ini.   

Perniagaan di rumah ataupun dengan perkataan paling mudah SOHO (Small Office Home Office) membuka peluang untuk membolehkan individu menikmati kehidupan lebih baik dari pekerjaan mereka. Sehubungan dengan itu, mereka yang melakukan perniagaan ini secara part time sekalipun telah dapat membayar bil-bil bulanan dan dapat membayar untuk perbelanjaan yang lain tanpa menggunakan gaji bulanan mereka.

Percaya atau tidak, ada sebahagian mereka yang telah berjaya membuatkan perniagaan di rumah sebagai satu pendapatan berterusan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Individu yang telah membina satu rancangan perniagaan untuk berniaga dari rumah memiliki hasrat untuk menjadikan ia satu bidang yang serius. Mereka sanggup melaburkan masa dan mempertingkatkan usaha untuk merealisasikan perniagaan mereka agar benar-benar berjaya.

Adalah penting untuk memastikan bahawa perniagaan yang berasaskan rumah, atau apa-apa perniagaan yang berkaitan dengannya menawarkan produk-produk untuk dijual serta memperolehi keuntungan yang baik kepada pemilik perniagaan di rumah khususnya. Mereka harus mencari lebih dari satu produk atau perkhidmatan untuk satu-satu pasaran.

Ramai individu yang mengambil bahagian dalam perniagaan beroperasi di rumah. Ada yang melakukannya secara part time dan ada juga yang melakukannya secara full time. Bagi mereka yang serius untuk melibatkan diri dalam perniagaan di rumah harus memastikan beberapa faktor asas ini dapat ditangani.

Seseorang itu perlu berupaya mencari rezeki dari perniagaan mereka, mempunyai rancangan perniagaan yang ditetapkan, menawarkan produk dan perkhidmatan yang hebat serta membuka peluang kepada orang ramai yang memerlukan bantuan. Jika dapat 'memahat' beberapa faktor ini ke dalam minda kita, saya berpendapat sudah cukup untuk membina perniagaan di rumah dengan lebih serius.

Sehubungan dengan ini saya ingin mencadangkan khas kepada para wanita khususnya yang ingin mendapatkan panduan menjana pendapatan di rumah hasil perkongsian dari pengalaman seorang insan yang bernama Puan Masayu binti Ahmad di website beliau www.JanaWangDiRumah.com. Pada pandangan saya, tentu ia satu kehidupan yang sempurna jika seorang wanita dapat duduk di rumah di samping keluarga tersayang dan dalam masa yang sama memperolehi pendapatan sendiri di rumah.


Sekian untuk perkongsian saya pada kali ini. Semoga berjumpa di waktu yang lain. Insyaallah.




Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *