15 November 2010

3 Kesilapan Yang Pemain Affiliate Biasa Lakukan


Salam hormat;


Saya ingin berkongsi kepada anda 3 kesilapan yang biasa dilakukan oleh ramai affiliater dan diharap ia akan menjadi pedoman kelak. Kepada mereka yang masih baru mengenali apakah itu affiliate pasti akan faham kelak. Paling mudah untuk diterangkan di sini bahawa affiliate adalah salah satu program pemasaran yang amat berkesan untuk menjana pendapatan di internet. Semua orang berpeluang untuk menjana pendapatan dari affiliate.


Pada mereka yang menyediakan program affiliate dah pasti akan mendapat keuntungan dan pada mereka yang mempromosikan program affiliate juga akan mendapat komisyen. Di sini situasi menang sama menang wujud untuk semua yang menceburinya.


Walaubagaimanapun seperti juga jenis perniagaan yang lain, ada langkah-langkah yang perlu diikuti. Jika tidak diikuti maka banyak kerugian akan berlaku terutama dari segi pelaburan masa. 


Bagi mengelakkan kegagalan maka saya ada senaraikan 3 kesilapan yang biasa dilakukan dalam program affiliate. Saya syorkan supaya anda cuba elakkan daripada melakukan kesilapan ini.







Kesilapan [1] : Memilih program affiliate yang salah.
Ramai orang ingin menjana pendapatan daripada pemasaran affiliate secepat yang boleh. Oleh kerana itu maka mereka hanya memilih apa sahaja produk afiliate. Mereka beranggapan produk yang dipilih adalah produk "PANAS". Mereka berfikiran produk yang dipilih adalah yang dikehendaki oleh para pelanggan kini. Walhal ia adalah salah satu tindakan yang kurang bijak.
Seelok-eloknya pilihlah produk yang benar-benar anda minati. Ambil masa untuk merancang dan pastikan apakah langkah-langkah yang patut anda lakukan.


Pilih produk yang anda minat. Kemudian buat penyelidikan untuk mengetahui jika ia mempunyai permintaan di pasaran. Selepas itu lakukan promosi dan percayalah ia menjadi lebih mudah mempromosi daripada memilih hanya untuk mendapat komisyen semata-mata.


Kesilapan [2] : Sertai banyak program affiliate.
Memandangkan cara menyertai program affililate cukup mudah maka faktor menyertai banyak program affiliate dalam satu masa pasti berlaku. Mereka sangka dengan menyertai banyak program affiliate maka ia akan memaksimumkan pendapatan disamping mereka berpendapat bahawa tiada salah dan ruginya menyertai banyak program affiliate. Secara logiknya ini adalah salah satu cara untuk mendapat banyak punca pendapatan. 


Bagaimanapun, dengan menyertai banyak program affiliate dan mempromosikan semuanya dalam masa yang sama menyebabkan anda sukar untuk konsentrasi pada setiap program itu.


Keputusannya ? Rancangan anda untuk menjana pendapatan maksimum akhirnya menjadi sukar. Cara terbaik untuk menjana affiliate adalah dengan cara menyertai program affiliate yang menawarkan keuntungan sekurang-kurangnya 40%. Kemudian lakukan usaha bersungguh-sungguh untuk mempromosi produk itu.Seandainya dah banyak jualan dibuat dari hasil mempromosi produk itu mungkin di sini anda bolehlah menyertai program affiliate yang lain pula.


Kesilapan [3] : Tidak membeli produk atau menggunakan perkhidmatan.
Sebagai affiliate, tujuan utama adalah untuk memberitahu pelanggan dengan cara berkesan supaya ia membeli produk ataupun perkhidmatan. Amat sukar untuk mempengaruhi pelanggan jika anda sendiri tidak mencuba produk atau perkhidmatan itu sendiri. Ia akan menjurus kepada kesukaran untuk mempromosi sesuatu produk atau perkhidmatan kerana apa yang anda ceritakan tidak datang dari pengalaman anda sendiri.Kesimpulannya anda adalah produk itu sendiri.


Biarlah apa yang anda ceritakan adalah lahir dari hati dan pengalaman anda sendiri. Itu pasti akan lebih baik.


Baiklah.... sampai sini dulu perkongsian saya. Semoga ia memberi manfaaat bersama demi menjana pendapatan melalui affiliate.

Postingan Terkait

4 comments:

  1. terima kasih atas nasihat yang sangat berguna ni.

    http://carabijakwang.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Sama-sama. Semoga sama-sama mendapat manfaatnya dan berjaya dalam program affiliate.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. bukan senang juga untuk menjual produk affliate ini kalau tidak disertai dengan usaha yang bersungu-sungguh.

    ReplyDelete
  4. Betul sally.Saya cukup bersetuju dengan anda.

    ReplyDelete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *