Teknik Merekod Perbelanjaan Dan Pendapatan Anda Versi Smartphone
Kegagalan mereka yang sering menghadapi masalah tidak cukup wang adalah disebabkan kurang memberi penekanan kepada aspek pengurusan wang yang betul. Masalah ini terjadi kepada semua orang, termasuklah diri saya sendiri.
Pada permulaan saya memulakan kerjaya disektor perkilangan, saya merasa kesal kerana tidak melakukan simpanan yang tetap untuk 4 tahun pertama. Walaupun bujang pada masa itu, rasa ketidak cukupan dalam perbelanjaan sering berlaku walhal tiada komitmen yang banyak pada masa itu.
Saya mula sedar dan mula melakukan perubahan dalam pengurusan kewangan hidup saya.
Kepentingan Merekod Setiap Perbelanjaan Dan Pendapatan ?
Pernah tak persoalan ini berlaku kepada anda.
" Eh....mana pergi gaji aku yang banyak-banyak ? "
Saya yakin anda pasti pernah tertanya-tanya persoalan ini terutama sekali apabila berada dipertengahan bulan. Kebanyakan mereka yang makan gaji akan merungut sendiri dan mula merasa membuat kerja tambahan ataupun OT untuk menambah pendapatan.
Sebenarnya punca mengapa persoalan di atas ditimbulkan adalah disebabkan tiada rekod untuk setiap perbelanjaan anda. Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu kehendak dan yang mana satu keperluan.
Kebiasaannya ramai yang berbelanja berdasarkan kehendak ataupun nafsu semata-mata.
Jika kita dapat merekod setiap perbelanjaan, anda dapat tahu di mana aliran wang yang keluar dari pendapatan kita. Apabila sampai hujung bulan kita boleh 'review' dan mula lakukan langkah berhati-hati untuk setiap perbelanjaan.
Memang agak sulit ataupun sukar untuk merekod perbelanjaan tetapi percayalah inilah langkah bijak yang disyorkan oleh kebanyakan mereka yang kurang hutang ataupun tiada hutang.
Perisian Mudah Rekod Belanja Dengan Hello Expense
Sebelum wujud smartphone a.k.a mampu pakai smartphone saya merekod perbelanjaan dan pendapatan saya secara manual menggunakan Microsoft Excel. Tapi biasalah apabila menggunakan cara manual pasti tak bertahan lama.
Saya ingin mencadangkan anda yang menggunakan handphone versi smartphone untuk memuat turun applikasi Hello Expense di sini !
Sangat mudah serta mesra pengguna.
Kita boleh buat...
1) Rekod perbelanjaan dan pendapatan
2) Boleh ubah kategori dan nilai matawang
3) Multi-currency dan millage
4) Boleh lihat data keseluruhan mengikut kategori, hari, minggu dan bulan.
5) Boleh lihat kategori secara carta pie
6) Boleh lihat data secara graf barisan
7) Spreadsheet dan QIF Export
8) Backup / Restore
9) Bluetooth sync (beta)
10) dan macam-macam lagi...
Anda boleh review sendiri melalui smartphone anda dan lihat kelebihannya.
Jika anda benar-benar ingin mengurus kewangan anda secara serius perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah merekod semua perbelanjaan dan pendapatan anda.
Semoga maklumat dalam blog ini membantu anda.
Sekian. Terima kasih.
P/S : Tak rugi anda merekod setiap duit keluar dan duit masuk anda. Jadikan sebagai 'habit' untuk faedah akan datang.
ANDA MEMPUNYAI MASALAH UNTUK MENGURUS AKAUN PERNIAGAAN ANDA SEBAB TAK FAHAM CARANYA. USAH KHUATIR ... MUNGKIN PANDUAN INI BOLEH MEMBANTU ANDA !

No comments:
Post a Comment
Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.