Penetapan Sasaran Dalam Kehidupan


Setiap orang memiliki keinginan dan impian. Yang menggagalkan seseorang adalah kerana risiko ataupun halangan yang mendatang. Sekuat mana impian itu digenggam, sekuat itu jugalah halangan akan bertandang.

Menurut kajian rawak bagi peratusan orang yang berjaya hanya terdapat lebih kurang 10% dari mereka yang lain-lain. Bukan 90% disebabkan tiada impian untuk berjaya. Ia hanyalah bergantung sekuat impian itu digenggam.


PENTINGKAH PENETAPAN SASARAN ?

Menurut pakar motivasi kita boleh menetapkan terus impian dan sasaran yang besar TETAPI kita juga perlu menetapkan sasaran yang kecil-kecil.

Sebagai contoh....

Jika anda mempunyai impian untuk bebas dari kekangan hutang. Apakah sasaran anda sekarang ?

Dah tentu Nak Bebas Hutang kan. Cari pula sebab kenapa anda perlu bebas dari hutang ?


Kita lihat bagaimana kehidupan orang yang takde hutang, macam mana gaya hidup dia, bagaimana cara dia bergaul dengan orang ramai, persepsi dia kepada orang lain... adakah sentiasa berfikiran positif atau negatif, mempunyai sikap pemurah dan yang penting sentiasa gembira sahaja. (senyum sokmo)

Andai kata kita mempunyai impian, cuba tetapkan impian yang ingin dicapai.


TETAPKAN SASARAN YANG KECIL DAHULU

Kejayaan adalah satu perjalanan. Mahal harganya sebuah kejayaan jika kita berjaya merealisasikannya. Sudah semestinya ada harga yang perlu dibayar untuk menuju kejayaan.

Tetapkan sasaran yang kecil bermula dari sasaran harian, kemudian mingguan, seterusnya bulanan dan akhirnya tahunan.

Sebagai contohnya anda sebagai seorang ibu atau isteri yang sedang bekerja makan gaji dan mempunyai impian untuk bebas dari kepompong makan gaji. Mula-mula cari sebab kenapa kita hendak bebas dari makan gaji ?

Mungkin sebab...

1. Penjagaan anak yang kurang memuaskan dari pengasuh.

2. Risiko orang gaji melarikan anak / penderaan dll.

3. Penat berganda sebab bekerja di pejabat dan bekerja di rumah.

4. Kelonggaran dari segi pemantauan sosial anak di luar rumah. Anak menjadi liar.

5. Sistem kekeluargaan yang rapuh kerana banyak masa disibukkan dengan tugas di pejabat.

6. dan lain-lain.


Sebanyak mana kita dapat mengenalpasti sebab musabab, semakin BESAR impian kita.

Oh...ya saya pernah terbaca salah satu laman web tentang bagaimana menjana wang dirumah khas untuk wanita. Saya lihat ia merupakan satu panduan berdasarkan pengalaman dari seorang wanita merangkap ibu dan isteri sepenuh masa di rumah. Dahulu beliau juga seorang pekerja dan kini beliau menjadi full time mom.

Nama beliau adalah Puan Masayu Ahmad. Jika anda ingin dapatkan panduan beliau tentang rahsia kejayaan beliau dan apa yang beliau lakukan sehingga menjana pendapatan besar hanya di rumah dalam masa yang sama menjadi ibu dan isteri sepenuh masa sila layari http://rieclick.com/janawangdirumah



PERKUATKAN SASARAN HIDUP

Memang ada yang berkata hidup kat dunia ini hanya sementara. Hidup biarlah sederhana. Ia benar dan saya setuju  dengan pendapat ini. Hakikatnya kehidupan yang sementara inilah perjalanan kita di dunia demi menuju ke akhirat sana.

Saya suka ingatkan diri saya dengan petikan hadith dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ


“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :


Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”


(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)

Jika kita fahami maksud hadith di atas pasti kita akan berusaha sehabis baik untuk kehidupan kita di dunia dan di akhirat kelak.


Sekian dulu perkongsian saya kali ini. Semoga jumpa lagi pada post yang lain yer.


Terima kasih.


Daripada;
Azeri bin Abdul Wahab

Postingan Terkait

1 comment:

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *