Internet & Kehidupan

Kenapa WhatsApp Tetap Menjadi Pujaan Hati Pengguna Smartphone ?

Penggunaan WhatsApp dikalangan majoriti smartphone menunjukkan applikasi ini sangat mesra pengguna. Populariti applikasi WhatsApp dapat dilihat dari jumlah pengguna android yang telah memuat turun applikasi ini di Google Play Store.

Gambar di bawah saya snap dimuka depan Play Store pada 2 March 2017.
Nak download applikasi nie, sila KLIK SINI !


Statistik Pengguna WhatsApp vs Facebook

Pengunaan WhatsApp sejak diasaskan oleh Jan Koum dan Brian Acton pada tahun 2009 sangat memberangsangkan menyebabkan Mark Zuckerberg sanggup membeli keseluruhan aset dan database daripada mereka berdua dengan jumlah sebanyak USD19 billion.

Sekarang WhatsApp telah dimiliki sepenuhnya oleh Facebook sejak tahun 2014.


Statistik di atas pula merupakan jumlah pengguna bagi social network yang popular di dunia bagi 4 tahun pertama pengoperasian mereka. Dari statistik ini, ia menunjukkan WhatsApp mempunyai jumlah pengguna yang lebih ramai berbanding Facebook.

Kenapa Pengguna WhatsApp Ramai ?

Pada pandangan saya, sebab kenapa applikasi WhatsApp mempunyai jumlah pengguna yang ramai adalah kerana applikasi ini disediakan secara PERCUMA. Lagi pun ia sangat mudah diperolehi. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan salah seorang pengguna android.

Boleh saya katakan, adalah normal bagi setiap manusia pasti sukakan sesuatu pemberian secara percuma. WhatsApp telah berjaya menarik perhatian dari kelebihan yang pertama.

Kemudian, antara sebab lain kenapa pengguna applikasi WhatsApp ramai adalah kerana ia mempunyai ciri-ciri mesra pengguna. Sesiapa yang menggunakan applikasi ini pasti tahu cara menggunakannya walaupun nenek yang berusia 60 tahun ke atas.

Selain itu, diantara sebab kenapa pengguna WhatsApp ramai adalah kerana tiada caj dikenakan untuk buat panggilan suara dan panggilan video. Ia sangat menguntungkan jika anda seorang kaki bisnes online. Dengan hanya menggunakan data internet sebagai caj menggunakan aplikasi ini, anda berpeluang untuk jimatkan kos operasi bisnes anda.

Trend Semasa Perniagaan di Malaysia

Tidak dinafikan ramai pembeli di Malaysia lebih suka berurusan dengan peniaga melalui WhatsApp Messenger berbanding E-Commence website. Ini termasuklah dengan diri saya sendiri. Kebanyakan urusan pembelian seperti tawar-menawar dan cara mendapatkan maklumat bayaran lebih efektif dilakukan melalui aplikasi WhatsApp buat masa ini.

Ini bukan bermakna E-Commerce website tidak mendapat sambutan. Trend semasa ini menyebabkan berurusan jual beli melalui WhatsApp lebih HIGH TOUCH berbanding E-commerce website.

Saya lihat trend WhatsApp pada satu tahap pasti akan menjadi tepu juga akhirnya dan E-Commerce website akan mendapat lebih kepercayaan pada suatu jangka masa kelak. Mungkin bukan sekarang tetapi dengan kewujudan semakin banyak syarikat menyediakan sistem pembayaran yang canggih dan menyenangkan PASTI akan menggugat statistik pengguna WhatsApp yang aktif kelak.

Pada masa artikel ini ditulis, applikasi WhatsApp adalah applikasi yang masih lagi 'PANAS' dan saya pasti anda adalah salah satu dari penggunanya. Betul tak ?

Kesimpulan

Bagaimana hebat pun kelebihan yang ada pada applikasi WhatsApp, saya yakin pasti akan wujud persaingan dikalangan para usahawan terutamanya apabila anda menerima banyak mesej notifikasi dari bakal pembeli produk ataupun servis anda. 

Kepercayaan pengguna yang tinggi terhadap applikasi ini menyebabkan usahawan perlu kreatif menangani masalah seperti lambat membalas mesej yang telah dihantar oleh bakal pelanggan. Jika situasi ini berlaku maka potensi pelanggan lari dan terus membeli dengan peniaga lain adalah sangat tinggi.

Jika masalah ini dapat diselesaikan secara Auto Reply bagi setiap mesej yang telah dihantar oleh prospek pelanggan kepada anda selama 24 jam sehari TANPA henti walaupun anda sedang tidur pukul 3.00 pagi pasti lebih menguntungkan bisnes anda kan kelak. Betul tak ?

Baiklah rakan pembaca blog sekalian, sekian dulu perkongsian saya buat masa ini. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda. Kalau boleh, sila kongsikan post ini kepada rakan Facebook anda dengan menekan butang SHARE di bawah post ini sekarang !  

In sya Allah ... kita jumpa lagi untuk post artikel yang seterusnya.

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan