Posted by : Azeri Abdul Wahab Monday, 13 March 2017

Salam hormat rakan pembaca sekalian.

Saya sentiasa mencari jalan untuk cara bagaimana menjadikan setiap teknik pemasaran yang saya gunakan menjadi AUTOMATIK Tak kiralah apa jua pun, Asalkan boleh dijadikan auto, saya akan cuba dapatkan dan cuba praktikkan sehabis baik.

Tujuan saya bukan apa, senang saya nak luangkan banyak masa dengan keluarga secara santai TANPA ada gangguan dari kerja-kerja bisnes saya. Sekarang ni pun saya masih lagi bekerja makan gaji dengan salah satu syarikat international dalam bidang semikonduktor.

Saya berusaha untuk tidak menggangu kerja makan gaji saya dengan bisnes part time yang saya sedang usahakan sekarang. Dalam masa yang sama saya nak luangkan banyak masa bersama keluarga saya yang tercinta.


Panduan Lengkap AutoWasup 2.0





Kali ni saya nak berkongsi pendapat dari produk yang saya telah beli, iaitu Panduan Lengkap 2017 AutoWasup. Saya tak sangka idea yang diterangkan dalam produk ini cukup mengujakan saya. Saya sendiri pun tidak tahu sebenarnya mesej WhatsApp boleh diautomatikkan. 

Sebelum saya pernah membeli software untuk autoreply mesej di Facebook page dari produk orang putih dan tak sangka pula mesej WhatsApp juga boleh diautomatikkan.

Buat pengetahuan anda, produk ini telah dicipta oleh seorang usahawan tempatan bernama Nazri Bolhan dan rakan usaha sama beliau Boon Lee yang juga seorang usahawan internet terkenal dikalangan ramai usahawan internet dalam niche IM (Internet marketing).

3 Kelebihan AutoWasup 2.0


Pada pandangan saya yang telah pun mencuba sendiri produk ini, panduan ini cukup lengkap untuk mengautomatikkan mesej WhatsApp dari A sampai Z. Anda bukan sahaja diajar cara untuk menggunakan software android yang unik dan percuma di Google Store, malahan anda diajar cara untuk melakukan close sale jualan anda.

Berikut adalah 3 kelebihan yang lebih spesifik tentang produk Panduan Lengkap 2017 AutoWasup.


  1. Manfaat Masa Bersama Keluarga - Majoriti perniagaan di Malaysia baik kepada pengguna ataupun peniaga memang suka menggunakan applikasi WhatsApp bagi setiap urusan jualan dan belian. Kebiasaan usahawan sibuk melayan mesej WhatsApp sampai kadang-kadang memberi kesan kepada masa yang sepatutnya kita luangkan bersama keluarga. Melalui produk ini, manfaat masa bersama keluarga akan bertambah baik apabila anda mempraktikkan ilmu yang ada dalam produk AutoWasup 2.0 ini. In sya Allah.


  2. TANPA Root Handphone - Kebanyakan perisian android yang berada di Google Play Store mensyaratkan untuk anda root smartphone anda. Proses ini cukup rumit dan kadang-kadang boleh merosakkan smartphone anda kalau anda salah cara melakukannya. Melalui panduan ini, anda TAK PERLU root smartphone anda. Anda boleh terus menggunakan perisian android yang dicadangkan dalam produk AutoWasup 2.0 ini. Anda nak tahu perisian apa ? Anda perlu dapatkan produk AutoWasup 2.0 DI SINI !


  3. BONUS Yang Mengancam - Pembelian produk AutoWasup 2.0 ini cukup berbaloi-baloi kerana pemberian bonus sebanyak RM390 telah disediakan secara khas untuk pembeli produk ini. Antara bonus yang menarik adalah panduan Autoreply untuk mesej dari FB Messenger. Setiap prospek yang mesej PM dalam FB Messenger anda, anda boleh reply mesej mereka secara Auto. Konsep yang saya seperti AutoWasup 2.0 ! Terdapat 3 lagi tambahan bonus yang mengancam yang anda boleh perolehi kelak. Anda boleh terus melihat di www.autowasup.com sekarang !


Kesimpulan

Produk panduan lengkap 2017 AutoWasup versi 2.0 ini harus dimiliki oleh setiap usawahan yang suka menggunakan WhatsApp untuk urusan jual beli. Tidak dinafikan, majoriti usahawan termasuk juga pembeli produk secara online gemar berurusan menggunakan applikasi WhatsApp sebagai medium untuk urusan jual beli. 

Sebagai usahawan, anda tidak seharusnya melepaskan peluang memiliki produk ini demi kelancaran proses pemasaran anda pada masa yang akan datang dan dalam masa yang dapat meningkatkan keyakinan pelanggan anda kerana dapat memberi respon mesej Whatsapp mereka dengan pantas.

Sekian dulu perkongsian pandangan saya tentang produk Panduan Lengkap AutoWasup 2.0 pada post kali ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada siri post saya yang lain. Wassalam.

Leave a Reply

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Follow Update Terkini @ FB

Followers

Blogroll

Blog Archive

Powered by Blogger.

- Copyright © Internet & Kehidupan -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -