Breaking News

Bisnes Internet

Nak MUDAH Bangun Malam ? Cuba Amal Doa Ini !

Assalamua'laikum kepada rakan pengunjung blog ini. Terima kasih kerana sudi menjengah walaupun niat hanya sementara. Semoga setiap perkongsian maklumat dalam blog ini memberi manfaat kepada kita semua. Insyaallah.

Saya ingin berkongsi amalan yang memudahkan kita untuk bangun malam untuk beribadah menyembah Allah Subhana Wata'ala. Insyaalah.

Pasti anda pernah berniat sebelum tidur  dengan bersungguh-sungguh untuk bangun malam tetapi anda tetap tidak sedar untuk bangun malam. Kadang-kadang anda disedarkan sebentar tetapi amat berat untuk terus bangun malahan terus menutup mata dan menyambung tidur anda.

Saya juga pernah menghadapi masalah seperti ini dan sehingga kini pun kadang-kadang masih berlaku sebenarnya. Saya percaya dan kita sebagai penganut agama Islam juga percaya bahawa syaitan sentiasa berusaha menghalang kita untuk bersujud menyembah Allah yang Maha Esa. Ditambah lagilah syaitan akan cuba menghalang jika kita berniat untuk bangun di sepertiga malam  beribadah. Cukup besar cabarannya.

Tapi kita perlu yakin bahawa Allah jua yang Maha berkuasa menentukan siapakah dikalangan hamba-hambaNya yang layak untuk dipanggil menyembah dan berdoa kepada-Nya di keheningan malam. Al-maklumlah disaat manusia sedang lena diulik intan (bak lirik kumpulan Wings), cukup berat cabaran untuk bangun malam.

Islam adalah cara hidup. Islam telah mengajar disegenap aspek kehidupan dan kita perlu berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk memudahkan kita untuk bangun malam. 

Amalan dan Doa Untuk Mudah Bangun Malam

Saya kongsikan maklumat ini dari pembacaan, perkongsian dari pada mua'llim dari kaca TV dan internet. Diantara amalan yang dilakukan selain tidur lebih awal, berniat bersungguh-sunguh untuk bangun malam, baca surah 3 Qul dan mengucap 2 kalimah syahadah anda sambung dengan amalan di bawah...

Amalkan bacaan doa-doa seperti ayat-ayat-al-Quran lain seperti Surah al-Qadr, dari ayat 1 hingga 4. Kemudian ayat kelima diulang sebanyak 7 kali. Setelah itu, niat untuk bangun pada waktu yang diingini.

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥

1. “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr) 2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? 3. Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. 4. Pada malam itu turun para malaikat dan roh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan 5. Sejahteralah (malam itu) sehingga terbit fajar.”                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
Di samping ayat tersebut, boleh juga mencuba dengan mengamalkan bacaan ayat 108 hingga 110 dari Surah al-Kahfi.

خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا ﴿١٠٨﴾ قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا ﴿١٠٩﴾ قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ﴿١

108. “Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin pindah daripada sana 109. Katakanlah (Muhammad), seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat itu, meskipun Kami datangkan tambahan dengan lautan yang sebanding dengannya 110. Katakanlah (Muhammad), sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang telah menerima wahyu, bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Maka sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia melakukan kebaikan dan jangan menyekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya.”

Orang yang mendirikan solat malam mendapat kebaikan dan kerahmatan, sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran, bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air. Mereka mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada akhir malam mereka memohon keampunan kepada Allah.” (az-Zariyat 51:15-18)

Itu sahaja amalan dan doa yang boleh kita lakukan untuk menyelesaikan masalah susah bangun malam untuk solat tahajjud, taubat, tasbih, hajat, membaca al-quran, berzikir dan sebagainya.

Semoga kita sama-sama dapat amalkan secara istiqamah demi mencari redho Allah.

Sumber : YADIM

Sekian. Wasallam.

adv/https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=1827_62_1_282|https://3.bp.blogspot.com/-rLvmbvTL7so/WdFIS_xMgjI/AAAAAAAAFbU/MkbTaxbOzrcH_o-b-KWIA_Iv1Ju7hdXpgCLcBGAs/s1600/fanpage-superstar.png

Random Posts

randomposts

Like Us

fb/https://www.facebook.com/azeriebiz