Internet & Kehidupan

Bisnes Funnel Untuk Bisnes Affiliate

Ramai lagi yang tahu cara bagaimana nak buat duit dari bisnes affiliate yang sebenar. Saya ni walaupun telah lama dalam bidang ni tapi masih belum mampu menjana pendapatan secara konsisten dalam affiliate.

Saya masih ingat komisen pertama saya dalam program affiliate berjumlah RM20. Itupun dah rasa terkejut, "ehhhh...senang jer nak jual". Masa tu saya tak tahu pun bagaimana flow sebenar untuk betul-betul buat bisnes affiliate.

Apa yang saya ingat saya hanya kongsikan kebaikan produk dan apa tawarannya. Hmmmm...seingat saya produk pertama saya jual adalah "Cara Belajar Main Gitar".

Platform yang selalu saya gunakan masa tu adalah melalui forum. Jangan pandang enteng bila iklan kat forum. Kalau kena ayat iklan yang kita gunakan, jualan boleh terhasil. Tapi kita tak boleh terlalu nak jual, jual, jual. Sebab apa forum ni tempat berbincang, jadi kita perlu berkomunikasi dan saling berkongsi pandangan dan idea untuk satu-satu topik.

Teknik sekarang dah lagi senang. Ramai yang boleh buat duit terus hanya jual di Facebook jer.

Mungkin anda yang sedang baca post ni juga pengguna Facebook tegar dan anda pernah buat duit di Facebook.

Bisnes Funnel Untuk Bisnes Affiliate


Saya ingin kongsikan kepada anda bisnes funnel sebenar untuk cara bagaimana menjana pendapatan affiliate secara konsisten. Saya mula praktikkan langkah ini sedikit  demi sedikit. Anda juga boleh praktikkan semua langkah di bawah untuk tingkatkan jualan affiliate anda.

Ada 4 langkah bisnes funnel untuk bisnes affiliate :

1) Trafik


Langkah pertama yang anda perlu tahu adalah tentang trafik. Orang kata trafik ni duit. Kalau banyak trafik yang kita dapat, potensi nak duit banyak pun tinggi.

Kenapa penting trafik ?


Cuba tengok gambar sepert bekas corong di atas ataupun funnel. Trafik boleh saya katakan macam gambar kat atas. Kalau banyak trafik yang kita dapat untuk ke link affiliate kita, kiraan matematiknya mudah jer, kalau banyak yang datang klik dan baca maklumat link affiliate kita, maka lebih banyaklah jualan akan dihasilkan. Agak-agak faham tak ?

Macam mana pulak cara nak dapatkan trafik.? Secara praktikalnya tempat yang mudah untuk dapatkan trafik adalah melalui sosial media seperti Twitter, Facebook, Instagram. Trafik juga boleh didapati dari Search Engine, Pay Per Click dan macam-macam lagi. Saya tak boleh nak ceritakan pasal teknik trafik kat sini, nanti jadi panjang sangat post ni. Heheh..Insya Allah lain kali saya kongsikan tentang cara nak dapatkan trafik yang targetted.

Tapi jika anda ingin mendapatkan trafik yang tinggi di media sosial secara agresif anda boleh praktikan ilmu macam mana nak buat pemasaran viral ataupun viral marketing. Hmmm...anda boleh tengok ideanya dulu. Kalau anda nak anda boleh download secara percuma jer kat sini !


2) Squezze Page


Bila sebut jer tentang Squeeze Page atau Optin Form atau Landing Page atau apa sahaja yang seangkatan dengannya anda perlu ingat ia menjuruskan kepada teknik Email Marketing ataupun pemasaran email.

Teknik ini adalah sangat legend dan ia masih segar dan sangat berkesan untuk mendapatkan jualan.

Langkah kedua bisnes funnel untuk bisnes affiliate anda, ia juga boleh dikatakan kritikal sebab jika ayat copywriting yang anda gunakan kurang menyengat, sangat sukar nak dapatkan senarai emel.

Tahun 2011 saya pernah tulis tentang Landing Page. Bolehlah belek jap maklumat tentangnya kalau anda sangat baru dengan perkataan squeeze page di sini !

Mungkin anda pernah mendaftar sebarang maklumat pada yang memberi arahan seperti "Sila masukkan Nama dan Email anda". Jika anda pernah melakukannya maka anda akan lebih faham kenapa penting peniaga online yang ingin bertahan lama mementingkan untuk kumpul list email pelanggan.

Gambar kat bawah ni contoh squeeze page untuk anda faham.




3) Follow Up


Kejayaan dalam apa jua jenis perniagaan meningkatkan keuntungan adalah dari segi teknik follow up pelanggan. Ini yang selalunya ramai affiliater gagal melakukannya. Kebanyakan affiliater menganggap perkara ini remeh bagi mereka. Padahal, follow up adalah langkah penting untuk mendapatkan jualan.

Lebih baik kita jual produk atau servis pada pelanggan kita yang sedia ada daripada mencari pelanggan yang baru.

Saya suka dengan cara salah seorang usahawan internet bernama Oswald Justin melakukan follow up. Cara dia melakukan follow up cukup berbeza dengan usahawan internet yang saya pernah follow.
Boleh dikatakan cara Oswald Justin follow saya seperti usahawan internet antarabangsa yang saya follow sekarang.

Lebih mudah cakap, ayat pengaruh yang digunakan sangat tepat untuk membuatkan emosi pelanggan baru dan lama akan membeli produk dia. Salah satu produk yang saya beli dari Oswald Justin adalah Sistem Funnel.

Sistem Funnel ini mengajar kepada saya bagaimana mempraktikkan terus sistem flow sebenar bisnes funnel untuk bisnes affiliate saya. Kalau nak diikutkan ia sangat sesuai dipraktikkan dalam apa jua bidang perniagaan,

Kalau anda nak dapatkan produk beliau anda klik pada gambar yang saya post di hujung post ini.

Sekarang ni saya mahu anda fokus kepada pembacaan untuk langkah terakhir.


4) Ulang Dari Langkah Pertama


Konsep bisnes funnel yang saya terangkan di atas adalah satu kitaran yang harus anda praktikkan. Ia satu proses berulang-ulang dan anda perlu melakukannya secara konsisten. Jika ia dilakukan secara berulang barulah pendapatan affiliate anda menjadi konsisten setiap minggu, bulan dan tahun.

Anda faham kan maksud saya !


Oklah sampai di sini dulu perkongsian saya. Saya harap sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menjana pendapatan affiliate secara konsisten suatu masa kelak.

Sekian. Terima kasih.






Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan