Internet & Kehidupan

Perisian Robot FB Untuk Orang MALAS...



Perisian Robot FB dicipta khas untuk orang MALAS menghadap Facebook, Twitter berjam-jam sehari. Yelah kan...kerja sosial lain pun perlu dilakukan. Mungkin juga tugas pekerjaan kita sekarang, mengekang masa untuk menghadap media sosial network lama-lama.

Saya pernah kongsikan maklumat tentang perisian Robot FB 2 tahun yang lepas. Pada post itu saya telah tunjukkan secara video cara bagaimana ia membantu anda supaya TIDAK perlu menghadap Facebook dan Twitter lama-lama. Anda TAK perlu membazir masa menghadap PC lama-lama. Kalau nak tahu anda boleh singgah baca post yang saya telah kongsikan DI SINI.


ANDA TENTUKAN HARI & MASA

Perisian ini sangat sesuai buat anda yang sibuk dan mempunyai masa yang sangat TERHAD untuk mengemaskini status anda.

Sebagai contohnya, jika anda ingin melancarkan produk baru anda pada 19-Feb-2015 jam 10 pagi (tarikh post ini ditulis pada 13-Feb-2015), anda boleh menulis status anda dan set pada tarikh dan masa sebelum pelancaran.


PANDANGAN SAYA

Bagi saya, saya suka menggunakan perisian ini kerana ia memudahkan. Buat pengetahuan anda perisian ini disediakan oleh salah seorang pioner Internet Marketer tempatan yang bernama Mr Gobala Krishna. Idea kewujudan perisian ini adalah kerana beliau merasa hairan kenapa kebanyakan IM antarabangsa sentiasa mengemaskini status mereka walaupun ketika ramai orang sedang tidur.

Rahsia ini pada mulanya tidak mahu dikongsikan oleh pakar-pakar IM antarabangsa, TETAPI setelah disiasat, rupanya mereka menggunakan perisian tertentu untuk membantu mereka.

Sekarang ini bagi pandangan saya, perisian seumpama ini telah banyak wujud di internet. Anda boleh cari sendiri di enjin carian Google untuk perisian yang anda fikirkan sesuai buat anda.


HARGA YANG BERPATUTAN

Kalau nak dibandingkan harga perisian ini dengan perisian yang lain, Robot FB menang dari segi harga. Ia lebih murah dari harga pasaran antarabangsa yang wujud kini. Hanya pada kadar lebih kurang RM0.25 sehari anda boleh menggunakan perisian ini.

Harga yang dikenakan sebanyak RM90 seTAHUN adalah sangat berbaloi berbanding perisian seperti Hootsuite, Gremlm dan lain-lain di mana mereka mengenakan bayaran bulana paling kurang USD10 sebulan.

Anda boleh menambah kesemua profile, group dan fanpage anda untuk anda kemaskini status anda kelak dan mula jadualkan status anda dari masa ke semasa.


KESIMPULAN

JIKA anda masih menghadap Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya lebih 12 jam sehari, saya galakkan anda gunakan perisian ini. Post ini saya tulispun sebab saya melihat post dari Fanpage Sukar Star TV yang telah berkongsi video yang bertajuk "Mr Lonely". Video ini menunjukkan bagaimana kritikalnya manusia zaman kini sehingga LEMAH menjaga kualiti sosial pada dunia realiti. Anda akan faham apa yang saya maksudkan dengan cara tonton video DI SINI.

Jika anda rasa anda perlu menggunakan perisian ini, sila dapatkan pada pautan di bawah ini !

>>> www.rebizinfo.com/robot-fb


Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan