Internet & Kehidupan

Ummaland Social Network BARU untuk Umat Islam

Tidak dinafikan social network adalah pilihan pengguna internet masa kini. Majoriti pengguna internet memilih untuk berhubung dan bersosial di alam maya melalui sosial network.

Ada sahaja social network baru wujud silih berganti. Cuba lihat kembali kegemilangan Frienster seuatu ketika dahulu sangat popular. Apa dah jadi dengan keadaan mereka sekarang ?

Bagaimana pula populariti MySpace ? MySpace sentiasa mengemaskini polisi mereka untuk tujuan bersaing dengan satu social network 'gergasi' kini iaitu Facebook. Kelihatan MySpace kini lebih fokus kepada content tentang music dan artis. Mungkin itu adalah konsep baru mereka untuk mengekalkan kepopularitian mereka.

Walaubagaimanapun bagi pandangan admin, populariti Facebook tetap menenggelamkan semua social network yang lain. Adakah ia akan berakhir seperti sosial network yang lain ? Tidak tahu pula bilakah populariti Facebook akan terus kekal.


Mudah 'VIRAL' dengan social network Facebook

Antara sebab mengapa populariti sesuatu website, blog, forum dan social media semestinya adalah kerana kuasa viral yang ada pada Facebook.

Lihat sahaja kini, macam-macam pencipta applikasi yang bekerjasama dengan Facebook untuk men'viral'kan apa sahaja yang memudahkan untuk meningkatkan klik LIKE pada personal profile, fanpage dan sebagainya.

Pelbagai butang Like, Recommend dan Share wujud dikebanyakan blog dan website untuk pengguna Facebook paparkan aktiviti log mereka.

Kuasa viral yang ada pada Facebook tidak dapat dinafikan. Tetapi sampai bila ?

Terdapat satu applikasi untuk viral secara pantas untuk meningkatkan trafik pemilik blog, website dan sebagainya. Ia produk tempatan dan saya pun tak jangka seorang anak tempatan yang bernama Wazeen Azizan mampu melakukannya.

Ia diberi nama FB Viralism. Nantikan post yang lain untuk saya ulas ataupun preview produk terbaru dipasaran kelak.


Ummaland kini WUJUD untuk orang Islam



Ummaland merupakan sosial network terbaru dan ia dicipta oleh seorang pemuda Islam yang bernama Maruf Yusupov, Jamolidding Daliyev dan Mahmudjan Memethaji sebagai platform media sosial eksklusif untuk memberi manfaat buat orang Islam.

Setiap hari sekurang-kurangnya seramai 1,000 ahli baharu menyertai laman sosial ini.

Ummaland telah dilancarkan pada 1 Februari 2013. Ia dicipta hasil daripada satu perkongsian menerusi blog The Muslim Brick menyatakan Ummaland menarik umat Islam untuk mengelakkan diri daripada melakukan dan melihat perkara-perkara haram seperti yang terdapat dalam laman sosial Facebook.

Laman sosial Islamik berkenaan juga dikatakan lebih menjurus kepada perbincangan mengenai agama Islam dan kerap mengetengahkan keadaan masyarakat Islam hari ini.

Selain itu, Ummaland menawarkan maklumat, interaksi dan iklan yang lebih Islamik dengan tidak mengeksploitasi gambar-gambar berunsur lucah.

Dalam masa yang sama, Ummaland menjadi platform untuk menarik seramai mungkin orang bukan Islam mendekati Islam dengan nilai-nilai murni Islam yang terdapat dalam media sosial tersebut.

Sehingga post ini ditulis pada jam 8:49am, terdapat 293,831 telah menyertai media sosial orang Islam ini.


Apa kata Co-Founder Ummaland.com sendiri ( VIDEO ) 




Jom kita rakyat Malaysia memeriahkan

Alhamdulillah semakin ramai yang telah menyertai Ummaland.com untuk era baru sosial media demi bersaing dengan Facebook yang semakin terpahat dihati anak muda.

Hilangkan sedikit semangat 'cintakan' Facebook anda dan masukkan minat dan bangga anda kepada satu-satunya platform yang semakin diperbaiki feature mereka seperti Facebook di Ummaland.

Saya yakin dengan izin Allah, sosial network untuk orang Islam ini bakal menjadi salah satu laman sosial yang popular suatu masa nanti.

Jika anda yang baca post ini telah memiliki akaun profile di Ummaland, sudi-sudilah ADD saya sebagai rakan anda yer.

Sila ADD saya dengan cara klik di sini !

Sekian. Terima kasih.

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan