Breaking News

Bisnes Internet

Revolusi Handphone - Fakta dan Peluang

Revolusi Handphone - Fakta dan Peluang

Apabila kita berbicara tentang handphone ataupun telefon mudah alih dah pasti ramai dikalangan pengguna telekomunikasi mempunyai pelbagai pilihan. Hanya kerana rekaan yang sentiasa dikemaskini oleh syarikat handphone gergasi seperti Apple & Samsung menyebabkan industri telekomunikasi semakin rancak serta jumlah pengguna handphone yang meningkat.

Merujuk laporan statistik jumlah pengguna telefon bimbit di Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) pada tahun 2010 melaporkan terdapat 31 juta pengguna telefon bimbit berbanding populasi penduduk Malaysia seramai 28 juta penduduk. Ia menjadikan kadar penembusan kadar pengguna penggunaan telefon bimbit sebanyak 108 peratus.

Pengguna Telefon Bimbit Yang Pelbagai
Laporan terakhir dari SKMM bagi tahun 2011 melaporkan majoriti pengguna yang menggunakan 1 telefon bimbit mewakili (71.3%). Walaubagaimanapun terdapat (25.2%) yang memiliki 2 telefon bimbit manakala (3.5%) melebihi 2 telefon bimbit. Secara amnya terdapat peningkatan pengguna yang memiliki 2 telefon bimbit bagi laporan dari tahun 2007 sehingga 2011.

Ini membuktikan bahawa penggunaan telefon bimbit saban tahun bakal meningkat dan ini memberi banyak peluang kepada semua pihak terutamanya syarikat penyedia telekomunikasi utama di Malaysia seperti Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain mengambil peluang untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna telefon bimbit.

Pengguna Handphone Mengikut Negeri
Daripada carta laporan yang dikeluarkan oleh SKMM dari tahun 2007 sehingga 2011 menunjukkan negeri Selangor merupakan pengguna tertinggi kemudian diikuti negeri Johor, Kuala Lumpur, Sabah, Perak, Pulau Pinang dan seterusnya. Saudara boleh merujuk di laman web SKMM untuk maklumat lanjut.

Akhir sekali dapatlah saya simpulkan bahawa melalui pertumbuhan positif bilangan pengguna handphone di Malaysia amnya dan di Selangor khasnya membuatkan saya terfikir terdapat banyak peluang yang kita boleh ambil dari perkembangan ini. Saudara mungkin perasan dengan pertumbuhan pelbagai syarikat telco lain yang ingin memberi saingan kepada syarikat telco utama Malaysia seperti yang kita sedia maklum seperti Celcom, Maxis dan Digi.

Persaingan yang sihat ini memberi peluang kepada pengguna handphone amnya dan pelanggan mereka khasnya untuk memasarkan produk mereka seperti yang disediakan oleh syarikat Tunetalk sebagai contoh. Sebenarnya terdapat pelbagai syarikat lain yang menawarkan peluang ini dan saya yakin ia satu persaingan yang positif kepada kita sebagai pengguna kelak. Insya allah...

Jumpa lagi pada post yang lain yer. Terima kasih.

adv/https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=1827_62_1_282|https://3.bp.blogspot.com/-rLvmbvTL7so/WdFIS_xMgjI/AAAAAAAAFbU/MkbTaxbOzrcH_o-b-KWIA_Iv1Ju7hdXpgCLcBGAs/s1600/fanpage-superstar.png

Random Posts

randomposts

Like Us

fb/https://www.facebook.com/azeriebiz