Internet & Kehidupan

Cara Tingkatkan Trafik Melalui Pemasaran Video

Saya cuma ingin kongsikan idea simple saya melakukan pemasaran video untuk meningkatkan trafik ke salah satu website saya. Mungkin yang dah pakar tu akan melihat apa yang saya akan kongsikan ni nampak biasa sahaja. Tujuan saya kongsikan ni pun untuk membantu newbie yang sedang mengkaji bagaimana tingkatkan trafik melalui video.

Pada saya yang meminati teknik menarik trafik pengunjung ke website, blog dan e-commerce melalui kaedah percuma dan sehingga kini saya belum cuba cara berbayar untuk mencapai matlamat ini. Tak pastilah pada masa akan datang.

Sebelum tu, suka saya kongsikan sebab mengapa perlu memilih cara percuma meningkatkan trafik website. Antara sebab-sebab utama adalah seperti berikut :-

1) Kos
Kaedah berbayar memang banyak diluar sana dan terdapat ramai usahawan internet yang menyediakan perkhidmatan meningkatkan trafik website. Kebanyakannya mereka adalah dari kalangan  yang menggelarkan diri mereka pakar SEO. Jika anda tak faham apakah SEO ia adalah singkatan dari perkataan (Search Engine Optimization). Kalau nak lebih lengkap, search sahaja di enjin carian anda.

Sebab apa faktor kos mendapat kedudukan pertama adalah kerana kebanyakan newbie yang baru bermula dalam perniagaan internet mempunyai masalah modal dan kekadang tu berkira-kira untuk menghadapi risiko gagal.

2) Teknik Yang Pelbagai
Bukan saya nak katakan cara berbayar tu tidak bagus, tetapi kalau ada pelbagai cara percuma yang boleh dicuba sebagai pilihan, apa salahnya kita mencuba. Sebenarnya terdapat banyak cara percuma untuk meningkatkan trafik website anda. Instimewa untuk anda saya ada kongsikan 30 idea secara video bagaimana untuk tingkatkan trafik website anda pada pautan yang saya kongsikan di hujung post ini nanti. Diharap anda masih berpelunag.

Antara teknik yang saya suka gunakan untuk tingkatkan trafik adalah melalui pemasaran video. Saya akan kongsikan kepada anda caranya pada perenggan seterusnya.

Bagi pandangan saya itu sahaja sebab mengapa saya memilih cara percuma untuk tingkatkan trafik pengunjung ke website saya. Mungkin ada sebab lain yang boleh anda kongsikan di kotak komen di bawah ini nanti.

Cara Tingkatkan Trafik Melalui Pemasaran Video

Mengapa pemasaran video menjadi pilihan ramai pemasar internet yang berjaya ?

Antara sebab-sebab nya adalah ...

Melalui pemasaran video penggunaan deria lebih baik daripada ebook, ezine dan seumpama dengannya. Jika melalui ebook kita hanya membaca ayat demi ayat untuk difahami berbanding video yang memerlukan penggunakan deria melihat dan mendengar untuk mudah difahami dan diterjemahkan.Saya tak dapat nak huraikan secara lengkap sebab-sebab lain di sini tapi saya yakin anda faham apa yang saya maksudkan.

Baiklah sekarang saya terangkan cara simple saya melakukan pemasaran video. Saya harap ia bakal membantu anda juga.

Peralatan
Sebelum melakuka kerja mencipta video ni, kita perlu memiliki peralatan video seperti ini...

a) YouTube Downloader
Berfungsi untuk :-
  • Memuat turun video Youtube.
  • Menukar/Convert kebanyakan jenis file audio dan video.
Perisian ini diberikan secara percuma sahaja dan anda boleh search di enjin carian dengan keyword "Youtube Downloader".

b) CamStudio - Internet Marketer Version
Saya telah sediakan video yang saya lakukan untuk mereka yang ingin memuatturun perisian ini secara percuma di Youtube. Sila tonton video tersebut di https://www.youtube.com/watch?v=dOSRTr6K1ZA

atau anda download terus dengan cara mendaftar secara percuma DI SINI.

Fungsinya :-
  • Merakam video dan audio melalui screen laptop dan PC anda.
  • Meletak annotation untuk live video yang anda lakukan.
c) Window Movie Maker ataupun Video Editor lain
Saya suka menggunakan Window Movie Maker sebab ia telah disediakan oleh Microsoft sendiri. Tetapi ada satu lagi video editor yang saya suka gunakan untuk setiap video yang saya lakukan dan ia  adalah Ulead Video Studio 11. Anda boleh beli secara online ataupun seperti biasa cuba search di enjin carian manalah tahu ada yang beri secara percuma.

Anda boleh mencari tutorial percuma yang ada di Youtube untuk anda belajar menggunakan video editor Window Movie Maker. Anda boleh cuba belajar sendiri untuk tahu bagaimana fungsi video editor ini sendiri.

Insyaallah..saya ada rancangan untuk buat video tutorial saya sendiri bagaimana menggunakan video editor untuk membuat video jika diizinkanNya.

Secara ringkas saya terangkan tip mendapat trafik menggunakan YouTube :-

1) Letakkan link pada kotak informasi di setiap video yang anda upload. Sebagai contoh pada pautan video Youtube yang saya sertakan di atas. Kemudian tuliskan sedikit info tentang website anda.

2) Informasi yang ditulis hendaklah mempunyai kaitan dengan video yang anda upload. Jika video anda berkaitan lawak pastikan pautan anda mempunyai niche tentang lawak. Sebagai contoh sila tonton video promo yang saya lakukan untuk menarik trafik ke salah satu laman web saya.


Setakat ini dulu perkongsian saya untuk persediaan sebelum membuat pemasaran video. Diharap sedikit sebanyak membantu anda untuk mencipta video anda sendiri kelak. Sekian. Terima kasih.


>>> Dapatkan 30 Video Tutorial Trafik Di Sini <<<


  1. As salam & terima kasih,info yg sgt details...

    ReplyDelete
  2. As salam,info yg sgt details,lengkap dan membantu...

    ReplyDelete
  3. Perkongsian menarik dan mudah untuk difahami

    ReplyDelete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan