Internet & Kehidupan

Cara Pendekkan Ataupun Sembunyikan URL Anda

Pertama kali saya ucapkan terima kasih kerana sudi baca post saya. Apa yang saya ingin kongsikan pada post kali ini adalah bagaimana cara untuk menyorokkan link url anda. Sesetengah orang tidak mengambil kisah tentang perkara ini, tetapi percayalah bahawa ramai dikalangan IMer tempatan ataupun antarabangsa mempraktikkan kaedah menyorokkan link ataupun dalam bahawa ompoteh disebut sebagai cloaking url.

Apakah tujuan menyorok atau memendekkan link url ?
  • Memendekkan url yang panjang sebagai contohnya pada link affiliate. Jika anda melihat link seperti ini ( http://www.berniagadifacebook.com/hop.php?ref=aawim ) adakah anda akan klik ? Kebarangkalian untuk anda klik agak sukar berbanding dengan http://www.berniagadifacebook.com. Anda nampak gambaran yang saya cuba sampaikan.
  • Meningkatkan jumlah klik seterusnya menaikkan trafik.Jika kena ayatnya insyaallah pasti membuahkan pendapatan kepada anda.
2 kaedah yang ingin saya kongsikan pada post saya kali ini. Saya harap sedikit sebanyak membantu anda untuk mempraktikkan ilmu yang serba sedikit ini.

  • Merupakan salah satu produk Google untuk penggunanya.
  • Url affiliate anda boleh ditukar dari http://www.e-toyol.com/index.php?ref=juzduit kepada http://goo.gl/ACj5E.
  • Sila tonton video tutorial yang telah saya sediakan di bawah ini.





2) Dot.tk


  • Satu laman web yang menawarkan F.ree Domain.
  • Url affiliate anda boleh ditukar sebagai contoh dari http://www.e-toyol.com/index.php?ref=juzduit kepada http://etoyol.tk
  • Ia dilihat seperti domain anda sendiri.
  • Dapat meyakinkan prospek untuk klik dan melayari laman web yang ingin anda kongsikan.
Saya kerap menggunakan 2 kaedah di atas untuk memendekkan url affiliate saya. Ada beberapa pilihan lain yang saya gunakan dan ini adalah diantaranya.

Saya harap sedikit tips yang saya kongsikan ini bakal membantu anda kelak. Kalau bukan hari ini mungkin di suatu hari nanti. Insyaallah.




Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan