Internet & Kehidupan

Pengurusan Masa Peribadi, Biarlah Yang Terbaik


Kita sering mendengar ceramah-ceramah motivasi yang melibatkan topik pengurusan masa pasti akan menyebut bahawa 'Masa Itu Emas'. Sebenarnya apa yang kita faham di sebalik realiti kehidupan makna ayat ini jika kita tidak mengupas apakah maksudnya. Sedangkan dalam Islam pun ada menyebut bahawa Allah Subhanawataa'la telah bersumpah dengan masa. Rujuk surah Al-Asr - di sini. Ini menunjukkan betapa bernilainya masa yang telah diberikan kepada kita sebenarnya.

Saya ingin berkongsi tentang pengurusan masa peribadi dan saya cuba simpulkan hasil kefahaman saya membaca dari forum-forum, ebook dan blog.

Pengurusan masa peribadi yang baik boleh menjadi salah satu daripada langkah-langkah untuk memperbaiki kehidupan anda. Enam perkara yang boleh menjadi aspek untuk memperbaiki kehidupan adalah seperti fizikal, intelektual, sosial, kerjaya, emosi dan rohani.
  1. Bahagian Fizikal adalah melibatkan mempunyai badan yang sihat, kurang tekanan dan lebih banyak tenaga.
  2. Bahagian Intelektual adalah melibatkan pembelajaran dan lain-lain pertumbuhan mental.
  3. Bahagian Sosial pula lebih kepada peningkatan hubungan peribadi dan menjadi penyumbang yang aktif kepada masyarakat.
  4. Bahagian Kerjaya adalah yang melibatkan sekolah dan kerja.
  5. Bahagian Emosi pula melibatkan perasaan dan keinginan yang sesuai.
  6. Bahagian Rohani adalah melibatkan kepercayaan peribadi untuk mencari makna dalam kehidupan anda.
Setiap perkara di atas akan menentukan faktor penentu keseluruhan kehidupan anda. Jika anda mengabaikan salah satu perkara di atas maka anda telah mengabaikan bahagian penting dalam hidup anda.

Satu kaedah penting kefahaman anda mengenai pengurusan masa demi meningkatkan kehidupan peribadi perlu mengikuti beberapa tindakan asas. Antara tindakan asas yang perlu dilakukan.
  1. Sentiasa menyelesaikan tugas yang penting dan tidak penting dalam mencapai matlamat dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang membantu anda mengekalkan gaya hidup yang seimbang.
  2. Belajar untuk berkata "TIDAK" Anda sering mendengar nasihat ini. Beri perhatian kepadanya walaupun ia melibatkan perkataan kepada keluarga atau rakan-rakan.
  3. Beri penghargaan kepada diri anda sendiri dalam apa jua cara untuk keputusan pengurusan masa peribadi yang berkesan.
  4. Cuba mendapatkan kerjasama dari orang-orang sekeliling anda yang sebenarnya bakal mendapat manfaat daripada pengurusan masa anda.
  5. Jangan berlengah-lengah ataupun bertangguh. Lakukan sesuatu kerja itu dengan serta-merta.
  6. Mempunyai sikap yang positif dan menetapkan diri anda untuk mencapai kejayaan. Tetapi ia perlulah realistik dengan pendekatan anda lakukan dalam mencapai matlamat anda.
Setiap saat anda mengintegrasikan kesemua perkara di atas ke dalam kemahiran pengurusan masa seumur hidup anda, maka anda telah membuka beberapa pilihan yang menyediakan spektrum yang luas demi penyelesaian kepada pertumbuhan peribadi anda. Ia juga bakal membuka banyak peluang untuk anda miliki sebagai pilihan.





Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan