Internet & Kehidupan

Buat Kerja Dari Rumah


Siapa yang tak teringin menjana pendapatan hanya bekerja di rumah kan ? Tapi saya yakin tak semua akan bersetuju bekerja dengan cara begini. Bagaimana pula dengan anda ?

Kebanyakan orang sering memikirkan bajet untuk perbelanjaan harian sehinggakan terpaksa memikirkan tentang solusi untuk menambah pendapatan ataupun mengawal ketat perbelanjaan harian. Jika seseorang itu berbelanja melebihi pendapatan mereka, maka satu cabaran baru terpaksa dihadapi.

Apakah yang mereka akan lakukan ?

Mencari peluang pekerjaan yang kedua bahkan ada yang melakukan tiga kerja secara separuh masa ataupun kontrak separuh masa hanya untuk menambahkan sumber pendapatan.

Kemudian terdapat juga dikalangan mereka mula berfikir bahawa mereka boleh melakukan dengan cara yang lebih baik daripada melaburkan hampir semua masa mereka di tempat kerja walhal mereka tidak dibayar dengan jumlah wang yang sewajarnya serta menyebabkan bajet mereka menjadi tidak keruan.

Jadi dengan itu mereka memilih untuk bekerja dari rumah sebagai pekerjaan kedua ataupun bekerja dari rumah secara separuh masa.

Bagaimana pula jika ingin memulakan bekerja dari rumah dan apakah jaminan kejayaan hasil pengeluaran dari rumah ?

Baiklah....Pertama sekali anda perlu melihat beberapa kejayaan dari mereka yang telah memilih untuk bekerja dari rumah. Saya ambil contoh kejayaan Dr Irfan Khairi. Anda boleh lawati perkongsian beliau secara terperinci pada laman web beliau di www.IrfanKhairi.com untuk mengetahui kisah kejayaan beliau sejak permulaan beliau berkecimpung dalam perniagaan di rumah hingga kini bergelar Jutawan Internet Malaysia.

Mereka yang telah berjaya melakukan kerja di rumah ataupun berniaga di rumah dapat memberi nasihat kepada orang lain yang berminat dalam bidang ini. Kebanyakan daripada mereka dengan senang hati menyediakan cara bagaimana untuk memulakannya kerana secara amnya boleh didapati, didekati dan mudah untuk difahami.

Pertama sekali, untuk bekerja di rumah, khususnya kepada mereka yang ingin melakukannya secara dalam talian ataupun online hendaklah mendapat manfaat daripada pelaburan yang mereka buat di Internet dengan cara memikirkan tentang mewujudkan laman web sendiri. Jika anda tidak memiliki ilmu dalam menangani isu-isu teknikal sambil bekerja di rumah melalui Internet, anda boleh mengupah orang lain untuk menangani masalah tersebut.

Ia akan memberi anda pengalaman yang benar-benar menjadi orang yang bertanggungjawab dan juga menjimatkan banyak usaha yang hilang dengan sia-sia.

Dapatkan juga bantuan-bantuan daripada pakar dengan cara mempelajarinya secara online, menghadiri kursus-kursus, membeli ebook-ebook yang sesuai serta mempunyai azam untuk menimba ilmu untuk buat kerja di rumah.

Jika anda benar-benar berminat ingin memulakan langkah bekerja secara online di rumah dan menjual apa sahaja produk fizikal ataupun digital, saya ingin memberi cadangan untuk anda memiliki pakej lengkap panduan bagaimana membina laman web Shopping Cart dengan kos yang sangat rendah dari rakan online saya bernama Amirul Mukmin. Beliau merupakan seorang usahawan muda yang menjalan servis tempahan kedai online. Hasilnya memang superb.

Anda boleh layari laman web untuk menerjah apakah tawaran beliau bagi pakej lengkap panduan bagaimana membina laman web shopping cart di www.PanduanEShop.com. Semoga sedikit perkongsian ini bakal membantu anda untuk menjadi usahawan secara online dan seterusnya bekerja di rumah. Terima kasih.

Insyaallah...berjumpa lagi di post yang lain.

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan