Breaking News

Bisnes Internet

10 Tips Pengurusan Kewangan Yang Munasabah

Pengurusan kewangan dianggap remeh oleh sebahagian besar mereka yang mempunyai pendapatan bulanan. Cara pengurusan wang secara bijak perlu difahami supaya pendapatan hasil usaha tidak disia-siakan dengan sewenang-wenangnya. Jangan menyesal dikemudian hari kerana kegagalan merancang kewangan dengan baik serta pengurusan kewangan yang betul tidak dilakukan bermula dari sekarang.

Saya ingin kongsikan kepada anda 10 cara pengurusan kewangan yang munasabah untuk dipraktikkan.

1. Menerima gaji yang seadanya dan berbelanja kurang daripada pendapatan 

Tips pertama ini mungkin nampak mudah tetapi hakikatnya ia sukar untuk dipraktikkan. Anda perlu memastikan sama ada gaji yang diterima berbaloi berbanding kepakaran, produktiviti, keupayaan dan tugas yang dipertanggungjawabkan. Menerima pendapatan yang rendah daripada yang sepatutnya akan memberi kesan yang besar dalam jangka masa panjang.

Berapa banyak pun gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet) 

Merancang adalah satu strategi asas yang perlu dilakukan. Kebiasaannya ramai yang tidak mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama TANPA perancangan kewangan yang betul. Ramai orang tidak merancang untuk gagal tetapi gagal untuk merancang. 

3. Lunaskan hutang kad kredit 

Sikap suka berhutang ataupun pakai dulu bayar kemudian ni sangat tidak digalakkan. Memang seronok menggunakan kad kredit ini kerana tak perlu bayar secara tunai. Tetapi harus diingat bahawa berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan besar. 
Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat sukar untuk melunaskan hutang dan akhirnya berterusan menanggung hutang yang BESAR!

4. Mencarum dalam pelan persaraan 

Jika syarikat anda bekerja menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.

5. Menabung.

Teringat saya kepada pepatah melayu " berdikit-dikit, lama-lama jadi bukit ". Bukan "BUKUIT" macam JoZan pernah sindir pada Datuk David Teo tu..heheh (seloroh jer). Anda perlu menyimpan walaupun sedikit tetapi lakukan secara istiqamah. Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 5% ke 10% daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Dr Irfan Khairi ada menetapkan kadar simpanan 10% setiap bulan daripada pendapatan bulanan dalam buku hasil tulisan beliau yang bertajuk "Nota Kewangan, Nota Jutawan". Dicadangkan buatlah potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza. 

Cari sebab mengapa perlu menabung dan tetapkan azam untuk kebaikan masa depan.

6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan. Banyak skim pelaburan yang ditawarkan oleh pihak bank. Cari dan pilihlah pelaburan yang mana sesuai mengikut kemampuan anda.

7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja 

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.

8. Semak liputan insurans 

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan. Pastikan kemampuan pendapatan anda sebelum membuat caruman insurans anda.

9. Kemas kini wasiat 

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Mengikut kajian kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat. Di Malaysia sendiri hanya 2 peratus sahaja yang mengemaskini wasiat sepertimana dibuktikan pada laman web Warisan Mukmin. Agak khuatir juga status harta tidak dituntut waris sebanyak RM42 billion yang tersimpan di Amanah Raya Berhad seperti yang diberitakan oleh BHO di sini.

10. Simpan rekod kewangan dengan baik 

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu. Sebagai contoh rebet jika memberi buku-buku ilmiah, motivasi dan seumpamanya. Saya yakin kepada mereka yang biasa mengisi borang cukai pendapatan pasti tahu di mana pengecualian cukai yang dapat dibuat.

Itulah 10 tips pengurusan kewangan yang saya harap sedikit sebanyak membantu anda kelak. Sama-sama kita beringat sebelum ditimpa musibah. Fahamilah ilmu pengurusan kewangan untuk menjamin masa depan yang cemerlang dan gemilang.

Sumber Rujukan : Do-It Info

adv/https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=1827_62_1_282|https://3.bp.blogspot.com/-rLvmbvTL7so/WdFIS_xMgjI/AAAAAAAAFbU/MkbTaxbOzrcH_o-b-KWIA_Iv1Ju7hdXpgCLcBGAs/s1600/fanpage-superstar.png

Random Posts

randomposts

Like Us

fb/https://www.facebook.com/azeriebiz