Internet & Kehidupan

Mengapa Menulis Ebook ?

Ia tidak benar sama sekali jika ada yang mengatakan bahawa semua yang dikatakan orang di internet telah pun ditulis. Bidang penulisan secara online kini menemui perubahan teknologi yang pantas menyebabkan idea-idea juga turut berubah.

Hakikatnya, inilah masa yang tepat untuk menulis ebook. Apakah keperluan semasa dalam industri penerbitan menyebabkan ia satu penerokaan ke dunia baru iaitu inovatif dalam dunia penulisan. Ini merupakan satu lonjakan alaf baru bagi memikirkan cara menyelesaikan masalah-masalah lama dengan kaedah yang baru.


Ebook adalah alat yang baru dan berkuasa kepada penulis memberi idea-idea untuk menyebarkan maklumat kepada berjuta-juta orang.

Andaikanlah anda mempunyai idea yang bijak untuk menulis dan yakin bahawa sesuatu ebook yang luar biasa bakal lahir daripada anda. Anda mungkin duduk dan merenung skrin komputer dan tertanya-tanya, "Mengapa?. Mengapa saya perlu bersusah payah untuk menulis sesuatu yang hampir mustahil jika benar-benar belum bersedia untuk terbitkan apa-apa lagi buat masa ini ?"




Baiklah, izinkan saya memberi jaminan bahawa menerbitkan ebook adalah berbeza sama sekali dengan menerbitkan buku bercetak. Mari kita lihat secara khusus perbezaan penerbitan bercetak dan industri siber serta beberapa sebab mengapa perlunya untuk menggunakan jari anda menekan keyboard !

Katakan anda telah mempunyai perniagaan internet dengan laman web dan produk yang berkualiti. Ebook adalah satu cara paling berkesan untuk mempromosikan perniagaan anda dan dalam pada yang sama mendidik orang ramai dengan pengetahuan yang anda miliki sebagai pemilik perniagaan tak kiralah ia adalah produk ataupun perkhidmatan.

Sebagai contoh, katakan bahawa anda telah menghabiskan masa lebih 10 tahun menguruskan pokok bonsai dan kini anda bersedia untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman anda. 

Ebook adalah cara yang paling sesuai untuk mencapai penonton terbesar bagi peminat bonsai.

Ebook bukan sahaja mempromosikan perniagaan anda semata-mata malah menaikkan nama dan syarikat anda serta memartabatkan anda sabagai seorang pakar.

Salah satu sebab mengapa secara lazimnya ramai membaca ebook adalah untuk mencari maklumat bagaimana meningkatkan keuntungan dalam perniagaan internet mereka dan kebanyakan daripada mereka mencari penulis-penulis yang menyediakan idea-idea dan strategi baru. Terutama pakar ebook yang berjaya menulis kempen dan promosi bagi pemasaran ebook dan menjadikan mereka percaya kepada anda. Ini akan membuatkan anda bersemangat untuk menulis ebook dari masa ke semasa.

Anda mungkin boleh mencipta program affiliate bagi memasarkan ebook anda. Ejen affiliate yang dilantik boleh membantu melakukan jualan ebook anda yang mungkin mencakupi seluruh dunia. Fikirkan tentang cara ini ? Adakah anda nampak formula kejayaan dengan ebook di sini ?

Cara mengeluarkan ebook anda adalah perkara penting sejurus selepas menulis. Orang akan teragak-agak untuk membeli apa-apa buku sekalipun dari penulis yang mereka tidak pernah dengar.

Jawapannya mudah..iaitu memberi sahaja ebook itu kepada mereka. Anda akan dapat lihat kelebihannya untuk aktiviti mempromosi perniagaan anda dan dalam masa yang sama nama anda juga turut dikenali. 

Anda boleh melakukan gabungan usahasama ataupun JV (Joint Venture) untuk meletakkan link mereka ke dalam ebook anda dan link anda ke dalam ebook mereka seterusnya nama anda akan dikenali. Hampir setiap penulis ebook menggunakan cara ini.

Satu lagi cara yang ampuh untuk menarik orang ramai minat kepada ebook anda adalah menyediakan interaktif. Mewujudkan tarikan bukan sahaja dengan halaman yang cantik dan teks yang statik semata-mata. Buatlah pembaca anda mengisi borang soal-selidik, teka silang kata malah memohon pendapat mereka mengenai sesuatu topik yang dibincangkan. 

Adakah pembaca anda akan klik link yang membolehkan mereka mengesyorkan ebook anda kepada rakan-rakan mereka atau cuba memasukkan borang pesanan supaya pada hujung pembacaan nanti, mereka tidak sabar untuk membeli produk anda.

Apabila mereka mula meminati penulisan ebook anda, insyaallah mereka tetap menjadi peminat hasil penulisan anda.

Itulah sebahagian jawapan mengapa menulis ebook. Bukan hanya dengan forum sahaja kita boleh mempelajari dan memahami corak pemikiran mereka malah dengan ebook juga boleh melakukan pendekatan yang sama dan seterusnya meningkatkan perniagaan anda.



Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan