Internet & Kehidupan

Benarkah Login Facebook Dapat RM 100 ?


kredit gambar : PakarHowTo dot Com

Mesti ramai yang kena tag dengan gambar sebegini bukan? Apa perasaan anda? Saya tak pasti kalau anda suka, tapi kebanyakannya tidak suka kerana ia umpama seseorang masuk ke rumah kita dan terus conteng dinding rumah kita.

Ada 2 perkara yang kita perlu lihat di sini : iaitu 


1) Betul ke kalau login ke facebook akan dapat RM 100

    dan 


2) Adakah teknik tag gambar sebegini boleh digunakan?


Baiklah, sebenarnya login ke Facebook dan dapat RM 100 adalah pembohongan yang amat besar.  Cuba anda login ke Facebook sekarang, adakah anda akan dapat RM 100.  Tidak bukan?  


Anda mesti usaha (menjual sesuatu misalnya) untuk mendapatkan keuntungan.


Keduanya, tag gambar memang tidak digemari oleh ramai orang lebih-lebih lagi gambar promosi. Ramai yang menyampah dengannnya.  Tahukah anda bahawa anda masih lagi boleh tag gambar kepada orang lain, tanpa mereka rasa menyampah, malah ada yang minta tag.  Teknik ini didedahkan secara terinci dalam ebook "Berniaga di Facebook" yang boleh diperolehi di sini http://rebizinfo.com/recommends/berniaga-di-facebook


Malah banyak lagi cara anda mempromosi di Facebook boleh dipelajari melalui ebook di bawah ini.

Saya ambil kesempatan ni untuk kongsikan 10 tips berniaga di Facebook. Kredit kepada Berita Gempak dot Com.

Antara tipsnya adalah seperti berikut :-


1) Biasakan Diri
Sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan Facebook sebagai platform perniagaan anda, anda haruslah membiasakan diri dengan facebook,cara menggunakannya dan servis rangkaian yang terdapat dalam Facebook tersebut. Rugi jika anda tidak menggunakan platform social media ini, kerana terdapat 600 juta pengguna aktif di situ. Jadi cuba biasa-biasakan diri anda dengan Facebook.


2) Perancangan
Sepertimana strategi pemasaran dan jualan lain, berniaga di facebook juga memerlukan perancangan. Pastikan apa dan bagaimana anda ingin mempromosikan barangan anda kemudian barulah anda lakukannya di Facebook. Buat perancangan teliti terlebih dahulu sebelum melakukan pemasaran secara aktif di Facebook.


3) Facebook Page
Elakkan diri anda daripada dihalang daripada menggunakan Facebook kerana membuat beberapa akaun Facebook baru. Sekiranya anda telah mempunyai akaun facebook, apa yang anda harus lakukan adalah dengan membuat Facebook Page untuk tujuan perniagaan ini. Ada ramai penyedia perkhidmatan mencipta FB Page di Facebook sama ada tempatan atau luar negara. Pilihlah yang memberikan hasil kerja serta harga yang ekonomi. 


Untuk pengetahuan anda Facebook Page inilah akan menjadi kedai online anda kelak seperti mana akan di ajar pada ebook di atas.


4) Like Button
Butang “Like” Facebook membenarkan orang ramai berkongsi senarai tawaran yang anda sediakan. Dengan klik butang “like” mereka boleh mengakses maklumat yang anda sediakan di muka Facebook anda.


5) Blog – Facebook
Terdapat banyak juga aplikasi yang mampu menghubungkan Blog atau laman berita ke facebook anda. Lagi kerap anda post sesuatu kepada kedua-duanya, maka lebih banyak juga traffik akan datang ke Facebook dan juga blog perniagaan anda.


6) Jangan SPAM
Banyak cara mudah untuk mendapatkan asas peminat rakan Facebook anda. Tetapi SPAM bukannya penyelesaiannya. Jika anda menggunakannya, anda boleh kehilangan banyak peminat berbanding anda mendapatkannya.


7) Iklan Berbayar
Facebook turut menawarkan servis dan aplikasi iklan berbayar. Klik pada bahagian Advertising dan di situ ada senarai harga dan anda boleh memilih berdasarkan bajet anda. Contohnya adalah seperti FB Ads.

8) Benarkan Komen
Jangan menghalang pengguna lain menghantar komen ke Facebook anda terutama pada barang niaga anda. Ini akan menyebabkan mereka tidak berminat dengan perniagaan anda dan akan merasakan diri mereka tertipu kerana tidak dapat memberi komen pada produk anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


9) Jujur
Anda haruslah jujur dalam mempromosikan barangan dan berniaga di Facebook. Pastikan barangan yang anda jual tu berada dalam kualiti yang baik dan anda tidak menipu pembeli.


10) Kemaskini Status
Anda haruslah kerap mengemaskini status anda bagi pengguna Facebook lain boleh nampak apa yang baru diupdate. Barulah mereka yakin dengan perniagaan anda.


Ini adalah tips berniaga di facebook yang wajib anda lakukan. Ingatlah.. tiada beza perniagaan online dan offline kecuali dari segi tekniknya sahaja. Jalannya sama iaitu perlu jujur, disiplin, jaga perhubungan dan beri perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.


Diharap info ini sedikit sebanyak membantu anda cara bagaimana berniaga di Facebook.


Sehingga berjumpa lagi di post yang lain. Terima kasih.





Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan