Internet & Kehidupan

Apakah Rangkaian Sosial / Social Network ?

Social networking, kebanyakan orang berkemungkinan pernah mendengarnya, tetapi tidak semua orang faham apa yang dimaksudkannya ? Jika anda ditanya apa itu rangkaian sosial, anda akan dapat memberi jawapan yang tepat. Malangnya kebanyakan individu tidak faham, walaupun mereka aktif di rangkaian sosial terutama sekali secara online.

Social network boleh ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan individu bersama kumpulan tertentu, sepertimana masyarakat kecil dan ataupun kejiranan. Walaupun rangkaian sosial terdapat di mana-mana terutama sekali di sekolah-sekolah atau di tempat kerja, rangkaian secara online adalah yang paling popular. Ini kerana kebanyakan daripada kalangan mereka adalah golongan yang sangat aktif bersosial secara online untuk mengembangkan persahabatan.

Apabila kita berjinak-jinak dalam talian rangkaian sosial, sudah tentu laman web akan digunakan. Laman web ini juga dikenali dengan nama omputih sebagai social network website. Laman web rangkaian sosial umpama seperti satu komuniti dalam talian pengguna internet. Ia bergantung kepada syarat sesebuah laman web rangkaian sosial, ahli-ahli dalam komuniti akan berkongsi maklumat seperti hobi, agama ataupun politik. Sebaik anda diberi akses ke laman web rangkaian sosial itu maka anda boleh mula untuk bersosial. Sosialisasi ini termasuk membaca profil atau halaman profil ahli-ahli yang lain ataupun boleh terus menghubungi mereka.



Mempunyai ramai kawan merupakan salah satu kelebihan dalam rangkaian sosial secara online. Tidak seperti dikebanyakan sekolah-sekolah atau tempat kerja, kuasa internet memberi individu seluruh dunia untuk akses laman web rangkaian sosial. Sebagai contoh anda berada di Pahang, anda boleh membina hubungan persahabatan yang baik dengan seseorang yang berada di Iraq. Dalam masa yang sama anda boleh belajar satu ataupun dua budaya baru.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, rangkaian sosial sering melibatkan individu-individu ataupun organisasi-organisasi tertentu. Walaupun terdapat beberapa laman web rangkaian sosial yang memberi tumpuan kepada penglibatan internet tertentu sahaja,  sebahagian yang lain ada yang tertumpu kepada aktiviti sosial semata-mata. Laman web ini sering di anggap sebagai laman web rangkaian sosial secara tradisional. Laman web jenis ini biasanya mempunyai keahlian secara terbuka. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh menjadi ahli, tidak kira apakah hobi, kepercayaan, ataupun pandangan mereka. Walau bagaimanapun, apabila anda berada di dalam komuniti online, anda boleh mewujudkan rangkaian anda sendiri bahkan anda boleh menyingkirkan orang lain yang tidak memenuhi kriteria anda.

Jika anda berminat untuk melakukan aktiviti sosial secara online, anda digalakkan untuk belajar dengan lebih lanjut mengenainya, seperti risiko bahaya rangkaian sosial. Seringkali risiko ini melibatkan pemangsa yang cuba menyamar menjadi seseorang yang sebenarnya ia adalah palsu. Walaupun ia berlaku secara online, ia juga boleh berlaku dalam rangkaian sosial di dunia realiti. Sebagai contoh, anda bertemu rakan-rakan di majlis tertentu, sekolah, atau di tempat kerja anda dinasihatkan supaya berhati-hati. Dengan sikap berhati-hati dengan persekitaran dan sedar dengan siapa kita sedang bercakap, anda juga boleh selamat menikmati rangkaian sosial secara online. Anda faham maksud saya.

Setelah anda belajar segala-galanya yang anda rasa perlu untuk belajar tentang rangkaian sosial secara online, anda boleh mula sertai komuniti rangkaian yang anda minati. Ini boleh dilakukan dengan mencari dengan menggunakan carian standard internet. Carian anda mungkin akan disimpulkan dengan beberapa keputusan, termasuk Facebook, MySpace, Orkut, Friend Finder dan pelbagai lagi.

Oklah..itu sahaja post saya kali ini.

Tunggu post dari saya insyaallah, mengenai setiap kelebihan laman web rangkaian sosial yang popular masa kini iaitu Facebook dan Google Plus ( pasti akan hangat dunia rangkaian sosial secara online kelak ). Tunggu......





Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan