Internet & Kehidupan

6 Cara Memastikan Artikel Anda Dibaca


Terdapat ramai orang yang menghadapi masalah untuk menulis artikel. Mereka merasa seolah-olah ia terlalu rumit dan akhirnya tiada siapa yang membaca artikelnya. Bagi sesetengah orang, membaca artikel-artikel adalah membantu mereka untuk mencari info bagi kerja mereka dan ia tidak sepatutnya artikel yang membosankan serta menghambarkan. Artikel adalah sesuatu yang patut dibaca untuk menyebarkan maklumat. Tetapi jika ia tidak dibaca maka ia satu pembaziran masa dari usaha yang telah dilakukan.

Artikel yang baik adalah yang tidak terlalu menekan dan tidak membosankan. Terdapat beberapa panduan dan cara untuk anda ingati agar artikel anda dibaca. Setelah anda biasa dengan panduan ini, menulis artikel akan menjadi satu kebiasaan dan ia menyeronokkan serta insyaallah menguntungkan anda dan laman sesawang anda.


Sudah pasti jika anda menulis artikel, ia mestilah sesuatu yang anda memang tahu mengenainya.

Untuk memastikan artikel anda dibaca, di sini saya ingin kongsikan 6 cara memastikan artikel anda dibaca.


1) Pendekkan perenggan ayat.
Apabila perenggan terlalu panjang, perkataan yang dibaca juga terlalu panjang dan menyebabkan ia bercampur aduk dalam fikiran pembaca. Ia boleh mengelirukan pembaca kerana terpaksa berusaha keras untuk membaca. 
Ini juga akan menyebabkan pembaca tidak menghiraukan perenggan dibaca dan beralih kepada perenggan yang baru dan mengandaikan bahawa perenggan yang panjang itu tadi telahpun dibaca. Praktikkan supaya perenggan ditulis dari satu ayat dan kadang kala ditulis dari satu perkataan.


2) Menggunakan nombor atau bullet.
Menggunakan nombor atau bullet juga membantu dari segi pembacaan. Ini akan memudahkan pembaca memahami tentang idea, kaedah ataupun tips yang ditekankan. 
Jangan biarkan idea, kaedah atau tip anda ditulis dengan cara yang berleretan seumpama segi empat sama yang berleretan tanpa nombor dan bullet. Anda dapat bayangkan sekiranya artikel yang dikongsikan ini seperti itu ?


3) Gunakan sub-tajuk untuk pembahagian perenggan dalam halaman.
Lakukan kaedah ini dengan cara memecahkan setiap titik kepada bahagian-bahagian tetapi masih dimasukkan ke dalam artikel secara keseluruhannya. Ini juga akan memudahkan pembaca bergerak dari satu titik ke titik yang lain seterusnya peralihan pembacaan akan menjadi lancar dan mudah. Pembaca tidak akan kehilangan perhatian terutama maklumat penting yang ingin dikongsikan.


4) Berikan tajuk yang menarik perhatian
Jika tajuk anda boleh menarik perhatian rasa ingin tahu seseorang maka anda telah berada separuh jalan untuk menarik bakal pembaca membaca artikel anda. Gunakan tajuk berbentuk pernyataan dan persoalan dengan cara menggunakan kata kunci yang orang cari. Berikan tajuk yang menggambarkan artikel anda tetapi ia haruslah pendek dan ringkas.

Gunakanlah tajuk sebagai contohnya " 3 Kunci Kejayaan & Kekayaan " atau " 5 Perkara Penting Dalam Mencipta Website " dan seumpamanya. Ada beberapa kaedah menulis tajuk dan salah satu caranya adalah dengan menulis nombor dihadapannya. Saya akan kongsikan kaedah yang lain di post yang lain kelak.


5) Buatkan mereka minat dari awal pembacaan lagi.
Dari pembukaan perenggan hendaklah bercerita mengenai situasi kehidupan sebenar yang boleh diterima pakai oleh pembaca. Penerangan yang baik serta bantuan gambar-gambar akan memudahkan pembaca lebih faham apa yang ditulis dalam artikel anda. Jadikan pengalaman membaca mereka adalah sesuatu menyenangkan serta menyeronokkan.


6) Menggunakan angka apabila kenyataan itu perlu.
Dengan menggunakan fakta-fakta dan angka-angka tertentu boleh meningkatkan artikel anda dan menjadikan anda lebih berwibawa. Penulisannya janganlah terlalu formal dan biarlah ia mudah untuk pembaca memahaminya. Andaikan diri anda sebagai seorang guru yang berbual ramah dengan seorang pelajar yang bersemangat ingin mengetahui sesuatu perkara.


Saya harap melalui 6 cara ini bakal membantu untuk memastikan artikel anda dibaca kelak. Jumpa lagi di post yang akan datang yer.

Untuk mengetahui bagaimana mencipta newsletter yang berkesan. Saya ada kongsikan 5 cara DI SINI.




Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan