Internet & Kehidupan

Laporan Clickbank 2011

Alhamdulillah dengan teknik pemasaran melalui Facebook dan Email sahaja telah membuahkan hasil. Saya selalu ingatkan diri saya supaya jangan sesekali melakukan spamming. Kena lakukan dengan cara yang berhemah.


Teknik ke 3 untuk saya cuba try (ehh...dah cuba, try pulak..hehe) adalah melalui kaedah video marketing. Saya tak taulah adakah teknik ni membantu untuk aktiviti pemasaran saya. Ramai OTAI Internet Marketer bagi tau Video Marketing juga salah satu kaedah berkesan untuk aktiviti pemasaran.


Saya bagi sebagai satu contoh. Semua orang tau filem "KL Gangster" telah mengutip lebih RM11 juta. Perghhh....Memang bertambah jutawan lah pengarah muda tanahair iaitu saudara Syamsul. Saya ucapkan tahniah kepada beliau. 


Saya masih ingat video trailer "KL Gangster" yang di tayangkan 2 bulan sebelum tarikh tayangan secara online melalui sosial media seperti Youtube. Video trailer pun dah nampak gempak. Menyebabkan ramai ternanti-nanti filem yang bakal ditayangkan pada bulan Jun 2011. Ramai yang komen positif mengenai video trailer tu. Dipendekkan cerita, untuk pengetahuan anda teknik ni lah dalam Internet Marketing disebut sebagai Pre-Launch.


Baiklah habis di situ ye. Sekarang saya nak cuba-cubalah pulak teknik video marketing. Manalah tau kot-kot bertambah boom. Saya ni bukanlah pandai sangat nak buat video canggih-canggih. Buat biasa-biasa jer.


Apa yang saya cuba kongsikan adalah satu portal produk-produk digital seperti clickbank.com yang boleh membantu pemasaran produk anda ke peringkat antarabangsa ataupun anda menjana wang dengan cara menjadi ejen affiliate di situ.


Saya tak nak cerita banyak pada post ni. Insyaallah...saya akan cuba kongsikan info mengenai Clickbank di post yang akan datang jika diberikan kesempatan. 


Tanpa perlu melengahkan masa. Mari tonton sedikit informasi secara video di bawah ni. Kalau nak komen, memang sangat dialu-alukan. Terima kasih.







Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan