Internet & Kehidupan

Bagaimana memilih produk di Clickbank ?



Terima kasih kerana singgah ke blog saya ni. Info khas kepada mereka yang dah tahu pengenalan asas apakah itu Clickbank. Saya berbesar hati kerana dapat berkongsi sedikit tips  untuk bagaimana memilih produk di Clickbank. 


Rata-rata mereka yang newbie seperti saya mempunyai masalah untuk memilih produk di Clickbank. Pemilihan produk yang betul dan mempunyai permintaan yang tinggi sangat membantu untuk menghasilkan jualan selain melakukan pemasaran yang memberi kesan.


Beberapa perkara yang perlu dilihat sebelum memilih sesuatu produk di Clickbank. Berikut adalah 3 kriteria yang seharusnya diikuti sebelum memilih sesuatu produk di Clickbank :-


1) Graviti lebih besar atau sama dengan 20 (Graviti > 20)
Ramai IMers mencadangkan supaya memilih produk yang mempunyai Garviti > 20. Spesifikasi yang baik adalah antara 20 sehingga 200. Pilihlah produk yang mempunyai graviti di dalam linkungan itu.


2) Peratus (%) komisyen.
Ini yang akan menentukan berapa peratus komisyen yang bakal kita perolehi jika berjaya mendapat jualan. Peratus komisyen yang dicadangkan untuk dipilih adalah > 50%.


3) Hasil setiap jualan / Earn Per Sale
Memilih produk yang menyediakan Earn Per Sale lebih besar daripada USD15.




Itu sahaja 3 kriteria yang dicadangkan ketika membuat pemilihan produk di Clickbank. Pada kriteria pertama ia SANGAT penting untuk diikuti. Kriteria kedua & ketiga adalah mengikut kesesuaian masing-masing bergantung kepada berapa banyak komisyen yang ingin kita perolehi.


Diharap 3 kriteria ini membantu saudara untuk memilih produk di Clickbank kelak.


Baiklah..sampai di sini dahulu post saya buat kali ni dan diharap dapat membantu sedikit sebanyak ilmu saudara. Jika saudara inginkan info lanjut mengenai Clickbank, rakan saya iaitu saudara Zyan ada menyediakan laporan khas mengenai Clickbank. 


Info yang ada di dalam laporan itu pasti banyak membantu saudara untuk menjana income USD di Clickbank. Jika saudara inginkan laporan percuma tu sila muat turun pada link dibawah ini.


Laporan Clickbank 2011



Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan