Internet & Kehidupan

5 Tips Untuk Cipta Newsletter Yang Berkesan

Newsletter boleh menjadi satu senjata pemasaran yang cukup berkuasa jika dilakukan dengan cara yang betul. Ia akan membantu meningkatkan kepercayaan pelanggan, mengukuhkan jenama perniagaan, dan dapat berkongsi kepakaran yang anda miliki.

1) Kenali siapa pembaca anda.
Walaupun newsletter anda seharusnya mempromosi perniagaan anda, perkara utama yang memberi kesan kepada newlsetter anda adalah dengan cara membina perhubungan dengan prospek dan pelanggan anda. Pastikan perkara yang anda bincangkan adalah berkait rapat dengan minat pembaca anda. Jika meraka tahu yang mereka mendapat maklumat yang berguna dah pasti mereka akan terus menjadi subcriber tetap anda.

2) Jadikan ia unik.
Jika anda ingin newletter anda di baca, jadikan ia unik. Berkongsilah pendapat anda, kisah aktiviti harian anda, percutian anda, kisah lawak ker dan sebagainya. Jangan kerap iklan perniagaan anda sahaja. Jangan khuatir untuk berkongsi sesuatu yang menarik mengenai personaliti anda demi membina hubungan berterusan kepada subcriber anda.


3) Rekaan newsletter.
Paparan visual juga membantu untuk keberkesanan newsletter anda. Rekaan yang betul boleh menyengat pembaca sebelum mereka membaca setiap ayat yang anda sampaikan. Buatlah rekaan yang kemas dan ringkas.


4) Maklumbalas/Komen
Masukkan maklumbalas ke dalam newsletter anda dengan cara meminta pembaca anda memberi komen terhadap artikel atau cerita anda. Mereka akan rasa dihargai kerana diberi penghormatan untuk melontarkan pendapat mereka, tambahan pula ia adalah sesuatu yang mereka minati.


5) Masukkan cara untuk menghubungi anda.
Walaupun tujuan newsletter anda adalah untuk menjual sesuatu, ini tak bermakna anda hanya perlu buat jualan sahaja. Sertakan juga cara untuk menghubungi anda kerana manalah tau suatu hari nanti pembaca newsletter anda ingin membuat pembelian daripada anda.


Diharap 5 tips ini membantu anda untuk mencipta newsletter yang berkesan.



  1. 5 tips tersebut merupakan perkara paling asas untuk memulakannya. Selain dari itu, list yang kita ada perlu di'educate'kan. :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudara Juan. Ya..saya setuju dengan pendapat anda. Pendidikan itulah yang akan meningkatkan kredibiliti sebagai penulis, pemasar dan yang penting sebagai usahawan.

    ReplyDelete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan