Internet & Kehidupan

4 Cara Untuk Mengekalkan Pelawat Melayari Website Anda

Kebanyakan pemilik website yang berjaya dan popular adalah bergantung kepada    jumlah pelawat datang ke website mereka. Kekerapan pelawat yang melayari website memungkinkan usaha menukar mereka kepada pelanggan dan dalam masa yang sama meningkatkan kredibiliti.Kredibiliti seseorang tu pula bergantung kepada berapa banyak mereka sanggup untuk berkongsi ilmu atau informasi yang bermanfaat kepada pelawat.

Apabila kredibiliti anda terserlah maka ini akan mengekalkan pelawat kerap melayari website anda. Ada 4 cara untuk mengekalkan pelawat melayari website anda :-

1) Mulakan forum, chatroom atau shoutbox
Apabila anda mula berforum, chatroom atau shoutbox maka anda memberi pelawat anda ruang untuk anda berkongsi pendapat dan mula berinteraksi dengan anda. Dengan cara ini ia akan meningkatkan perhubungan dengan pelawat dan dalam masa yang sama pengikut pelawat anda juga akan mula mengikut mereka untuk melayari website anda.

2) Mulakan berblogging ataupun web blog
Rajin-rajinlah berjurnal secara online ataupun dikenali sebagai blog untuk mengemaskini cerita kehidupan anda atau apa sahaja yang terkini pada blog anda. Sikap manusia memang normal kerana memiliki sikap ingin tahu dan ini sangat membantu mereka untuk sentiasa duduk di hadapan monitor PC sambil membaca post blog anda yang terbaru dan sentiasa dikemaskini.Melalui kaedah ini, jika dilakukan dengan cara yang betul maka ia akan meningkatkan kredibiliti anda dan ini juga membuktikan bahawa ada insan yang menjalani kehidupan realiti seperti orang lain di sebalik website anda. Jadi mula lah berblogging.

 3) Sediakan Poll dan Survey
Nampak seperti ia tak membantu tetapi jika poll dan survey disediakan di website anda maka ia bakal mewujudkan satu bentuk interaksi mudah kepada pelawat kerana dapat memberi pandangan pada poll dan survey yang dilakukan. Penglibatan mereka akan mengingatkan kepada mereka untuk mengetahui keputusan poll dan survey melalui website anda. Tetapi pastikan poll dan survey yang dilakukan mestilah berkaitan dengan niche website anda supaya pelawat dapat mengetahui secara tepat keputusan poll dan survey itu kelak.


4) Kerap mengemaskini isi kandungan website anda
Kemaskini website anda sekerap mungkin supaya apabila pelawat datang kembali ke website anda maka mereka merasa ada sesuatu untuk dibaca. Sebenarnya ini adalah kaedah yang baik untuk dipraktikkan untuk pelawat terus melayari website anda namun yang menjadi penghalang adalah sikap "MALAS" oleh webmaster itu sendiri untuk mengemaskini maklumat website dan menyebabkan kurangnya pelawat melayari website. Tiada siapa yang ingin melayari website yang mempunyai isi kandungan yang sama seperti 10 tahun lepas. Jadi saya sarankan sentiasalah kemaskini maklumat website anda.


Sekian dulu untuk kali ini. Sampai jumpa lagi pada post yang lain.





Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan