Internet & Kehidupan

Jualan Dengan Produk PLR

Salam hormat kepada saudara/i kerana sudi menjengah blog saya.


Persoalan yang sering bermain dengan newbie atau orang baru dalam Internet Marketing ( saya pun baru jugak ) adalah produk apa yang nak dijual di internet.Pada mulanya saya buntu jugak nak jual apa ni ? Tetapi setelah banyak mengkaji dan membaca blog IM serta buku-buku salah satu cara untuk memiliki produk TANPA kita mencipta produk adalah melalui PLR.

Apakah itu PLR ?

  • PLR adalah singkatan bagi perkataan Private Label Right.
  • Anda mempunyai lesen hak sepenuhnya pada produk tersebut. Ini bermakna anda boleh lakukan apa sahaja mengikut kehendak anda.
  • Produk yang biasanya menawarkan PLR adalah jenis produk digital.
  • Contoh produk digital adalah seperti ebook, software, artikel dan laporan.
  • Kebiasaanya ia digunakan banyak dalam program affiliate sebagai pemasaran online. Jika anda tidak tahu apakah program affiliate sila baca post yang lepas di sini.
  • Ramai otai IM yang memiliki produk sendiri akan menjual lesen PLR kepada mereka yang benar-benar ingin menjana pendapatan di internet. Contoh otai usahawan IM sepenuh masa yang sedang melakukan tawaran lesen PLR adalah saudara Ammar Zahar. Cuba LIHAT DI SINI laman minisite jualan untuk lesen PLR produk beliau di mana ia terhad untuk 100 orang terawal. (Anda bernasib baik dapat melihat cara PLR dijual jika kuota masih sah). 
Objektif sebenar PLR adalah untuk membantu usahawan Internet Marketer yang baru untuk menjana pendapatan online dan segala hasil jualan kelak adalah 100% milik pembeli itu. Ia jarang dilakukan oleh usahawan IM yang dah berjaya dan terkenal.

Saya ingin mencadangkan kepada anda salah satu laman web dari luar negara yang menyediakan RR dan PLR adalah DI SINI. Anda boleh mendapatkan beratus produk digital yang diberi lesen RR dan PLR setiap minggu secara percuma di sana.


Saya juga ingin kongsikan beberapa jenis lesen jualan yang lain di internet yang mungkin term-term seperti ini akan anda dengar atau pernah jumpa di internet.

  1. PR - Personal Rights atau Hak Jualan Individu bermaksud pembeli anda TIDAK mempunyai hak untuk menjual kembali produk yang telah dibeli.Kebiasaannya ia untuk kegunaan sendiri serta dijual secara TERHAD kepada beberapa pembeli untuk satu tempoh yang terhad sahaja.
  2. RR  - Resell Rights atau Hak Menjual Produk. Ia adalah hak menjual produk untuk memperoleh keuntungan.Pembeli mendapat hak untuk menjual semula produk yang dibeli tetapi tidak berhak menjual resale right kepada pembelinya.
  3. MRR - Master Resell Rights ataupun Hak Jualan Semula adalah sama seperti RR TETAPI anda ada hak menjual lesen resale rights kepada pembeli produk.
  4. PLR - Private Label Rights adalah hak penjualan yang sama seperti MRR TETAPI mempunyai kelebihan memiliki hak mutlak kepada produk. Ia memberi hak kebebasan untuk mengubah, menyusun atau menukar produk mengikut apa yang anda suka. Sebagai contoh menukar nama pencipta produk kepada nama anda dan sebagainya.


Gambar di atas ini adalah salah satu produk Resell Rights yang saya sedang jual dan alhamdulillah ada jualan terhasil daripadanya. 

Saya telah mendapat hak menjual semula produk ini dan saya menjualnya untuk tempoh yang terhad sahaja. Saya akan tutup jualan produk ini setelah kuota yang saya tetapkan telah tercapai.

Anda boleh melihat surat jualan untuk produk di atas dengan KLIK DI SINI.

Apa yang perlu anda faham di sini adalah tanpa memiliki produk sendiri di internet pun anda mampu melakukan jualan. Anda tak perlu memikirkan produk apa yang nak dijual serta bagaimana nak menulis surat jualan yang POWER untuk memikat bakal pembeli. 

Rajin-rajinlah search di Google atau Yahoo untuk produk PLR yang mampu anda miliki dan jual kembali secara online ye.

Saya harap info yang serba ringkas ini dapat membantu anda untuk menjana pendapatan secara online di internet dengan produk yang memiliki lesen khas untuk jualan.

Jumpa lagi di lain post ye.




Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan