Internet & Kehidupan

5 Perkara Penting Dalam Mencipta Website


Salam hormat kepada anda kerana sudi menjengah web blog saya. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk anda yang sedang belajar-belajar cara membuat website. Walaupun website ini (blog ini) adalah percuma tetapi saya memiliki website berbayar seperti www.rebiz2u.ws. Itu adalah website pertama saya yang sedang dibangunkan untuk nampak lebih cun. Saya bukanlah pakar dalam mereka cipta website. Untuk cipta sendiri punya boleh lah. Hehehe...

Baiklah.......Apabila seseorang datang ke laman web kita apa yang kita harapkan adalah supaya dapat menarik perhatian pengunjung. Jika pengunjung suka tentang info dan mudah faham tentang apa yang kita cuba kongsikan dalam website mungkin ia bakal menaikkan ranking traffic anda di search engine dan seterusnya mendapat jualan.

Saya terangkan apakah 5 perkara penting dalam mencipta website pertama anda :-


1) Jangan menggunakan splash page.
Splash page biasanya diletakkan di muka hadapan sesuatu website. Ia memang nampak menarik dengan gambar dan perkataan seperti " Selamat Datang" ataupun "Klik Di Sini Untuk Masuk". Hakikatnya ia sekadar cantik tetapi tidak pada tujuan atau objektif yang ingin kita sampaikan kepada pengunjung.
Jangan biarkan pengunjung anda klik butang "Back" kerana tidak dapat info secara terus. Jadi cuba elakkan menggunakan splash page.

2) Jangan terlampau banyak banner untuk iklan.
Kebanyakan pengunjung akan membiarkan banner iklan yang mereka rasa menyemak pandangan dan tercari-cari apa kandungan ataupun point penting dalam website anda. Ingat ! Majoriti peratusan pelayar internet menggunakan internet untuk mencari maklumat yang berharga dan berfaedah buat mereka. Bukannya iklan banner yang banyak dan berkelip-kelip.
Jika anda benar-benar ingin mengiklankan link affiliate anda sekalipun biarlah dalam bentuk isi kandungan/info/content dan biarlah pengunjung anda membuat keputusan untuk membeli.Jika terlampau banyak iklan banner ia nampak seperti satu paksaan untuk membeli. Anda faham maksud saya ?

3) Memudahkan pengunjung dari segi navigasi.
Anda perlu sediakan satu navigasi mudah dan ditunjuk secara jelas sehingga budak kecil pun tahu menggunakannya. Jika boleh jauhkan daripada menggunakan flash pelbagai menu dan pilihan dropdown menu yang komplex. Jika pengunjung anda tidak tahu untuk navigasi website anda maka mereka anda meninggalkan website anda.

4) Indikasi yang jelas dimana kedudukan pengunjung website.
Apabila pengunjung sedang mengexplorasi website anda, anda seharusnya memastikan bahawa pengunjung tahu di mana kedudukan semasa melayari website anda. Ini bagi memudahkan pengunjung mencari maklumat berkaitan ataupun bernavigasi pada setiap seksyen di website anda. Jangan biarkan pengunjung anda berasa keliru kerana mungkin website anda akan ditinggalkan terus.

5) Elakkan menggunakan AUDIO pada website anda.
Jika pengunjung berada dalam masa yang lama di website anda, membaca setiap kandungan website, anda pasti mahu pengunjung anda tidak diganggu dengan bunyi yang berada di website anda. Kalau anda tetap inginkan juga audio di website anda pastikan ada butang untuk kawal suara atau butang mute yang berfungsi dengan baik.


Saya harap dengan 5 tips tu dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk meningkatkan pengunjung ke laman web anda kelak. Insyaallah saya akan post beberapa tips yang lain jika diberi peluang. Terima kasih.






Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan