Internet & Kehidupan

Promosi Website Secara PERCUMA...Kenapa TIDAK ?

Adakah anda berfikiran berbaloikah atau berfaedahkah jika mempromosi website secara percuma ? Adakah ia sesuatu perkara yang mungkin anda boleh dilakukan ?

Sudah pasti jawapannya adalah "YA". Jika anda memiliki website sendiri tak kiralah yang berbayar ataupun percuma anda boleh membuatkan website anda dikunjungi oleh ramai orang hanya dengan menggunakan kaedah percuma.

Bagaimanakah caranya untuk mempromosi website melalui kaedah percuma tu? Apakah yang harus dilakukan untuk mendapat trafik pengunjung yang tinggi melalui kaedah promosi website secara percuma ?

Saya ada senaraikan 7 cara mempromosi website secara percuma secara online di internet :-


1) Enlist website anda. (Directory)
Cari directory website yang "PANAS" atau yang terkenal dan jadikan website anda tertera dalam senarainya.Inilah cara paling mudah dan berkesan untuk promosi website anda. Jika anda melakukan langkah pertama ini yang lain akan memudahkan kerja anda.

Cuma anda jangan lupa jadikan website anda lebih kemas dan teratur supaya website anda diterima oleh directory pilihan anda.

Saya akan postkan senarai directory untuk post yang akan datang jika diberikan keizinanNya.Insyaallah.

2) Forum
Salah satu sebab mengapa forum diwujudkan adalah supaya anda boleh mempromosi website anda secara percuma. Daftar di mana-mana forum yang sesuai dengan kemahiran dan minat anda dan post secara aktif di sana supaya ahli forum yang lain tahu setiap post anda lakukan seterusnya dapat menarik minat mereka untuk melawat website anda kelak.

Lakukan secara berhemah dan mengikut tatatertib yang telah ditentukan oleh pihak admin forum tertentu.

Salah satu forum yang saya aktif dan juga cukup terkenal dikalangan IM (Internet Marketer) tempatan adalah di WangCyber.com. Anda boleh cuba daftar secara percuma di sana dan mula aktifkan diri anda di sana.

Untuk belajar cara bagaimana kuasa forum tu memang POWER dan baca apa yang telah dikongsikan oleh seorang IM yang cukup terkenal dengan kuasa forumnya iaitu saudara Mohd Zulfadli. Sila KLIK SINI untuk ketahui lebih lanjut kuasa forum itu.

3) Tulis press release
Gunakan kemahiran menulis anda untuk mengiklankan website anda. Inilah cara yang anda boleh gunakan bila-bila masa anda rasa perlu.Tulislah beberapa perenggan dan email kepada rakan anda, internet e-zine, surat khabar dan beberapa media serta mula meningkatkan trafik website anda.

4) Berhubungan baik secara online
Untuk mendapatkan trafik website dengan cara percuma anda perlu mengenali dan beramah mesra dengan webmaster (pemilik website). Kukuhkan hubungan baik dengan webmaster dan lakukan pertukaran link untuk di masukkan ke dalam website.

Ia secara tidak lansung akan meningkatkan trafik pengunjung ke laman web anda.

5) Tulis artikel
Katakan website anda berkaitan travel agensi.Tulislah artikel tentang faedah-faedah melancong dan tunjukkan beberapa tempat menarik untuk melancong. Di peranggan yang terakhir, anda tunjukkan link website anda.

Anda boleh menulis artikel anda seperti diblog niche anda, e-zine dan sebagainya.

6) Buat iklan banner
Buat banner untuk mengiklankan website anda di website yang lain. Minta webmaster yang lain juga melakukan perkara yang sama.

7) Melanggan newsletter untuk kursus promosi online
Ya, terdapat banyak website yang menyediakan tutorial promosi. Tetapi tahukan anda bahawa sebenarnya kursus website percuma akan membantu anda pada masa akan datang ? 

Daftarlah secara percuma apa sahaja website menyediakan newsletter yang akan mengajar anda cara percuma melakukan promosi website anda. 

Sebagai contoh jika anda ingin belajar cara membina website dan teknik pemasaran yang berkesan di internet anda boleh melayari website DI SINI.


Baiklah setakat ini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Jumpa lagi di lain post yang lain ye. Terima kasih.






  1. terima kasih atas penerangan di atas

    ReplyDelete
  2. Semoga sama-sama mendapat manfaatnya.

    ReplyDelete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan