Internet & Kehidupan

Keperluan Bina Landing Page

Jika anda ingin menjadi IM yang sejati maka anda perlu membina senarai nama. Ini adalah bertujuan bagi melakukan pemasaran dengan cara yang betul dan sah melalui pemasaran email. Kekuatan pemasaran email memang tidak dapat disangkal lagi kerana ia memang diperakui oleh ramai pakar IM antarabangsa dan tempatan.

Apakah fungsi landing page ?

Landing page atau juga disebut sebagai squeeze page adalah satu laman web yang bertujuan untuk mendapatkan butiran pengunjung yang berminat dengan informasi berbentuk newsletter, produk, video dan sebagainya. Paling mudah untuk memahaminya adalah ia bertujuan mendapatkan email dengan cara yang sah daripada pengunjung sesuatu laman web dan surat jualan. 


Ramai IM profesional dari tempatan dan luar negara membina landing page untuk membina senarai nama subcriber seberapa ramai yang mungkin. Setelah ramai senarai yang daftar dalam sistem autoresponder maka ia akan memudahkan mereka untuk melakukan pemasaran kelak.

Bagaimana membina landing page ?

Kebiasaanya landing page menyediakan satu borang ringkas yang meminta anda memasukkan Nama dan Email ke dalam borang yang disediakan. Sebagai contoh anda cuba lihat laman web ini yang menyediakan satu panduan percuma untuk membina website. Sila klik www.rebiz2u.ws.

Ada beberapa contoh lain yang boleh dilihat seperti laman web yang saya sediakan untuk memberi berjenis-jenis grafik untuk membina surat jualan dan laman web. Cuba lihat DI SINILanding page itu unik sedikit kerana ia ada satu squeeze frame yang wujud untuk tempoh masa yang ditetapkan.

Kita lihat pula landing page daripada IM tempatan yang menawarkan pelbagai ebook secara percuma berkaitan kuasa lelongan dan memberi beberapa hadiah kepada mereka yang daftar di laman web www.rajalelong.com.

Untuk membina landing sudah tentu anda perlu mempelajari kod-kod html, php dan seumpamanya. Anda boleh mempelajarinya secara percuma jika anda rajin mencari menggunakan pakcik Google. Sebagai IM sekurangnya anda perlu kuasai ilmu asas cara membina website.

Sekiranya anda tidak tahu untuk membina landing page, saya ada satu perisian bina landing page untuk anda.Ia akan diberikan secara percuma kepada anda. Peggunaan perisian ini memang cukup mudah dan anda tak perlu install ke dalam PC ataupun Laptop anda.Anda hanya fokus kepada aktiviti promosi sahaja selepas ini.

Jika anda berminat untuk mendapatkan software ini anda boleh layari laman web ini... http://rebizinfo.com/bina-landing-page/ . Saya harap software ini dapat membantu anda membina senarai nama dan menjimatkan masa dan wang anda.

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Sampai di sini dahulu post saya pada kali ini. Semoga berjumpa di post-post yang lain. Terima kasih.


Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan