Internet & Kehidupan

Program Pemasaran Affiliate Satu Alternatif Pendapatan Secara Online

Zaman sekarang ni adalah zaman yang cukup mencabar dari segi ekonomi. Kebanyakan mereka yang bekerja mula merancang untuk mencari pendapatan tambahan demi mengurangkan bebanan. Bagi mereka yang melakukan perniagaan sendiri juga mula tertekan kerana kos bahan mentah,kos pengangkutan dan sebagainya meningkat. Ada yang bernasib malang terpaksa menutup perniagaan mereka kerana himpitan masalah-masalah yang disebutkan tadi. 

Himpitan hidup menyebabkan mereka perlu mencari jalan keluar untuk mengurangkan bebanan dan seterusnya menyelesaikan segala masalah mereka. Pelbagai cara digunakan dan mungkin saya boleh bahagikan kepada 2  iaitu secara OFFLINE dan ONLINE.



Apa yang ingin saya fokuskan untuk post kali ini adalah secara online iaitu dengan menggunakan kuasa internet. Bagi mereka yang telah terdedah serba sedikit pengetahuan mengenai internet mungkin akan cuba mencari jalan penyelesaian untuk masalah mereka. Apa yang saya ingin fokuskan adalah mencari pendapatan secara ONLINE melalui program pemasaran affiliateSaya akan terangkan untuk kaedah secara OFFLINE untuk post yang akan datang insyaallah jika diberikan keizinanNya.




Apakah itu program pemasaran affiliate ?
Ia adalah salah satu cara aktiviti pemasaran yang menawarkan kepada mereka yang ingin menjana pendapatan dengan menjadi sebagai ejen affiliate. Bagi newbie (mereka yang baru dalam IM) ini merupakan salah satu cara menjana income tanpa modal.


Apakah jenis-jenis pemasaran affiliate ?
Ada 3 jenis pemasaran affiliate :


1) PPS ( Pay Per Sale ) - Dikenali sebagai program Partnership. Kita akan dibayar komisyen mengikut peratusan yang ditetapkan melalui link yang kita gunakan setelah berjaya mendapat jualan daripada pelanggan.
2) PPL ( Pay Per Lead ) - Anda dibayar komisyen setelah berjaya membuatkan prospek/pelanggan mendaftar pada sesuatu laman website dengan mengisi maklumat. Kebiasaanya maklumat yang diminta adalah Nama dan Email.
3) PPC ( Pay Per Click ) - Ia hampir saya dengan PPL cuma kita berjaya mendapat komisyen setelah mendapat klik pada sesuatu link program affiliate yang kita sertai.


Berapakah komisyen yang ditawarkan ?
Kebiasaanya komisyen dibayar sebanyak 50% sehingga 75% daripada harga produk tertentu. Ada juga yang membayar sebanyak 100%.Bagaimana LUMAYAN bukan. Cuba anda kira sendiri berapa komisyen anda sekiranya berjaya menjual produk berharga RM100. Berapakah komisyen anda kelak ?


Apakah kelebihan melakukan program pemasaran affiliate ni ?
Saya ada buat video khas untuk menerangkan apakah kelebihan program pemasaran affiliate di bawah ni. Cuba anda tonton video di bawah dan lihat antara kelebihan melakukan pemasaran affiliate. Jom tonton.....







Untuk pengetahuan anda, saya sekarang melakukan program ini untuk menambah pendapatan saya. Saya seronok melakukannya kerana sedikit sebanyak dapat kurangkan beban kewangan saya. Anda juga boleh melakukannya dengan syarat anda belajar selok-beloknya daripada pakar dan dalam masa yang sama cuba praktikkan. Semoga ia membuahkan hasil nanti.


Nantikan post saya seterusnya untuk menerangkan bagaimana cara melakukan pemasaran affiliate dengan cara yang betul. Saya syorkan kepada anda untuk belajar teknik daripada pakar dan untuk pengetahuan anda telah ramai pakar IM di Malaysia yang memperolehi pendapatan lumayan daripada program affiliate ini.


Salah satu produk yang membantu saya melakukan program pemasaran affiliate dengan cara yang betul dan sah adalah DI SINI.


Sampai jumpa lagi di lain post yer....Terima kasih.


Perhatian : Jangan terpedaya dengan program pemasaran affiliate yang mengenakan bayaran untuk menjadi ejen affiliate kerana anda mungkin TERTIPU. Berhati-hatilah ye !




Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan