Internet & Kehidupan

Kedai Facebook-Lanskap Ekonomi Alaf Baru #1

Salam hormat kepada anda;


Kebanyakan orang dah tahu perniagaan secara online kini menjadi satu trend semasa dan sedar tentang kelebihan-kelebihan yang ada selain daripada perniagaan offline. Ramai juga dah mula aktif melakukan jualan untuk produk fizikal ataupun perkhidmatan di laman web sosial, forum, blog dan sebagainya. 


Kita semua perlu sedar bahawa perniagaan online boleh menjadi satu cara menambah pendapatan selain daripada kerja makan gaji. Siapa tahu ia bakal menjadi salah satu sumber pendapatan utama anda kelak dan bakal menyelesaikan segala masalah hutang disebabkan keperluan hidup semasa. Yelahhh....harga barang tak pernahnya turun jadi perlu cari jalan penyelesaian untuk mengharungi cabaran ekonomi semasa kini.


6 kelebihan melakukan perniagaan online :-



#1 - Tidak perlu ruang pejabat dan modal yang besar.
Anda tak perlu sediakan pejabat khas untuk anda berniaga kerana hanya di rumah dengan baju tidur atau berkain pelekat sahaja dah boleh melakukan perniagaan online. Berkenaan modal pula anda tak perlu sediakan modal yang besar. Dengan bermodalkan bawah RM 500 dan yang paling rendah RM 100 anda dah boleh mulakan perniagaan online.


#2 - Tidak perlu upah pekerja.
Tak seperti perniagaan konvensional yang perlu memikirkan untuk upah pekerja dan perlu memikirkan liabiliti untuk memastikan kerja menjadi lancar.


#3 - Tiada tekanan fizikal dan mental.
Anda tidak perlu bersesak-sesak di jalan raya dan selalu di marahi bos kerana kadang-kadang tu kesilapan kecil dilakukan. Anda bebas menentukan masa kerja, cuti dan rehat. Jadi andalah boss.


#4 - Tiada istilah buka kedai 9 - 6.
Jika anda seorang peniaga konvensional anda hanya boleh berniaga daripada masa 9 pagi hingga 6 petang tidak termasuk waktu tambahan.Para pelanggan akan datang pada masa itu sahaja. Tidak pada perniagaan online di mana ia akan berlaku 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.


#5 - Prospek begitu meluas dan besar.
Prospek atau bakal pelanggan anda adalah dari seluruh dunia. Sehingga kini dianggarkan pengguna internet sedunia adalah sebanyak 1.04 billion orang. Manakala pengguna internet di Malaysia pula adalah dianggarkan seramai 10 juta orang, manakala di Asia adalah dianggar sebanyak 380 juta orang iaitu paling ramai di dunia.
Klik DI SINI untuk melihat statik terkini jumlah pengguna internet.


#6 - Risiko rendah dan mudah dimulakan.
Dah pasti bila modal rendah, dilakukan di rumah dan tanpa perlu upah pekerja sudah pasti ini boleh dikategorikan mempunyai risiko yang rendah. Siapa yang nak melakukan perniagaan yang mempunyai risiko yang tinggi kan. Jadi dengan melakukan perniagaan online ia mudah dilakukan.


Jadi apakah pilihan anda ?


Sila baca post seterusnya DI SINI


Sekian untuk kali ini dan jumpa lagi. Terima kasih kerana masa berharga anda.






Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan