Internet & Kehidupan

Automasi Membina Minisite

Salam hormat kepada anda;

Ramai newbie yang baru berkecimpung dalam perniagaan internet mempunyai masalah untuk membina website. Saya selalu sarankan supaya newbie mengetahui sekurang-kurang asas membina website. Ini kerana membina website adalah salah satu langkah penting untuk mengenali dunia IM (Internet Marketer).

Saya kongsikan beberapa langkah sebelum anda menceburi bidang perniagaan internet dan apa yang dikongsikan adalah hasil dari pembacaan buku-buku dari pakar-pakar IM itu sendiri. Ada 4 langkah penting sebelum anda menceburi bidang perniagaan internet.





#1 Mengenalpasti perniagaan. (Produk / Perkhidmatan)
Produk terbahagi dua :-
1.1) Produk Digital - Ebook, Software,Script, Video
1.2) Produk Fizikal - Pakaian, Buku-buku, Barangan kesihatan dan lain2.

Ramai newbie kebanyakkan bermula dengan menjual produk digital. Sebab ia lebih mudah dan tak perlu membayar kos penghantaran.Untuk produk fizikal pun tak kurang hebatnya kerana kini ramai yang mencuba perniagaan melalui internet sebagai medium untuk melakukan jualan kerana ia dilakukan di rumah sahaja.

Jika anda memiliki sesuatu kepakaran anda boleh menjual perkhidmatan anda seperti membina website, kaunseling, insurans dan sebagainya.

#2 Memiliki Laman Web Anda Sendiri
Anda perlu memiliki laman web anda sendiri. Anda boleh memiliki website dengan cara yang percuma atau berbayar.
1) Percuma - Blogger, Wordpress dan macam-macam lagi.Nak lihat senarai lain KLIK DI SINI
2) Berbayar - www.namananda.com,www.namaperniagaananda.com dll.

Ramai pakar IM mengesyorkan untuk pilih yang berbayar kerana ia menunjukkan bahawa anda serius dalam perniagaan anda dan pelanggan akan lebih yakin dengan perniagaan anda.

#3 Cara Menerima Bayaran
Bab nak terima bayaran ini memang lah kan. Pasal duit nie. Cara menerima bayaran perlu dipermudahkan untuk pelanggan merasa selesa dan urusan yang tidak merumitkan.

Sekarang di Malaysia dah banyak bank yang menyediakan perkhidmatan Online Banking seperti CIMB Click, Maybank2u dan lain-lain.

#4 Promosi Perniagaan Anda
Ini adalah langkah terpenting dalam perniagaan internet. Tak guna jika kita ada produk yang hebat dan website yang cun tetapi tidak melakukan aktiviti pemasaran.

Dr Irfan Khairi (Jutawan Internet Malaysia) ada menyatakan promosi sebanyak tiga 3 kali. Ini bermakna promosi adalah langkah terpenting dalam perniagaan. Tak kiralah perniagaan online atau offline. Peratus kepentingannya menjangkau sehingga 80% selain dari langkah-langkah di atas.

Itulah 4  langkah penting untuk anda ketahui sebelum anda menceburi bidang perniagaan internet. Saya harap info ini membuka minda anda untuk mencuba perniagaan internet dan membongkar apakah lagi rahsia perniagaan internet ini.

Jumpa lagi post yang lain dan insyaallah saya akan cuba jelaskan lagi secara mendalam tentang 4 langkah di atas kelak di post yang akan datang.

Sampai jumpa lagi......

  1. really an eye opener for me.

    - Robson

    ReplyDelete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan