Internet & Kehidupan

Modal perniagaan.Penting ke ?

Salam hormat semua;


Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjengah  sebentar laman blog saya yang tak seberapa ni.

Kebanyakan orang tahu bahawa perniagaan adalah penyumbang 9 daripada 10 hasil pendapatan. Bagi orang Islam kita perlu lebih yaqin bahawa perniagaan adalah sunnah Rasulullah (S.A.W) dan seharusnya kita disunatkan mencari rezeki dalam bidang perniagaan. 

Ramai dikalangan jutawan, hartawan dan dermawan memperolehi kekuatan kewangan hasil dari perniagaan. Ada kisah suka duka disebalik kejayaan mereka. Jika kita baca detik-detik permulaan mereka pasti kita yakin bahawa mereka juga bermula dari bawah.

Teringat saya pada satu buku yang saya baca bertajuk Cash Flow Quadrant hasil tulisan Robert T. Kiyosaki yang menyatakan ada 4 model generasi pendapatan seperti mana yang ditunjukkan pada diagram di bawah ini.





Quadrant yang pertama E iaitu Employee. Kebanyakan mereka mula memperolehi pendapatan pertama dengan cara bekerja dengan orang lain. Jika anda seorang pekerja pasti anda faham dan saya tak perlu huraikan panjang lebar di sini. Paling mudah saya boleh simpulkan di sini bahawa sebagai pekerja....kebanyakan kehidupan dikawal oleh jam loceng, kejar punch kad, kesesakan lalu lintas dan seumpamanya. Pada peringkat ini kita melaburkan masa untuk wang. Jika anda berhenti bekerja maka tiadalah pendapatan.

Kita lihat pula quadrant S iaitu Self Employed. Kita mungkin berpengalaman melihat sahabat kita yang berhenti bekerja kerana ingin menjalankan perniagaan sendiri. Kebanyakan mereka bekerja sendiri dan berani membuat keputusan untuk menanggung segala risiko yang bakal ditempuhi. Sebagai contoh jika seseorang yang mungkin sebelum ini bekerja sebagai doktor, jurutera, kontraktor, electrian dan sebagainya pasti akan membuka perniagaan mereka sendiri dalam bidang kepakaran dan minat masing-masing. Daripada pengalaman bekerja itulah mereka akan melakukan dengan cara yang sama atau lebih baik daripada majikan mereka sebelumnya. Tetapi jika kita berada dalam quadrant S kita tetap melaburkan masa untuk wang kerana jika berhenti bekerja maka pendapatan juga turut terhenti.
Bagaimana pula quadrant yang ke 3 & 4 iaitu B & I yang berada pada dua  quadrant yang kanan. Pada peringkat ini pendapatan mereka adalah hasil dari leverage dan mereka tak perlu bekerja pada masa yang lama kerana hasil dari royalti yang diterima. 
Sebagai contohnya kita lihat perniagaan franchais seperti Ani Sup Utara. Untuk pengetahuan anda syarikat franchise kini mempunyai lebih 30 cawangan di seluruh Malaysia dan ada juga 2 cawangan yang berada di England serta beberapa cawangan di Asia. Pengarah Urusannya Hasanuddin Ibrahim telah berada pada peringkat quadrant yang kanan ini. Beliau tak perlu bekerja keras seperti mana mulanya kerana semuanya telah di leverage kan. Beliau hanya mendapat royalti daripada usaha beliau selama ini.

Mungkin ini sahaja serba sedikit perkongsian mengenai Cash Flow Quadrant yang boleh saya terangkan. InsyaAllah jika berkesempatan saya akan ceritakan lebih jelas di post yang akan datang.


MODAL PERNIAGAAN


Ada sebilangan bakal peniaga berasa runsing kerana modal menjadi faktor  penghalang untuk membina perniagaan sendiri. Mereka telah berusaha untuk mendapatkan pinjaman di institusi perbankan tetapi kebanyakan usahanya gagal. Adakah anda sebahagian daripada itu ?

Selepas pelbagai cara dan usaha dilakukan tetapi keputusannya tetap gagal menyebabkan mereka memilih cara alternatif untuk membuat pinjaman. Seperti yang anda boleh fikirkan kebanyakannya akan memilih dengan jerung wang seperti Ah Long. Mereka amat nantikan golongan yang terdesak untuk mendapatkan wang. Adakah anda terdesak dan memerlukan modal perniagaan ?
Saya syorkan janganlah memilih Ah Long kerana kerajaan dah banyak memberi amaran supaya jangan membuat pinjaman dengan " jerung wang " ini. Dah banyak kes-kes yang menyebabkan ramai yang menjadi janda, duda dan pelbagai kerosakan premis, rumah dan harta benda yang berpunca daripada kesan meminjam dengan Ah Long ni.


Ada yang terdesak seperti skrip ayat di bawah 


".....susah-susah sangat aku pinjam Ah Long aje lah..dapat untung nanti aku bayarlah balik cepat-cepat....dah terdesak ni...tak tahu mana nak korek lagi...."


Jika anda berfikir Ah Long lah cara terakhir maka fikirkan kembali kerana ada rahsia yang akan dibongkarkan untuk anda memperolehi modal perniagaan dengan cara yang lebih selamat, terjamin dan mudah.


Untuk mendapatkan laporan PERCUMA bagaimana memastikan pinjaman anda tidak ditolak oleh institusi pembiayaan dan membantu anda mencari modal perniagaan walaupun anda di "black list" oleh institusi perbankan anda boleh klik link di bawah.


[+] http://goo.gl/iFSuD


Selepas anda mendapatkan laporan percuma ini saya pasti masalah anda akan selesai dan anda akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah anda kelak.

Baiklah....sampai di sini dahulu perkongsian saya dan insyaAllah saya akan cuba rungkaikan lagi apakah kehebatan rahsia modal di blog post yang akan
datang. 

Terima kasih kerana masa anda. Jumpa lagi ye.....


Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan