Internet & Kehidupan

5 Petua Penting Membina Website



Salam hormat kepada anda;


Terima kasih kepada anda kerana sudi membaca sedikit informasi yang ingin dikongsikan di sini.


Apabila seseorang datang ke website anda ekspresi pertama amatlah penting. Mengikut kajian... 7 saat pertama adalah masa terpenting untuk menarik perhatian pengunjung setelah klik laman url website anda.


Berikut adalah 5 petua penting yang harus anda ketahui jika ingin membina website.





1) JANGAN MENGGUNAKAN SPLASH PAGE
Splash page adalah muka pertama jika kita sampai ke website. Jika kita perasan muka pertama ditulis seperti "Selamat Datang ke..." ataupun "Klik Di Sini Untuk Masuk ke laman utama". Ia mungkin nampak cantik tetapi tidak menunjukkan tujuan sebenar ataupun first impression.
Jangan disebabkan itu maka bakal pelanggan anda menekan butang "Back" ataupun "Kembali". Berikan sesuatu yang bernilai buat bakal pelanggan anda yang datang ke website anda daripada laman utama lagi. 
Harus diingat bahawa 7 saat pertama cukup penting untuk memperolehi daya tarikan pengunjung website.


2) JANGAN MELETAKKAN BANNER IKLAN TERLAMPAU BANYAK
Dengan meletakkan banner yang terlampau banyak akan menyebabkan bakal pelanggan anda merasa seperti satu paksaan untuk membeli sesuatu di website anda. Selok-eloknya berilah ruang dan sesuatu yang bernilai dalam erti kata lain jika anda lakukan affiliate maka masukkan dalam kandungan text dalam website anda.
Harus diingat 70% ~ 80% pelayar internet hanya mencari maklumat jadi berikan maklumat yang berharga kepada mereka.


3) JADIKAN WEBSITE ANDA MUDAH DARI SEGI PENCARIAN/NAVIGASI
Anda digalakkan membina website yang memudahkan pengunjung/bakal pelanggan untuk mencari dan meneliti apakah tawaran yang anda sediakan. Jika boleh jauhi daripada menu pilihan berbentuk flash, dropdown menu dan sebagainya. Jadikan navigasi website anda straigt forward sehingga kan budak-budak pun tahu bagaimana menggunakannya. Jika pengunjung tidak tahu bagaimana untuk navigasi website anda maka mereka akan meninggalkan website anda. Itu satu kerugian kan.


4) MENUNJUKKAN KEDUDUKAN JELAS DI MANA PENGUNJUNG SEDANG LAYARI
Mungkin ayat ni agak mengelirukan. Tetapi apa yang saya cuba sampaikan adalah apabila pengunjung sedang mempelopori website anda, dalam masa yang sama mereka ingin pastikan di mana mereka berada di website anda. Jika ia memudahkan maka mereka berpotensi untuk meneliti kesemua bahagian dalam website anda.


5) ELAKKAN PENGGUNAAN AUDIO KE DALAM WEBSITE ANDA
Jika pengunjung berada lama di website anda, membaca kandungan website, pastikan tiada gangguan daripada bunyi yang tidak menyenangkan. Jika anda ingin juga meletakkan bunyi pastikan ada kawalan suara atau mute untuk pengunjung mengawalnya. 


Diharap informasi ini membantu anda untuk membina website yang lebih efektif dan dalam masa yang meningkatkan kredibiliti anda sebagai webmaster kelak.






Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan