Internet & Kehidupan

5 cara murah untuk meningkatkan traffic website

Jika anda memiliki website anda sendiri tetapi tiada siapa datang mengunjungi website anda maka ia satu kerugian sebenarnya.Untuk menjana pendapatan secara online maka traffic website yang stabil amatlah penting. Kebanyakan mereka yang memiliki website menemui kegagalan untuk meningkatkan website traffic.  Untuk mengekalkan penjanaan pendapatan online ia memerlukan modal dan apa yang kita faham kita perlu laburkan wang untuk mendapatkan wang. Anda setuju ? Tetapi tahukah anda tidak semua memerlukan wang untuk meningkatkan traffic website anda.

Tak kira sebesar mana atau sepopular mana sesuatu website tu ia tetap memerlukan traffic. Ada dikalangan mereka sanggup melabur wang yang besar untuk melakukan kempen pengiklanan melalui bentuk pemasaran yang berbeza seperti skim-skim dan  juga  tawaran yang menarik. Cukup bebaloi pelaburan mereka sebenarnya dan hasilnya mereka memperolehi pendapatan yang lumayan dan traffic pengunjung yang ramai.
Sebenarnya anda tak perlu membuat semua perkara di atas jika anda tiada sumber yang kukuh. Ada beberapa cara untuk meningkatkan traffic website mengikut kemampuan anda.
Saya ingin berkongsi kepada anda 5 cara terbaik untuk anda meningkatkan trafik website pada nilai yang rendah dan ia pasti membantu anda. Walaupun anda memperolehi peratusan pengunjung yang kecil ia pasti memberi  impak yang baik terutamanya apabila bilangan trafik pengunjung yang datang ke laman web anda meningkat.




1] Bertukar-tukar link/pautan.
Ini adalah satu kaedah yang terbukti berkesan. Jarang sekali kita melihat tiada link pada sesuatu website. Kebanyakan webmaster sanggup bertukar-tukar link antara satu sama lain supaya ramai pengunjung tahu tentang website mereka. Anda bakal melihat trafik pengunjung yang datang ke website anda adalah dari link website orang lain dan anda akan teruja kelak.
Bagi mencapai kejayaan melalui kaedah ini sepatutnya website yang dikongsikan mempunyai niche atau kandungan yang sama dengan website yang lain. Mereka seharusnya berkongsi tajuk yang sama agar terdapat kesinambungan informasi pada apa yang diminati oleh ramai trafik.
Bertukar-tukar link juga akan meningkatkan kedudukan website anda pada search engine. Ramai yang mengetahui bahawa search engine akan menilai kedudukan sesuatu website itu melalui link yang berkaitan dari semua sudut. Dengan kedudukan yang baik pada search engine maka website anda akan mempunyai trafik pengunjung yang tinggi tanpa memerlukan kos yang mahal.

2] Bertukar-tukar trafik.
Kaedah ini lebih kurang sama seperti kaedah di atas tetapi ada sedikit perbezaan.Kaedah ini juga memerlukan sedikit kos berbanding kaedah di atas dan mungkin juga menjadi lebih murah lagi kerana anda akan memperolehi kredit. Anda boleh menggunakan kredit ini apabila anda melihat trafik orang lain dan juga mendapat kredit apabila seseorang melihat website anda.
Perkhidmatan melalui kaedah ini kebiasaanya hanya melihat site atau page orang lain. Melalui cara ini ia menawarkan situasi menang sama menang  atau dalam erti kata lain alah membeli menang memakai kerana anda boleh menggunakan isi kandungan orang lain dan orang lain juga boleh menggunakan isi kandungan anda. Anda dan rakan yang anda bertukar-tukar trafik itu untuk sama-sama mendapat faedah nya dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan trafik website.

3] Tulis dan Hantar artikel.
Di internet terdapat banyak e-zine dan encyclopedia yang menawarkan ruang percuma untuk menghantar artikel. Jika anda mahu berjimat, anda boleh menulis artikel anda sendiri. Di luar sana terdapat ramai penulis bebas yang sanggup menulis untuk anda pada harga yang rendah tetapi jika anda mahu menjimatkan wang ia satu langkah bijak jika anda menulis artikel anda sendiri.
Tulis artikel yang ada kena mengena dengan niche website anda. Tulislah sesuatu yang anda pakar supaya meraka dapat mengetahui ilmu anda mengenai sesuatu tajuk dan seterusnya mereka merasa yakin dan ingin melawati website anda. Seelok-eloknya tulislah artikel yang mengandungi tips dan tatacara pada tajuk atau niche website anda.
Di akhir artikel nanti anda masukkan resource box ataupun banner yang menghubungkan ke website anda. Tulis juga serba sedikit latar belakang anda dan sedikit info tentang website anda. Jika artikel anda menarik dan mudah maka percayalah mereka anda datang lagi ke website anda.

4] Bina Newsletter
Mungkin untuk kaedah ini macam sukar kerana anda perlu mengumpulkan semua artikel seterusnya anda perlu bina newsletter tetapi dari sudut pandangan yang berbeza ia tidaklah seperti itu. Diluar sana terdapat ramai penulis dan website yang menyediakan artikel percuma dengan syarat nama mereka ada dalam newsletter anda dan dalam masa yang sama kaedah ini juga telah member i pengiklanan percuma. Anda nampak peluangnya di situ.
Segala newsletter yang anda lakukan akan tersebar kepada pencarian pelayar umum dengan membina opt-in untuk dikemaskini terus kepada subscriber anda.

5] Sertai komuniti online dan forum.
Dengan kaedah ini anda perlu berkongsi ilmu dan kepakaran anda kepada komuniti online seperti mana apa yang ditawarkan oleh website anda. Anda juga boleh memperolehi pengiklanan percuma apabila anda sertai forum yang menyediakan subjek yang sama dengan niche website anda.
Berkongsilah walaupun sedikit ilmu dan biarkan mereka tahu bahawa kepakaran anda pada sesuatu subjek itu. Dalam masa yang sama maka terbinalah reputasi dan tawaran website anda serta membuatkan orang lain percaya kepada kejujuran dan kepakaran anda.

Itulah 5 cara bagaimana meningkatkan trafik website pada kos yang rendah dan mungkin juga percuma dan saya harap ini akan dapat membantu. Apa yang penting adalah berusaha mencari ilmu yang anda inginkan melalui pembacaan, rujukan pakar,  kursus dan sebagainya. Dan anda akan nampak kesannya jika anda berkongsi di website anda kelak.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan