Internet & Kehidupan

Ramadhan Makin Hampir Meninggalkan Kita

Selamat beribadah di bulan Ramadhan kepada muslimin muslimat sekalian;

Ramadhan makin hampir meninggalkan kita.Bulan yang penuh barakah ini pasti pergi meninggalkan kita walaupun kita inginkan Ramadhan sentiasa ada sepanjang tahun.Kelebihannya cukup banyak disediakan oleh Allah S.W.T.

Jika kita ingatkan balik apakah amalan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini.Adakah sempurna amalan kita.Banyak manakah masa yang kita luangkan untuk bersama Allah.Apa yang kita sibukkan dalam bulan Ramadhan ini.Semua ini hanya kita sendiri yang boleh menjawab persoalan ini.

Teringat dengan lirik lagu nasyid kumpulan The Zikr bertajuk Ramadhan 2 zaman.Lirik yang membezakan puasa orang yang soleh dan puasa orang biasa.

Cuba baca lirik ini :

Ramadhan...satu nasib tak serupa;
Peluangnya sama Natijah berbeza;
Ramadhan mereka..gemilang cemerlang;
Mukmin berjasa di awal zaman;
Ramadhan kami..malang terbuang;
Muslim berdosa di akhir zaman;


Mereka gembira...kerana kedatanganmu;
Kami gembira...dengan pemergianmu;
Malam mereka meriah...disimbah Nur-Al Quran;
Tapi malam kami...suram berdebur dengkur;


Mereka...berlumba mengejar ma'rufat;
Tapi kami lesu diburu nafsu;
Hati mereka....bercahaya digilap taqwa;
Jiwa kami...gelap didera dosa;


Takbir mereka...takbir kemenangan;
Hadiah mujahadah..sebulan Ramadhan;
Takbir kami..lesu tak bermaya;
Tanda kalah lemah tak berdaya;
Puasa sekadar lapar dan dahaga.

Ni video saya upload di You Tube. Semoga puasa kita tergolong dari puasa yang diberkati. Amin..





Surah Al-Asr :- "Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan