Internet & Kehidupan

Sempurnakan solat kita

Salam sejahtera kepada yang sudi menjengah blog ni.

Sempurnakan solat kita......emmmmm besar tajuk ni. Mungkin ada dikalangan kita kekadang tu ambil tak kisah mengenai kualiti dalam solat. Keasyikan dunia membuatkan kita alpa untuk menilai kembali solat yang telah kita lakukan. Solat adalah tiang agama. Ia seumpama bumbung lantai tak bertiang dan menyebabkan  layak tidak layak dipanggil rumah. Tetapi jika tiang yang ada pun mudah dimakan anai-anai maka roboh jugak rumah tu. Jadi untuk memperolehi tiang yang kukuh pastikan asas yang kuat ketika membina rumah.
Saya ingin ingatkan diri sendiri dan teman-teman sekalian seupaya peliharalah solat kita agar ia menuju ke arah kualiti yang sewajarnya.InsyaAllah sama-sama kita sempurnakan solat kita dari hari-hari. Sebagai pemahaman kita untuk memperolehi solat yang sempurna, saya ingin berkongsi dengan anda satu buku yang dikarang oleh seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bernama Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR). Bagus buku ini kerana ia mengupas setiap bab tentang solat mengikut dalil yang sahih dari kitab-kitab lama. Rujukan dan analisa mengikut cara dan pendapat mazhab-mazhab tentang solat.

Jika kita ingin memastikan benarkah solat kita selama ini saya syorkan anda dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran anda.

Informasi tentang buku ini :-
Tajuk : Formula Solat Sempurna
Pengarang : Zaharuddin Abd Rahman
Penerbit : Telaga Biru
ISBN : 9833494986


FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama silam dan semasa.

Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini.

Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.

Agak sukar ditemui sebuah buku yang merawat pelbagai isu solat dalam bentuk komprehensif, padat berserta dali-dalil sebegini. Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dam mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi'i atau lainnya.



Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan