Internet & Kehidupan

Permulaan kembali

Bismillahhirrahmannirrahim

Sudah agak lama tak update blog ni. Mungkin dah boring tahap gaban dengan wajah lama kot. Kini dah tukar kepada wajah baru pada blog "Satu Perjalanan..." ini. Tak tau lah berapa lama pulak akan bertahan. Yelah kan manusia mana pernah puas pada sesuatu perkara tu. Bila dah mula rasa jemu setelah melakukan sesuatu perkara atau perbuatan pasti dia akan ingin cuba melakukan sesuatu yang berlainan. Perkara ini juga terjadi pada diri saya.Memang itu adalah perkara normal sebagai seorang manusia.Mungkin anda juga bersetuju dengan pendapat saya ni.
Kita lihat kembali asal kejadian manusia di mana ketika Allah mula-mula memerintahkan nafsu supaya menurut perintah-Nya. Bagaimana degilnya nafsu ni sehingga kali ke 3 baru menurut perintah Allah. Begitu juga kejadian berlaku pada nabi Adam a.s di mana diperdaya oleh tipu muslihat Iblis laknatullah supaya memakan buah Khuldi iaitu buah larangan Allah di syurga. Nabi Adam memang telah pun diperingatkan oleh Allah supaya dilarang sama sekali memakan buah Khuldi itu. Tetapi kerana ingin mendapat ganjaran yang lebih hasil tipu daya Iblis dan nafsu maka Nabi Adam a.s telah memakan buah Khuldi itu. Maka dihukum turun ke bumi bagi pasangan ini iaitu Nabi Adam dan isterinya Hawa.

Ok...berbalik pada topik di post ni saya telah membuat satu permulaan baru untuk mengawal kembali tahap boring saya pada dunia cyber ni. Pakar IM berkata blog juga adalah penting untuk kita sampaikan apa-apa maklumat. Semua orang perlukan maklumat kan. Banyak juga saya belajar dari forum-forum dan blog-blog orang lain sebagai pengenalan di alam cyber ni. Ada Pro's & Con's jugak. Itu semua bergantung pada akal dan iman kita untuk mengawalnya. Yang penting setiap amalan kita tidak melanggari niat. Kalau niat kita baik maka baiklah jadinya dan begitu juga sebaliknya.
Kita lihat dari segi sukan balapan seperti berlari. Tak kiralah berlari seratus meter ker 4x400 meter ke dan sebagainya pasti pelumba telah mempunyai matlamat untuk sampai ke garisan penamat walaubagaimana sekalipun.  Semua pelumba mempunyai fokus dan azam yang sama.Tetapi yang akan berjaya hanyalah pada kedudukan nombor satu sehingga kedudukan ke tiga sahaja. Adakah yang kalah akan dianggap kalah selamanya. Sudah pasti tidak. Mereka akan melakukan permulaan kembali di garisan mula.

" KEJAYAAN BUKAN TERLETAK PADA USAHA SEMATA-MATA TETAPI IA TERLETAK PADA KEKUATAN AKAL DAN HATI YANG KENTAL " 


Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan