Internet & Kehidupan

Mat Sinki

Salam sejahtera.


Saya pasti kita semua masih dalam mood raya kan.Betoi dak ? Open house sana sini, bila dah diajak kenalah pergi.Kalau tak pergi merajuklah tuan punya diri. Sebab makanan banyak tak habis lagi.Eehhhh..ayat apa yang aku ngomel kan tu.

Oklah...apa kabar semua yang sedang membaca blog saya ni ? Diharap semua di dalam keadaan walafiat hendaknya bersama keluarga yang di kasihi. Hari ini dah 20 Syawwal maknanya ada kurang dari 10 hari lagi untuk melakukan ibadah puasa 6 hari. Sudahkan kita menunaikannya ? Kalau sudah alhamdulillah maka insyaAllah dapatkan hadiah promosi daripada Allah seumpama berpuasa sepanjang tahun.

Pada 7 October 2009 ( Rabu ) adalah hari malang saya sebab saya menghadapi masalah dengan sinki dapur.Aaaa....sebab tu lah tajuk post ni pun Mat Sinki.Masalah sinki ni biasanya berlaku kerana paip pecah dan juga sisa makanan yang dah melekat pada saluran paip. Kalau rumah batu ni biasanya saluran paip ditanam dalam bangunan. Jika dah dalam bangunan apa benda lah kita nak tau adakah paip tu pecah ke tersumbat ke.

Bermulalah cerita..

Isteri : "Bang....kita panggil plumber je lah".
-Soalan ni keluar setelah di cuba beberapa teknik
i) Masukkan getah paip di lubang saluran kemudian pancutkan air.(Jgn kuning aa)
ii) Menggunakan dawai dan jolokkan ke lubang saluran.
iii) Gunakan rotan.
iv) Gunakan besi lentur berputar (tak taulah nama 'saintifiknya')
vi) Tuang asid
vii) Tuang air panas.

Memang betoi-betoi jadi mat sinki masa tu.

Suami : "Ok lah....call ajelah plumber"..kata benak suami itu.

Plumber pun datang .....

Plumber : " Ooooo...ini macam bos kalau mau tahan saya kasi tuang chemical dan waranty 1 tahun"
Suami : " Berapa kos ?"
Plumber : "Empat latuih.."
Suami : " Mak oiiii...banyak mahal lah bos....oklah kalau mau kasi cuci berapa ?" - soalan ni diajukan sebab tak bajet pun sampai cam tu.
Plumber : " Itu kalu cuci biasa mau tiga latus "
Suami : " Waaaa....apa pasal banyak mahal.Tak boleh kasi murah ka bos ?"
Plumber : " Itu halga standard la bos " ....Ini memang jawapan standard diarong la.
Suami : " Kasi kurang 250 la..."
Plumber : " Tak dapat lah bos...ini mau kasi cuci tempat kotor punya.Biasa ni halga untuk sinki dan tandas . Kalau tempat bersih punya itu dua latus "
Suami : " Ooooo...itu macam kaaa " (dalam hati tak puas hati jugak.Tapi disebabkan dah memang nak guna sinki cepat..Almaklumlah tak berasap dapur dah seminggu lebih.Layan jugak lah)

10 minit kemudian.

Plumber : "Sulah siap dah bos".

Aikkkk..dah siap.Dengan berhati-hati suami yang tak puas hati tadi hairan apa pasal cina ni buat cepat dah okay.Apa lagi saya confirmkan balik lah dengan cara tuang air ke saluran paip tersumbat tu. " Ehhhhhh...ok lah pulak. Apa pasal aku buat tak boleh.

Emmmmm.....kalau nak difikirkan memang dah rezeki cina tu lah agaknya.Sebab dah terdesak nak guna sinki. Yelah...manalah tau tetiba ada tetamu datang.Apa yang nak di masakkan.

PETUA menjaga sinki :-
1) Sebulan sekali simbahlah sinki anda dengan air panas.Kalau kerap lagi bagus.
2) Jangan gunakan asid sekiranya dah sumbat sebab ia kurang membantu.
3) Sisa makanan yang besar-besar tu buanglah di dalam tong sampah.Jangan malas.

Setakat ni dululah celoteh saya yang ntahhapahapatah.Semoga jumpa di lain post.Wassalam.


GDI - Income For Life!!


Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan