Internet & Kehidupan

Tambah Bini..Khas untuk lelaki yang lagak macho

Waaa....perempuan berbulu jer telinga bila dengan tajuk TAMBAH & POLY ni.Ini ada satu perkongsian dari e-mail yang aku terima.Entahlah..baguih pada sapa pun tak tau lah.Cuba baca sketsa laki bini ni.

Anda teringin sangat nak berpoligami? Tetapi sanggup ke isteri anda bermadu tiga? Berdebatlah dulu untuk mendapat jawapan yang menyakinkan. Jika tidak, silap haribulan anda bakal menjadi mencetus perang besar yang mana diakhirnya kekalahan pasti jatuh ke tangan anda. Ada berani?

Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi..

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga”. Isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu “Singular“; dua atau lebih “Plural”

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.

Amacam....perempuan2 sekalian ok ker..Bagaimana dengan laki-laki semua ? Boleh diam jer ker.....Byeee..

Sekian.



Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".
  1. Kalo dah jodoh dia nak kawen 2 apa salahnyer...yg penting...pastikan bini number 2 tu ble buat sama atau lagi baik dari katak_ayu...kalo dah lagi teruk..tak ke bodoh namanyer tu???huhuhu

    ReplyDelete
  2. dah kalo dah sampai seru nak kawin dua..kawin je lah....daripada buat maksiat.............

    ReplyDelete
  3. Benar kata katak_ayu.Tetapi tak banyak wanita yang berfikiran seperti antum.Sememangnya Allah tu maha mengetahui ke atas apa yang diperintahkan Nya.Bagi lelaki yang berpoligami tu fahamilah jugak kenapa Allah beri kuota 4 kpd kita.Kalau berkemampuan untuk bersikap adil dari semua sudut kehidupan maka sempurna lah syarat itu. Walaupun Allah mengetahui manusia tidak boleh berlaku seadil-adilnya.Sekurangnya kita berusaha.

    ReplyDelete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan